SHDC 38

2.8K 117 9
                                    

*cuba baca part ni sambil dengar lagu yang author attach di atas, mesti lagi feel*

Marlene membuka mata perlahan-lahan. Pandangan yang kabur tadi kian jelas semakin mata dibuka besar.

"Marlene.. Marlene.." Ivan memanggil lembut nama Marlene. Pipi kanan Marlene diusap lembut.

"Anaya.." Itu perkataan pertama yang meluncur keluar daripada mulut Marlene. Nama Anaya.

Kejadian rompakan itu mula tertayang semula di ingatannya. Detik Anaya rebah ketika tembakan mengenai pahanya. Dia masih ingat jua, dengan paha yang sudah berbalut. Anaya mengesot, pergi dekat kepadanya sambil menahan kesakitan. Tidak putus-putus Anaya memberinya kata-kata semangat, memujuknya untuk bertahan, menggenggam tangannya.

"Marlene.. maafkan i."

Itu kata-kata terakhir yang dia dengar dari mulut Anaya sebelum dia pitam di kedai itu. Pitam dan rebah di ribaan Anaya.

"mana Anaya?" Marlene bertanya. Pandangannya tidak beralih dari Ivan yang duduk di birai katil. Menunggu jawapan daripada Ivan.

"i tak tahu. Kenapa you cari dia?" Soal Ivan. Hairan juga dia mendengar. Sebaik sedar, Marlene terus mencari Anaya.

"she was there too." Beritahu Marlene.

"what?" Ivan masih tidak dapat memahami cerita Marlene.

"please find her." Pinta Marlene. "she saved me and our baby.." sambung Marlene. Kali ini dengan iringan air mata.

"hey Marlene. Please tell me what happen. Clearly."

Marlene mendongak sedikit. Dia menatap wajah Ivan. Tangan Ivan dicapai. Dia kemudian membuka mulut dan memulakan cerita nya tentang kejadian yang berlaku secara terperinci. Tiada satu pun kata kunci yang tertinggal dari ceritanya.

"she is shot?" Ivan meminta kepastian.

Marlene mengangguk. Memberi kepastian yang Ivan inginkan.

"cari dia Ivan. I need to know her condition. Please.." Marlene merayu. Andai ada apa-apa yang terjadi kepada Anaya, pasti terlalu berat penyesalan yang akan dia pikul sepanjang hidupnya.

"nanti i tanya kat kaunter depan. You jangan fikir banyak. Nanti blood pressure you naik lagi." Pujuk Ivan. Dia bangun dan duduk di sebelah Marlene. Dia memeluk erat bahu Marlene. Kepalanya diturunkan sedikit. Ubun-ubun Marlene dikucup lembut.

"dah. Jangan nangis. Everything will be okay." Lembut Ivan menutur kata. Air mata yang berbekas di pipi Marlene dikesat lembut dengan jemarinya.

'Anaya will be okay.' Ivan cuba meyakinkan hatinya.

Bagai direntap jantungnya mendengar apa yang Marlene ceritakan tadi. Seakan jantung berhenti berdetak buat seketika. Tapi entah mengapa, jauh di sudut hatinya, seakan ada kata hati yang berbisik agar dia tidak mengambil tahu soal Anaya lagi.

Mungkin Anaya lebih bahagia tanpa dia.

Sebab itu lah Anaya memilih untuk pergi. Pergi bukan sekadar pergi biasa, tapi lenyap terus. Sudah cuba dicari dan dihubungi, namun jangankan suara, bayang-bayang wanita itu pun tidak mampu dia temui.

******

Ivan berjalan menuju ke kamar yang diberitahu oleh nurse tadi. Kamar yang diduduki oleh Anaya. Atas desakan dan pujukan Marlene, dia akhirnya bersetuju untuk menemui Anaya.

5 minit berjalan kaki, Ivan tiba di bilik wad bernombor 308 itu. Dia berhenti seketika di hadapan pintu. Masih berfikir untuk masuk atau tidak.

Dia menghela nafas panjang sebelum akhirnya menolak perlahan pintu wad itu. Tanpa diketuk dahulu. Dia tidak jadi melangkah masuk. Hanya memerhati dari jauh saat melihat pemandangan di depan matanya.

Meski agak jauh, dia dapat melihat dengan jelas. Demitrius sedang membantu Anaya keluar dari tandas. Dipapah dan dipimpin wanita itu dengan penuh berhati-hati sehingga ke katil.

Setelah dibantu Anaya selesa di atas katil, dikupaskan lagi buah epal. Anaya disuap. Jelas kelihatan wanita kesayangannya itu sudah mampu tersenyum bahagia.

Akhirnya, Ivan mengundur kaki apabila menyaksikan Anaya mengucup tepi bibir Demitrius.

Dia mengundur. Pintu itu ditutup semula perlahan-lahan. Dia tersenyum. Namun tidak mampu didusta hati yang terluka. Anaya yang dulu dia tatang, dia jaga, kini bahagia dalam jagaan lelaki lain. Apakah begini rasa saat rasa cinta yang dicurah dibahagi kepada orang lain? Apakah begini apa yang Marlene rasakan saat tahu kecurangannya. Pasti lebih teruk lagi. Tidak layak pun dia membandingkan perasaannya saat ini dengan apa yang pernah Marlene rasakan.

Dadanya diusap dan dia beredar dari situ.

"Ivan!" Panggilan kuat daripada Marlene itu mengejutkan Ivan yang dari tadi duduk mengelamun di atas sofa yang disediakan. Sudah beberapa kali nama Ivan diseru, namun langsung tiada respon. Sudah dipanggil dengan kuat baru lah Ivan berjaya kembali alam nyata.

"hey.. do you need something?" Ivan bertanya lalu berdiri dan mendekati Marlene yang duduk bersandari di kepala katil hospital itu. Marlene menarik lengan Ivan, menyuruh Ivan duduk di birai katil, berhadapan dengannya.

"dah jumpa dia?" Tanya Marlene. Dia tahu Ivan pasti faham siapa 'dia' yang dimaksudkan.

Ivan mengangguk sebelum membalas, "dont worry, she's okay."

Lega. Sungguh lega Marlene mendengar.

"what about you? Are you okay?" Marlene bertanya. Ada keresahan dan kesayuan yang tersorok di balik wajah tenang bekas suaminya itu.

"kenapa pula tak okay? You dengan baby okay. I am grateful." Jawab Ivan sambil tersenyum manis.

"what about you and Anaya?" Marlene masih cuba menyiasat dan mengorek rahsia.

"Lets just say. She is happy without me." Ivan memberi jawapan sambil tersenyum. Marlene hanya diam selepas itu biar dia tahu bukan senang Ivan memaksa bibir menguntum senyum.

Ivan, dulu di hatimu yang satu, kau punya dua cinta. Saat ini, di hati mu yang mulai retak, sudah tiada cinta yang pantas kau miliki. Jangan pernah bermain dengan putaran roda dunia. Kerana roda dunia mampu membuat kita tersungkur tanpa kita sedari.

*Roda dunia. Ketika di atas, imbangi lah segala perasaan agar tidak leka sehingga jatuh ke bawah.
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now