SHDC 27

1.7K 124 45
                                    

Marlene menarik nafas panjang. Dia menuju ke dapur. Beberapa jenis makanan yang sudah siap dimasak, dihidang di atas meja. Setelah berpuas hati dengan sususan lauk di atas meja, dia melabuhkan punggung di atas kerusi. Menunggu kepulangan Ivan dan kedatangan tetamu istimewanya.

"Hey Lene!" Sapaan mesra dari Anaya yang sudah berdiri di muka pintu membawa semula Marlene ke alam nyata. Dia mengukir senyuman yang paling manis sebelum menyambut Anaya di pintu depan.

"Hai Nessa.. come in." Pelawa Marlene sebaik dia dan Anaya selesai sesi berlaga pipi. Kedua wanita yang memiliki tempat di hati Ivan itu berjalan seiringan menuju ke ruang depan.

"How are you Lene? Lama tak jumpa." Anaya bertanya sebaik masing-masing sudah duduk.

"Macam ni saja leh Nessa. Masih banyak fikir pasal Ivan." Marlene menjawab. Sengaja memancing Anaya berbual tentang kecurangan Ivan. Anaya, aku masih ingin menonton lakonan mu.

"Hey.. dont think too much." Anaya memujuk sambil mengusap bahu Marlene. Marlene mendongak, menatap sedalamnya wajah Anaya. Cuba merungkai mengapa seorang wanita seperti Anaya sanggup menyakiti wanita lain.

"I dah ada bukti Nessa. I upah orang untuk siasat." Kata Marlene. Seraya itu, dia dapat mengesan perubahan pada riak wajah Anaya. Wajah cantik itu berubah sedikit pucat. Senyuman di bibirnya jelas kelihatan dipaksa. "Sikit lagi. I akan tahu siapa perempuan tu." Sambung Marlene. Anaya menarik nafas. Tanda kelegaan. Dia dan Ivan sudah perlu berhati-hati.

"You rasa kenapa benda macam ni boleh berlaku Nessa? Apa pendapat you?" Sengaja Marlene mengajukan pertanyaa seumpama ini. Ingin juga dia mendengar apa pendapat Anaya.

Anaya menjungkitkan bahunya sebelum menjawab. "I tak tahu Lene. Kadang-kadang perkara perasaan ni terlalu rumit."

"I bukan nak puji diri. Tapi i rasa diri i dah lebih dari cukup. I cantik, i pandai urus rumah, urus suami, pandai masak, pandai bergaya, ada education, pandai didik anak. But still, my husband cari lain." Luah Marlene. Anaya menundukkan mukanya. Tiba-tiba terasa bahang panas memenuhi muka. Luahan Marlene menusuk tepat ke hatinya. Dia mencapai tangan Marlene.

"You are perfect. If he cheats, it is his fault. Not yours. Remember that."

Ingin sahaja Marlene ketawa terbahak-bahak di depan Anaya. Tanpa rasa bersalah, Anaya memberinya kata penyemangat. Sedangkan hakikatnya, Anaya yang menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka. Tidak pernah terlintas dalam benaknya bahawa akan ada hari dia menemukan manusia seperti Anaya dalam hidupnya. Ini bukan lagi talam dua muka. Barangkali talam seribu muka.

######

Bunyi sudu dan garfu yang saling berlaga mengisi ruangan makan itu. Tidak banyak bicara yang berbalas antara Ivan, Anaya dan Marlene.

"Why so quiet?" Marlene memula bicara. Dia memandang Anaya dan Ivan silih berganti. Anaya hanya senyum nipis. Suasana di meja makan saat ini terasa sungguh janggal. Fikirannya terganggu demgan perbualannya bersama Marlene sebentar tadi.

"I penat sikit hari ni.." balas Ivan perlahan sambil memandang Marlene.

"I see. Faham. Memang penat. Kena layan isteri, anak, kerja.." Marlene berhenti seketika. "Ada hari kena layan skandal lagi." Sambung Marlene dengan senyuman manis yang tersungging di bibir.

