"ma.." panggil Ivan sebaik tiba di luar ruang kecemasan itu. Sebaik mendengar suara Ivan, Puan Belinda menoleh. Tanpa mukadimah, tanpa sepatah kata, tanpa sesaat pun yang terbuang, satu tamparan kuat singgah di pipi kanan Ivan. Beberapa pasang mata mula menoleh ke arah ibu dan anak itu. Ada juga mulut yang sudah terkumat-kamit berkata-kata. Ivan menyentuh pipinya. Tidak berani bersuara.
"Come with me!" Tegas suara Puan Belinda memberi arahan. Ivan menurut. Dia membututi langkah mamanya menuju ke suatu sudut yang lebih tersorok dari mata-mata manusia sekeliling.
"What kind of husband are you Ivan?!" Tengking Puan Belinda. Bagai hendak terkeluar saja biji matanya yang terbeliak memandang Ivan.
"Ma, please. Not now. Can we please focus on Marlene first?" Ivan cuba mengelak. Dia tidak pasti siapa yang menghubungi mamanya. Yang dia tahu, pagi tadi dia bangun dan melihat berpuluh miscall dari Marlene, mamanya dan juga nombor tidak dikenali, mungkin pihak hospital. Tapi satu pun dari panggilan tersebut tidak diangkat. Macam mana nak angkat. Dengar pun tidak. Hp di ruang tamu. Dia sendiri di dalam kamar bersama Anaya. Berbaring di balkoni, menikmati pemandangan malam, berlangitkan bulan dan bintang. Begitu berdua sehingga pagi.
"Can you please tell me what happen to Marlene?" Tanya Ivan.
"Ada hati tanya mama. You should know better, you are his husband." Balasan berbentuk perlian yang Puan Belinda berikan kepada Ivan. Walaupun Ivan ialah anak dan Marlene ialah menantunya, tetapi salah tetap salah. Ivan terlalu cuai, culas sehingga boleh membiarkan Marlene yang tidak sihat hanya bersendirian bersama Liam di rumah.
"Ma. Ivan bermalam kat office semalam. Ada projek dah dekat due date." Ivan masih cuba memberi alasan demi membela diri. Projek huh Ivan? Projek membahagiakan selingkuhan, menderitakan isteri yang sah. Projek teragung abad ini buat seorang Ivan Marc.
"Bullshit. I dont want to hear any excuse. From now on, i want you to focus on Marlene. Leave your work for a while. Tak bankrup lah company tu kalau sekadar cuti seminggu dua." Bukan calang-calang laser mulut Puan Belinda ni. Tapi bagus juga, ajar sikit anak jantan dia yang tak berguna tu.
######
"Liam.." panggil Ivan lembut. Liam yang selesa dalam pangkuan ibu saudaranya, Isabelle langsung tidak memberikan apa-apa respons. Oleh kerana Liam berkeras untuk turut menemani mummynya di hospital, terpaksa diturutkan juga.
"Liam, daddy panggil tu." Beritahu Isabelle, adik kepada Ivan. Dia beranggapan bahawa Liam tidak mendengar jelas panggilan Ivan sebentar tadi.
"Daddy jahat." Hanya itu yang terbit dari mulut kecil Liam. Namun dua patah kata itu sudah cukup untuk membuat Ivan dan Isabelle tersentak. Ivan bangun dari kerusi. Dia duduk di sofa yang disediakan, di sebelah adiknya. Pantas Liam menyembunyikan wajahnya di dada Isabelle.
"Hey.. kenapa cakap daddy macam tu?" Ivan bertanya lembut sambil mengusap lembut kepala Liam. "Talk to daddy, Liam." Kali ini nada suara Ivan agak tegas. Perlahan-lahan Liam memusingkan badannya. Dia mendongak sedikit kepalanya. Menatap wajah Ivan.
