SHDC 36

2.2K 112 25
                                    


Demitrius mengambil tempat di birai katil hospital itu.

Dia memerhati saja Anaya yang sedang mengelamun jauh. Jasad ada di sana, tapi fikiran entah sudah menerawang ke mana

"Anaya.." Demi memanggil lembut.

Dia mencapai tangan Anaya. Dapat dia rasakan Anaya yang kaget saat tangan Anaya dipegang.

Anaya memandang Demi. Dia memaksa bibir mengukir senyum. Sedangkan hati dirundung segala rasa saat ini. Rasa yang bertingkah sesama sendiri. Sehingga dia tidak tahu harus merasakan apa.

"are you going to tell him?" Demitrius bertanya.

Pantas Anaya menggeleng. Biarpun perasaan dan emosinya tidak tentu detik ini, namun ada satu hal yang sangat pasti. Dia tidak akan membiarkan Ivan mendapat tahu tentang kandungannya.

Iya. Benar. Tepat. Dia mengandung.

"it is your choice." Jawab Demi. "But sooner or later he will know." Sambung Demi lagi. Sedangkan dunia pun sering dibilang kecil, apakan lagi kotaraya ini. Sekarang boleh lah dirahsiakan. Tapi nanti kalau perut sudah kian membesar, pasti akan diketahui jua.

Anaya meraup mukanya. Dia tidak mampu menafikan kenyataan yang Demitrius ungkapkan.

"mungkin i patut gugurkan." Tutur Anaya sambil memegang perutnya. Seraya itu, ada air mata yang menitis di pipinya. Sungguh, dia bingung harus berbuat apa.

Demitrius mengeluh. Kedengaran berat sekali keluhannya kali ini.

"do you hear yourself Anaya Genessa?" Soal Demi. Suaranya sudah agak meninggi biarpun emosi cuba dikawal.

"your baby is innocent!" Tegas Demitrius.

Semakin galak tangisan Anaya. Terus terbit rasa bersalah di hati Demi. Perlahan-lahan, dia menarik Anaya ke dalam dakapannya.

"hey.. its okay. You are not alone. I will be with you. I will be with you." Demi mengulang ayat yang sama berulang kali.

Biarpun dia tahu apapun yang dia lakukan, takkan mampu memenangi hati dan cinta Anaya. Tapi biarlah. Itu lah erti cinta bagi dia. Ada bila yang dicintai memerlukan. Ada tanpa perlu syarat. Ada menghulur tangan, menawar pelukan. Ada memujuk lembut. Membelai penuh kasih.

Apapun sanggup dilakukan asalkan yang dicintai itu mampu berasa nyaman dan selamat. Tetap sentiasa ada biarpun yang dicintai itu mencintai orang lain.

Kerana bagi Demitrius, mencintai itu tidak seharusnya memiliki. Mencintai itu lebih bermakna jika mampu membuatkan orang yang dicintai itu bahagia dan tersenyum.8

"thank you Demi.." hanya itu yang mampu Anaya ungkapkan dalam esak tangis.

Mata dipejam seketika. Terbayang wajah Ivan yang sentiasa memandangnya dengan penuh cinta. Terbayang wajah Marlene yang mengutarakan rasa kecewa. Terbayang senyum polos Liam yang bahagia dengan kehadiran Ivan di sisinya.

Cukup lah Anaya.

Sudah cukup segala cinta yang kau beri padanya, sudah puas jua kau merasakan cinta daripadanya. Sehingga kau melukakan hati seorang wanita lain. Sehingga kau merampas seorang ayah dari seorang anak kecil yang tidak tahu apa-apa.

Sehingga kau merobek hatimu sendiri jua.

Pergi jauh.

Jika bisa, jangan kembali lagi.

Pergi jauh dan bina hidup baru bersama benih yang tersemai di rahimmu.

******

Ivan mengemas pakaian yang sudah kemas dilipat oleh Marlene satu per satu ke dalam bagasinya. Sambil mengemas, sepasang matanya sempat melilau ke sekeliling kamar itu

Mata terarah ke sudut meja solek. Terbayang sosok Marlene yang selalu membetulkan penampilannya di awal pagi.
Mata beralih ke balkoni. Terbayang gelak tawanya bersama Marlene yang dulu selalu menikmati sarapan bersama sambil berbual kosong di sana.

Bagasi yang diletak di atas katil ditutup. Diturunkan dari katil. Dia memandang katil itu.

Biarpun hanya katil. Terlalu banyak kenangan yang tercipta di situ bersama Marlene.

Tapi mengapa baru sekarang Ivan? Mengapa baru sekarang semua kenangan dan memori indah diingat semula.

"hey.."

Marlene menepuk lembut bahu Ivan. Dia kemudian berdiri di hadapan Ivan.

"are you sure you want to leave?" Marlene bertanya untuk kepastian.

Urusan penceraian mereka sudah hampir selesai. Tidak mengambil masa yang lama kerana masing-masing memberi kerjasama.

Ivan mengangguk yakin. "Yes. Rumah ni hak you. My marriage gift for you." Jawab Ivan. Dia mahu Marlene dan Liam terus selesa di sini. Biarlah dia yang pergi. Ini saja yang mampu dia berikan kepada Marlene dan Liam. Sebuah rumah untuk terus membina kehidupan.

"are you okay?"

Ivan mengangguk. Terus kedengaran gelak kecil Marlene.

"you cant lie to me. Remember what were we before we got married?"

Marlene mengenang kisah lalu.

"kita bestfriend." Kata Marlene.

"i rasa tiada istilah penceraian untuk best friends kan?" Canda Marlene. Canda yang disambut dengan gelak kecilnya sendiri. Dia dan Ivan memang sahabat baik ketika zaman universiti dulu. Sahabat baik yang bagai belangkas. Ke sana ke sini berdua. Mungkin memang ditakdirkan mereka lebih serasi sebagai sahabat baik.

Ivan senyum nipis. Dia menarik Marlene ke dalam dakapannya. Marlene membiarkan sahaja. Dakapan Ivan dibalas seketika, belakang badan Ivan diusap beberapa kali. Seakan memujuk

"thank you. You are a very great woman Marlene." Ungkap Ivan setelah pelukan terlerai.

Marlene mengukir senyuman manis. Kadang-kadang tidak percaya juga hatinya bisa seterbuka ini menerima perpisahan antara mereka.

"Ivan, please know that, i dah maafkan you. Thank you for everything. Thank you for all these years." Tenang Marlene berbicara.

Dia ikhlas.

Tiada lagi dendam di hatinya.

Tiada lagi rasa amarah.

Dia ikhlaskan perpisahan ini.

Dia ikhlas menerima hati Ivan bukan untuknya.

Dia ikhlas kerana dia tahu dirinya juga layak bahagia.

Dia ikhlas berdamai dengan keadaan.

*Ada tak jual spesies Demitrius kat shopee?
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now