SHDC 9

1.7K 82 10
                                    

Anaya Genessa duduk di kerusi yang menghala ke pemandangan luar. Pemandangan Sungai Sarawak. Sudah 3 hari dia di sini atas urusan kerja. Anaya sebenarnya juga bukan individu calang-calang, dia seorang pemilik syarikat pengurusan majlis, malah juga seorang pereka fesyen yang agak dikenali. Kali ini ke Kuching pun atas permintaan klien, seorang pengantin yang mengimpikan sentuhan magisnya untuk mereka persalinan ketika majlis persandingannya nanti. Sambil bekerja, dia mengambil peluang untuk bercuti. Bukan selalu ada masa untuk menerokai tempat orang.

'tuk! Tuk! Tuk!" Ketukan di pintu mengembalikan Anaya ke alam nyata. Sempat dia tertanya sendiri siapa agaknya yang datang. Dia meletakkan gelas di atas meja kecil. Berjalan menuju ke pintu. Dia melihat dahulu melalui door viewer. Automatik, senyuman terukir di bibir. Pintu terus dibuka sebaik melihat siapa gerangan yang berdiri di balik pintu.

"Hey." Tegur Ivan dengan senyuman sambil memasuki kamar itu.

"Buat apa kat sini?" Tanya Anaya.

"Tak suka ke? I balik lah." Balas Ivan. Dia ketawa kecil apabila melihat bibir Anaya sudah muncung sedepa mendengar jawapannya. "I rindu. Sebab tu datang sayang.." Ivan menarik pergelangan tangan Anaya. Menuju ke katil. Dia membaring kan badannya. Tangannya didepakan. Memberi ruang kepada Anaya untuk selesa dalam dakapannya.

"I miss you more. What did you tell Marlene?" Anaya bertanya sambil merangkul erat pinggang Ivan.

"Dont worry about that." Jawab Ivan. Dia membelai rambut Anaya. Dia menipu Marlene mengatakan dia dan staff yang lain ada urusan kerja di Kuching. Malah dia sengaja mengajak Marlene tempoh hari, sambil bercuti katanya. Padahal hanya ingin mengelak kecurigaan. Mujur Marlene menolak untuk ikut bersama. Jika tidak, kacau bilau lah rancangannya untuk bercuti bersama Anaya.

Anaya mengalih posisi badannya. Dari berbaring, dia meniarap. Kaki kanannya terletak di antara kedua belah kaki Ivan. Dia memegang pipi kanan Ivan. "Thank you Ivan. For always choosing me. For being my happiness." Ungkap Anaya. Dia mengucup kejap bibir Ivan sebelum melentukkan kepalanya di dada bidang milik Ivan. "You know kan. This is too much. You tak perlu datang pun." Kata Anaya.

"Hey.. nothing is too much. Nothing is too much if it makes you smile. Because your smile means the world to me." Dendang lagi Ivan, dendang lah lagi kata puji, kata yang bagai puisi puitis, yang mampu mencairkan hati Anaya. Kata-kata yang Marlene fikir hanya pernah menjadi milik dia seorang.

"Lagipun i dah janji kan nak bercuti dengan you. We will stay for 3 more days okay?"

"Really?" Anaya mendongakkan kepalanya. Bersinar-sinar bola matanya memandang ke arah Ivan. Bagaikan kanak-kanak yang diberi coklat dan gula-gula.

Ivan mengangguk.

"Thank you sayang.. love you.."

"Love you more Anaya baby.."

******

Anaya menutup langsir kamar hotel itu. Beberapa lampu dimatikan, membuatkan keadaan bilik itu sedikit malap. Membangkitkan suasana romantik.

"Hey, whats up baby?" Tanya Ivan. Dia meletakkan hp di atas katil. Sepasang matanya tertumpu pada Anaya yang berdiri hujung katil, tepat di hadapannya. Dia senyum nakal. Menanti apa yang bakal Anaya lakukan. Anaya, Anaya, sentiasa penuh dengan kejutan. Itu lah yang membuat Ivan sentiasa terkenang-kenang. Anaya memainkan lagu di hp nya. Seraya dengan lagu 'Versace on the floor' yang berdendang, Anaya mula menari mengikut rentak lagunya. Setiap liuk lentuk tubuh Anaya membuatkan Ivan meneguk liur. Tambahan pula Anaya hanya mengenakan lingerie berwarna biru muda yang berbelah di bahagian dada. Ivan bangun dari katil. Anaya didekati.

"Hey, lagu belum habis!" Bicara Anaya apabila pergerakannnya dikunci dengan pelukan daripada Ivan. Ivan mengucup dada Anaya. Mengucup dan menggigit manja.

"I wanna dance too. But on the bed." Jawab Ivan. Dia menyelak rambut Anaya. Pipi Anaya dielus lembut.

"But i dont know how to.." Anaya berlagak innocent. Dia senyum menggoda sebelum membenamkan wajahnya di leher Ivan. Dia mengucup, menjilat, dan menggigit manja leher Ivan. Meninggalkan love bite. "Let me show you then.."

******

Marlene yang sedang membacakan cerita kepada Liam berhenti apabila hpnya berdering. Keterujaannya terbantut apabila bukan nama Ivan yang tertera di skrin. Tapi nama sahabat baiknya, Erra.

"Hello Erra.."

"Marlene. Sampai hati kitak oh? Kenak datang kuching sik padah ngan kamek? Dah lupa kamek ka?" Tanpa hai, tanpa mukadimah, Erra terus menuntuk penjelasan. Dengan loghat bahasa melayu sarawaknya yang pekat likat.

"Ney ada kamek kat kuching." Nafi Marlene.

"Aie. Iboh bulak. Tadi kamek tangga kitak ngan Ivan rah vivacity. Kamek tunggah kita. Marlene! Marlene! Sik kita nyaut. Dah pekak ka kitak deng?" Erra siap melakonkan lagi kejadian di Vivacity Megamall tadi. Dari jauh dia melihat kelibat Ivan dan seorang wanita. Siapa lagi kalau bukan Marlene kan. Siap berjalan berpegangan tangan lagi tu.

"Aie. Bena lah. Ivan nang sia. Nya ada urusan kerja. Kamek sik ikut deng. Kitak salah orang tok."

Erra terdiam seketika. Kalau bukan Marlene , siapa wanita tadi? Dia yakin lelaki itu Ivan, cuma ketika itu wanita itu membelakangi dirinya.

"Sikpa lah mun camya deng. Mungkin kamek salah orang. Bye deng." Erra mematikan talian.

"Is it Daddy?" Tanya Liam dengan matanya yang separuh tertutup. Marlene menggeleng. "I miss Daddy." Luah Liam.

"Me too, i miss daddy too." Jawab Marlene. Dia mengucup ubun-ubun Liam. Kata-kata Erra tadi terngiang-ngiang di telinganya. Dia menelefon Ivan tapi seperti biasa, tiada jawapan.

*Hello hello! Sapa orang kuching sitok? Juh pergi waterfront!
*Jeng jeng jeng, step pertama ke arah kekantoian ke ni?
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now