"You left mummy. You make mummy cry. You make mummy sick." Luah Liam. Seraya itu, terus saja air matanya meluncur laju. Dia menangis teresak-esak, sehingga bahunya turut terhenjut. Bagai dirobek hati Ivan melihat Liam terluka sebegitu rupa. Terasa kegagalan sebagai seorang suami, bapa terhempas tepat di atas kepalanya. Isabelle yang memangku Liam hanya diam. Tidak mahu ikut campur urusan rumah tangga abang dan kakak iparnya.
"I am sorry baby.." ungkap Ivan. "I dont left mummy. I love mummy. I love you. I promise, after this, i will take care of mummy, okay?" Ivan menabur janji. Menanam tebu di tepi bibir. Janji yang kedengaran nyaman dan manis, tapi apakah bakal ditepati? Liam masih diam, masih tidak mahu menjawab kata-kata Ivan.
"But Liam kena help daddy. Sebab sekarang dalam perut mummy ada adik. Daddy tak strong enough jaga dua-dua. Liam help daddy okay? Liam kena jadi good abang, boleh?" Ya, Marlene mengandung. Dan Ivan baru mengetahui perkara ini. Jika hari ini Marlene tidak pitam gara-gara tekanan darahnya yang mencanak naik, pasti dia masih tidak tahu. Kerana, masa mereka berdua take a break dimanfaatkan Ivan untuk bersama Anaya tanpa gangguan. Betapa culasnya dikau sebagai seorang suami, wahai Ivan.
"Daddy promise? Jaga mummy?" Liam mengajukan jari kelingkingnya kepada Ivan.
"I promise baby." Balas Ivan. Seraya itu, jari kelingkingnya menyatu dengan jari kelingking Liam, membentuk pinky promise.
******
Anaya membuka pintu rumahnya sebaik mendengar ketukan dari luar. Dia mengesat air mata yang masih berbekas di pipi.
"Hey.. happy birthday Anaya.." ucap Demitrius sebaik pintu terbuka. Dia berlaga pipi dengan Anaya selepas pintu ditutup.
"Thank you. Sorry sebab invite last minute."
"It's okay." Balas Demi. Matanya melilau ke sekeliling ruang rumah milik Anaya itu. Meja yang terletak di dining room menarik perhatiannya. Makanan yang sudah siap terhidang. Siap dengan lilin beraroma yang menyala. Dia yakin semua itu bukan untuk dia.
"He is not coming?" Teka Demi.
"Who?" Anaya pura-pura tidak faham.
"Your special one." Jawab Demitrius bersahaja. Tidak usahlah Anaya beria nak berahsia dengan dia. Dia tahu hati Anaya dimiliki oleh lelaki yang bernama Ivan itu.
"He is my special one. But maybe i am not his special one." Jawab Anaya dengan senyuman paksa yang tersungging di bibir.
'jangan contact i until i contact you first. Love you baby.'
Hanya itu pesanan yang dia terima daripada Ivan petang tadi. Ketika dia teruja menunggu kepulangan Ivan untuk menyambut hari jadinya bersama-sama. Tapi apa lagi yang dia boleh expect. Harus terima. Kerana dia sendiri yang memilih untuk berkongsi cinta suami orang.
"Kalau lah you bagi i peluang, i will never make you cry." Kata Demitrius sambil menyarungkan rantai berlian di leher Anaya. Rantai dengan pendant berhuruf A. "Once again, happy birthday dear Anaya." Ungkap Demitrius perlahan, dekat di telinga Anaya. Dari belakang, dia memberanikan diri mengucup kejap pipi kanan Anaya.
*Anaya, Anaya... Bagus dengan Demi je lah..
*Vote and comment!
YOU ARE READING
SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED)
RomancePerkahwinan bahagia. Itu yang diimpi oleh setiap pasangan suami isteri. Itu lah yang dimiliki oleh Ivan Marc dan Marlene sepanjang 7 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama. Ditambah lagi dengan kehadiran permata hati yang melengkapi kebahagiaan...