SHDC 25

1.5K 91 14
                                    

"Good morning hubs!" Ucap Marlene sebaik melihat Ivan yang baru tiba di ruang makan.

"Morning sayang.." balas Ivan. Seraya itu, satu kucupan singgah di dahi Marlene. Dia memandang Marlene dari atas ke bawah. Seperti ada yang lain pada Marlene pagi ini.

"Hello polis, ada orang curi-curi tengok saya." Canda Marlene. Ivan gelak kecil. "Mana tak, cantik sangat ni. Nak pergi mana?" Tanya Ivan.

Cantik pun kau masih mencari yang lain Ivan. Detik hati Marlene. "Takda pergi mana-mana. Saja lah cantik-cantik untuk you." Jawab Marlene. Dia kemudian menghidangkan sarapan yang dia sediakan untuk Ivan. Kopi dituang sebelum dia mengambil tempat duduk berdekatan Ivan.

"You are such a blessing. Beautiful, caring, loving. Thank you sayang Marlene." Pujian diakhiri dengan kata terima kasih. Andai dulu pasti hati berbunga mendengar kata pujian yang keluar dari mulut Ivan, kini sungguh berbeza. Hanya rasa jijik. Jijik dan menyampah kerana Marlene tahu pujian itu pun milik wanita lain. Jika benar aku ini blessing dalam hidupmu, kenapa hati mu masih mampu mencintai yang lain?

"So sweet of you. I love you hubs." Balas Marlene dengan senyuman manis yang dari tadi tidak lekang di bibir.

"By the way, malam ni i tak balik. I kena jumpa klien dari Indonesia. Mereka ajak dinner sekali. Mungkin lambat." Rapi. Sungguh rapi rancangan mu Ivan. "Sorry kay."

"Hey.. its okay.. just text me if you have time." Jawab Marlene.

"Of course sayang. I nak gerak dah ni." Kata Ivan. Dia bangun dari kerusi. Mulut dilap. Briefcase dicapai. Dia merangkul pinggang Marlene sambil mereka berjalan seiring menuju pintu rumah.

"Bye hubs. I love you.." ungkap Marlene. Dia kemudian mengucup sekali leher Ivan. Sebelum kucupannya naik ke bibir Ivan pula.

"I love you more."

Sebaik melihat Ivan sudah masuk ke dalam kereta. Marlene terus mengeluarkan hp nya dan menghantar pesanan whatsapp kepada Tristan.

Hey Tris. Dia cakap dia tak balik malam ni.

Copy that Lene. I tahu apa nak buat.

Marlene hanya mampu senyum hambar menbaca chat Tristan. Dia mengeluh perlahan. Dia duduk di atas sofa. Saat kepala didongak. Matanya terus tertancap pada gambar perkahwinannya yang tergantung indah di dinding. Gambar dia dan Ivan yang sedang menikmati 'you may kiss the bride' moment. Dia masih ingat sejelas-jelasnya detik itu. Biarpun itu bukan lah first kiss mereka, tapi terasa sangat bermakna. Rasa bahagia yang hadir ketika itu bagaikan tiada tara. Seperti dunia menghujaninya dengan nikmat yang tidak terkata. Andai saja Ivan, kau tidak mengkhianati segala rasa ini. Pasti saja.. aku masih bahagia seperti Marlene di dalam gambar itu.

******

Tristan menundukkan sedikit mukanya apabila melihat kelibat Ivan yang masuk ke lobi hotel. Dia hanya memerhati Ivan yang sudah bergerak ke kaunter receptionist. Matanya sekejap melihat Ivan, sekejap melihat entrance hotel itu. Menunggu jika ada sosok yang menyusuli Ivan. Tristan pergi ke kaunter receptionist sebaik kelibat Ivan sudah tiada di situ. Namun belum sempat dia berbicara dengan receiptionist itu, tiba-tiba ada seorang wanita yang memotong laluannya.

"Hello. Dah ada booking. Atas nama Anaya."

Serta merta Tristan menoleh. Sayang sekali, wanita itu memakai selendang, pakai lagi facemask. Tidak cukup dengan itu, ada sunglass lagi yang menutupi matanya.

"Here is your card miss. Room 1145. Lif kat sana ye miss." Receiptionist itu menyerahkan kad bilik kepada Anaya sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah lif.

"Thank you." Ucap Anaya dan terus berlalu pergi. Tristan membiarkan saja Anaya masuk ke dalam lif sambil memerhati dari jauh. Tidak ingin kelihatan terlalu ketara pergerakannya mengekori Anaya.

######

Anaya membuka face mask nya sebaik tiba di depan pintu kamar yang bernombor 1145 itu. Belum sempat dia membuka pintu. Tubuhnya didakap dari belakang.

"Hey baby.." Bisik Ivan. Memang mereka selalu book bilik yang berasingan jika ingin meluangkan masa bersama di hotel. Rasa lebih selamat saja.

"Hey.. let me open the door first sayang.."

"Lets go to my room. I have surprise for you." Seraya itu Ivan menarik lembut pergelangan tangan Anaya, memimpinya membawa ke kamar nya terletak di hujung. Bahagia rasa kerana akhirnya ada kesempatan untuk bersama Anaya lagi. Bahagia, segalanya terasa begitu sempurna sehingga tidak sedar ada sepasang mata yang mengintai dari jauh dan ada lensa kamera yang menangkap gambar mereka bermesraan.

"Hey. What is all this?" Anaya bertanya sebaik mereka berdua sudah masuk ke dalam kamar itu. Bilik itu dihias cantik. Bunga mawar bertaburan di mana-mana, alunan muzik yang romantis. Siap dengan makan malam yang sudah terhidang.

"Happy third anniversarry.. My baby.. Anaya Genessa." Ucap Ivan. Meskipun tarikh anniversarry mereka sudah jauh terlepas, tapi dia masih mahu meraikan. Kerana Anaya layak diraikan. Tanpa Anaya, hidupnya tidak lengkap.

"Hey. You dont have to do this. Too much sayang.." kata Anaya sambil mengusap pipi Ivan. Dia kemudian mendaratkan kepalanya di dada Ivan.

"Berapa kali i cakap. Nothing is too much if it is for you. You deserve it, in fact, you deserve more than this. I saja yang tak mampu bagi." Ivan melepaskan dulu Anaya dari dakapannya sebelum berbicara. Kerana dia mahu menatap sepasang mata bundar itu.

"This is perfect. Thank you. Happy anniversarry sayang.. i love you." Anaya mengungkap rasa cinta. Leher Ivan dirangkul sebelum dia membenamkan bibirnya di bibir Ivan.

"I have one more gift for you." Beritahu Ivan sebaik kucupan terlerai.

"Apa lagi sayang. You are enough."

Ivan mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poket seluarnya. Dia membuka kotak itu di hadapan Anaya. Anaya tidak berkata apa-apa. Kagum dengan keindahan cincin berlian di hadapannya.

"I minta maaf sebab i tak mampu bagi you title yang you deserve. I minta maaf kalau i tak sempurna untuk you. I tahu i tak layak pun untuk buat macam ni, but My Anaya Genessa,will you be my forever?" Ivan bertanya sambil terus melutut di hadapan Anaya. Seperti babak lamaran. Anaya menarik lengan Ivan. Menyuruh Ivan berdiri. Dia mengangguk. "I am yours Ivan. I am your forever." Kata Anaya. Ivan mencapai tangan kiri Anaya, cincin berlian itu disarungkan di jari manis Anaya. Belakang tangan Anaya kemudian dikucup berkali-kali.

*Errr

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Errr.. scandal anniversarry?
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now