"Marlene!" Ivan meninggikan suara. Pandangan tajam sepasang matanya menusuk tepat ke mata Marlene. Namun kali ini, Marlene langsung tidak gentar.

"Maybe i should go." Anaya meminta diri.

"Dont go Anaya." Larang Marlene. Anaya tidak jadi bangun dari tempat duduknya.

"Nessa, tadi you cakap if Ivan cheats, it is his fault right?"

Anaya mengangguk.

"See Ivan? Even your mistress thinks i am perfect. Even your Anaya baby dont understand why you cheat on me." Akhirnya, akhirnya, Marlene mengungkap kebenaran yang disimpan kemas sejak dia membongkar kisah cinta gelap Anaya dan Ivan.

"Apa you cakap ni Lene?" Masih ada hati Anaya berpura-pura.

"Enough Anaya Genessa!" Teriak Marlene. Anaya tersentak. Dia menundukkan mukanya.

"Anaya. Go home." Arah Ivan perlahan. Anaya mengangkat kepalanya, menatap wajah Ivan. Dia berdiri apabila Ivan mengangguk, memberi isyarat agar dia beredar dari situ.

"I am sorry Lene." Ucap Anaya sebelum memulakan langkahnya menuju ke pintu depan. Namun langkah Anaya terhenti apabila Marlene merrenggut kasar lengannya dari belakang. Lengan Anaya digenggam kasar. Anaya tidak mengalah. Dia meronta sehingga genggaman Marlene terlepas.

"You dont have the right to hurt me Marlene!" Anaya bersuara tegas sambil matanya bertentang tepat dengan mata Marlene. Ada batas dia bersabar. Ada had dia menahan perlakuan Marlene.

"You dont have the right to steal my husband!" Jerkah Marlene.

"Steal? Are you sure about that?" Anaya sengaja mencabar ego Marlene. Soalannya itu bernada sinis, dengan iringin senyuman kemenangan.

"You! Bitch!" Marlene mengangkat tangan kananya. Ingin menampar sekuatnya pipi Anaya. Ingin melampiaskan rasa amarah di hati. Sayang sekali, belum sempat tangannya sampai ke pipi Anaya, Ivan lebih tangkas dan cepat melindungi Anaya. Dia berdiri di sebelah Anaya dan menggenggam erat tangan Marlene.

"Enough Marlene! You are too much!" Herdik Ivan lalu melepas kasar pergelangan tangan Marlene yang digenggam. Dia tidak akan membiarkan sesiapa pun menyakiti Anaya, termasuk lah Marlene.

"Me? Too much? You cheat on me Ivan, and now you say i am too much?" Marlene menyoal Ivan dengan nada tidak percaya. Sehingga detik ini, Ivan masih berlagak tidak bersalah. Dengan yakin dan berani Ivan mempertahankan Anaya di depannya.

"Yes. I cheat on you. Blame me. Be mad at me. But never ever put your hand on Anaya!" Satu pengakuan terungkap dari mulut Ivan. Satu amaran juga diberikan. Sebegitu sekali Ivan menjaga dan melindungi Anaya. Semakin jelas kedudukan mu di hati Ivan, wahai Marlene.

"Tell me the truth Ivan. Do you love her?" Tanya Marlene. Dia bertanya jua walau tidak pasti akan senang apa tidak dengan jawapan yang bakal dia dengar. Hakikatnya, jawapan apa lagi yang Marlene inginkan. Perlakuan Ivan sudah menunjukkan segalanya.

"Marlene. Stop it."

"Why? Why you do this to me? Dont you love Liam?"

Mendengar nada Marlene yang semakin beremosi, Anaya mengambil.keputusan untuk berlalu pergi. Dia menepuk lembut bahu Ivan sebelum keluar dari rumah iti. Memberi ruang dan masa kepada Ivan dan Marlene untuk menyelesaikan apa yang patut.

*Heyy.. author is back!
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now