Ivan memimpin tangan Marlene menuju ke kamar yang telah dia tempah khas. Sepasang mata Marlene dibalut dengan kain sutera berwarna merah.
"Careful sayang. Now take a big step." Ivan memegang tangan Marlene dari depan, memberi arahan kepada Marlene. Sebaik tiba di hadapan kamar, pintu dibuka.
"We are here." Seraya memberitahu, Ivan meleraikan ikatan kain yang menutupi mata Marlene. Mata Marlene melilau ke sekeliling kamar. Dia berjalan setapak demi setapak, lantai kamar itu ditaburi dengan bunga mawar pelbagai warna. Turut dihiasi dengan lilin beraroma. Aroma yang nyata membangkitkan suasana romantis. Marlene berjalan hingga ke birai katil. Tidak mampu ditahan lagi bibir yang menguntum senyum.
'I love you my sweet candy, my Marlene.' itu tulisan yang dibentuk menggunakan kelopak bunga mawar merah.
"Ivan, i.."
Belum sempat Marlene menghabiskan ayatnya, bibirnya dikunci dengan cumbuan Ivan.
"I love you sayang.. You are my only love." Ungkap Ivan sambil merenung dalam mata Marlene. Ungkapan cintanya kepada Marlene bukan dusta, dia memang mencintai Marlene. Cuma, Marlene bukan 'only love' nya.
"I have one more gift for you." Kata Ivan.
"Hey.. apa lagi ni."
Ivan mengeluarkan sebuah kotak berwarna pink dari poket seluarnya. Tertera tulis Habib di atas penutup kotak itu. Ivan membuka perlahan kotak itu, memperlihatkan kandungannya kepada Marlene.
"Cantik.." hanya sepatah pujian yang keluar dari mulut Marlene sebaik melihat rantai di dalam kotak itu. Rantai berwarna rose gold, loketnya berbentuk rama-rama.
"Let me put in on you." Ivan mengeluarkan rantai itu. Dia berdiri di belakang Marlene. Rambut Marlene yang terurai dialihkan ke bahu kiri Marlene. Perlahan-lahan rantai itu terletak kemas melingkari leher Marlene.
"You make this necklace more beautiful." Kata Ivan lalu mengucup bahu Marlene yang terdedah bertalu-talu. Marlene memusingkan badannya. Menghadap Ivan.
"Thank you." Ucap Marlene.
"Just thank you?" Canda Ivan. Tangannya sudah merangkul pinggang Marlene.
"I love you." Luah Marlene. Dia menjungkitkan sedikit kakinya. Matanya dan mata Ivan saling bertaut sebelum bibir mereka bertemu. Saat mata dipejam menikmati cumbuan dan belaian yang berbalas. Kecurigaan di hatinya mencanak naik. Namun, tetap cuba dikawal dan dilawan. Mungkin begini lah hati wanita yang pernah terlalu percaya, sekali diuji dengan pengkhianatan, selamanya akan curiga. Tidak akan pernah kembali seperti dulu lagi.
******
Ivan mengucup dahi Marlene yang nyaman di dalam dakapannya.
"Thank you sayang.." ucap Ivan. Sekali lagi dahi Marlene dikucup lembut.
"For what?" Marlene mendongak dan bertanya.
"For everything. I am sorry i am not the best husband."
"Hey.. dont say that." Balas Marlene sambil mengelus lembut pipi Ivan.
"I nak pergi toilet jap. Jangan bangun dulu. I still want to hug and cuddle.." pesan Ivan lalu turun dari katil menuju ke tandas. Sebaik pintu tandas tertutup rapat, hp Ivan terus berdering nyaring. Marlene mencapai hp itu. Panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Biarpun ragu-ragu, dia menjawab panggilan itu.
YOU ARE READING
SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED)
RomancePerkahwinan bahagia. Itu yang diimpi oleh setiap pasangan suami isteri. Itu lah yang dimiliki oleh Ivan Marc dan Marlene sepanjang 7 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama. Ditambah lagi dengan kehadiran permata hati yang melengkapi kebahagiaan...