SHDC 14

1.4K 87 8
                                    

"Kak Leena!" Panggil Marlene sebaik kelihatan kelibat Kak Leena yang sudah selesai membayar makanannya di kaunter. Dia melambai ke arah Kak Leena, memberi isyarat agar Kak Leena duduk bersamanya. Kak Leena yang merupakan PA kepada Ivan itu mengangguk faham sambil senyum. Dia berjalan membawa pinggan, berhati-hati, melintasi beberapa meja sebelum sampai ke meja yang diduduki oleh Marlene.

"Hai Puan Marlene." Sapa Leena. "Tunggu Tuan Ivan ke?" Tanya Leena. Marlene menggeleng. Dia menyedut air Teh ais yang dipesan sebentar tadi.

"Kak Leena. Hari tu yang office trip pergi Kuching tu? Akak join ke?" Marlene mula membuka kertas siasatan. Dimulakan dengan soalan-soalan yang ringan dahulu. Ingin memancing Leena agar tanpa sedar memberi sedikit jawapan kepadanya.

Leena menghentikan suapannya. Dahinya berkerut. Seakan cuba mengingati sesuatu. "Seingat akak, takda office trip pun Puan. Tuan Ivan sorang je yang pergi." Jawab Leena. Diam seketika sebelum dia menyambung "eh, dia ada suruh booking kan flight ticket untuk puan sekali. Puan tak jadi join ke?" Leena bertanya. Marlene menggeleng.

"Saya fikir ada staff ikut. Takut ada urusan kerja. Takut mengganggu."

"Ohh.." Leena mengangguk faham. Mula merasakan ada yang tidak kena dengan isteri bosnya ini.

Marlene melihat smartwatch di tangannya. "Kak. Saya kena pergi ni. Kena ambil Liam di taska. Saya pergi dulu ye kak." Marlene meminta diri. Sudah cukup apa yang dia dengar. Setiap langkah terasa lemah. Satu kebenaran terbukti. Ivan menipunya. Ivan tidak pergi ke Kuching atas urusan kerja. Kini dia sedar, Ivan mengajaknya tempoh hari hanya kerana ingin mengaburi mata dan hatinya.

Ivan.. Ivan.. apa yang sembunyikan dariku. Paling sadis.. Ivan, siapa yang sorokkan dari ku? Siapa yang membuatmu tersenyum? Siapa yang mendiami hati mu selain aku.. itu pun jika di hatimu itu masih ada aku. Ivan... Pasti dia istimewa. Sehingga keluarga kecil kita pun tega kau khianati. Air mata tidak dapat ditahan lagi apabila wajah polos Liam bertandang di mindanya. Mujur dia sudah tiba di kereta. Untuk kesekian kali, air matanya tumpah lagi.

******

"Done!"

Sebaik mendengar kata itu daripada mulut Anaya. Marlene terus membuka matanya. Dia memusingkan badannya di hadapan cermin. Dia senyum namun hambar. Senyuman yang seakan dipaksa.

"You look so gorgeous Marlene." Puji Anaya. Gaun ala-ala wedding dress ini sungguh sempurna di sekujur tubuh Marlene. Anaya sempat berbangga sebentar dengan hasil kerjanya.

"Jom keluar. Ivan dah tunggu tu. Ni kalau dia tengok you, mesti cair habis lah." Ajak Anaya sambil menarik lembut lengan Marlene. Mantap. Sungguh mantap lakonan mu Anaya. Pelakon terhebat pun dah boleh undur diri dan bersara jika menyaksikan lakonan mu.

"Wait." Marlene memegang tangan Anaya. Membuatkan langkah Anaya terhenti. Pintu fitting room yang sudah terkuak sedikit ditutup semula.

"Are you okay?" Anaya menyoal. "You tak suka ke dress ni?"

Marlene menggeleng. Dress ini sangat cantik. Sempurna. Tiada cacat celanya. Dalam kebingungan, Anaya menarik pergelangan tangan Marlene. Membawanya duduk ke bangku yang dia sediakan di dalam ruangan fitting ini.

"Are you okay?" Anaya bertanya lagi. Kali ini dengan nada kerisauan. Marlene menggenggam erat jemari Anaya. Dia cuba menahan rasa di hati. Tapi akhirnyaa.. dia tidak mampu. Semakin ditahan, semakin lebat hujan air mata yang turun membanjiri pipi. Setiap hari dia menahan segala rasa di hati. Setiap malam tidurnya dihantui bayangan Ivan bersama wanita lain. Setiap hari juga dia harus menahan, menyimpan dan memendam semuanya sendiri. Sendirian. Mungkin nanah di hatinya sudah pecah. Sehingga sebaris 'are you okay' sudah mampu membuatnya lemah tanpa daya.

"Hey.. hey.. Marlene.. are you okay? Do you want me to get Ivan?"

Pantas Marlene menggeleng. Anaya hanya menurut. Melihat tangisan Marlene yang semakin galak. Dia menarik kepala Marlene agar bersandari di bahunya sambil tangannya merangkul erat bahu Marlene.

"Its okay to cry. Just cry if it makes you feel better."

"I am sorry.." ungkap Marlene sebaik tangisannya reda. Lencun juga lah baju Anaya dek bah air mata tadi. Anaya menghulurkan tisu kepada Marlene.

"Its okay.."

"I am sorry i let it out on you." Sejak belakangan ini, Marlene sering bertemu dengan Anaya. Atas urusan pengurusan majlis ulang tahun perkahwinan nya. Dan fitting dress. Banyak cerita yang bertukar antara mereka. Personaliti dan perwatakan wanita bernama Genessa ini membuatnya selesa.

"Its okay. You can tell me if you want. If you are not ready, then its okay."

"I rasa Ivan takkan suka.."

"Takkan lah tak suka. Dia siap join design dress ni." Anaya memotong sebelum Marlene sempat menghabiskan ayatnya.

Marlene menggeleng. "It's not about the dress Genessa. I rasa Ivan takkan suka or peduli apa-apa pun tentang I." Jawab Marlene.

"Why? What make you say that? From what i see, he cares about you so much. He loves you."

"If he cares. If he loves me, then why he can love another woman Genessa?" Soal Marlene. Soalan yang straight to the point dan straight to Anaya's heart. Lidahnya terus terasa kaku dan kelu. Jantungnya berdetak kencang. Kencang bagai taufan yang meniup bumi. Nak jawab apa? Nak react apa?

"Marlene? Genessa?" Panggilan itu disertai dengan ketukan di pintu fitting room itu. "Okay tak tu?" Ivan bertanya dari luar.

"Okay hubs. Tunggu kejap." Sahut Marlene. Matanya tertumpu pada Anaya.

"Please dont tell anybody. Especially Ivan. Sebab apa-apa yang terjadi, i need evidence."

Dalam kebingungan, kegabrahan, keresahan, Anaya mengangguk.

*Berhati-hati memilih orang untuk bercerita. Hmm.. marlene.. marlene..
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now