Anaya Genessa duduk di ruang tamu setelah selesai mengambil semua barang dan dokumen penting yang tertinggal di kondominium ini.
Sepasang matanya melilau ke sekeliling kondominium itu. Di mana-mana, hanya ada bayangan Ivan. Suara Ivan. Gelak tawa Ivan.
"oh God.." Anaya mengeluh sendiri. Perasaan ini terasa sungguh sakit. Sungguh berat. Namun, dia yakin dengan pilihannya. Lebih baik jika dia pergi.
Dia menyelak handagnya. Sehelai notepad dan sebatang pen dikeluarkan. Ditulis beberapa kata yang dia titipkan untuk Ivan. Dia yakin pasti ada masa Ivan akan kembali ke sini. Kerana kondo ini memang milik Ivan.
Notepad dilipat kemas dan diletakkan di atas meja. Dia menahan dengan kotak tisu berwarna biru yang ada di atas meja.
Cincin berlian di jari manisnya disentuh lembut. Tanpa sedar, ada air mata yang mengalir sehingga jatuh ke belakang tapak tangannya. Cincin berlian ini yang menjadi saksi dia mengungkap janji akan menjadi milik Ivan selamanya.
Maafkan aku Ivan, i break my promise.
Cincin itu sudah berada di tengah jarinya, ingin ditanggalkan. Namun akhirnya disarung semula.
"are you sure you want to do this?" Demi yang dari tadi memerhati akhirnya membuka mulut untuk bertanya.
Dia yang menjadi saksi Anaya menangis sendiri saban malam. Dia yang menjadi saksi Anaya menyeru nama Ivan dalam tidurnya. Dan setiap kali, hatinya bagai dihiris sembilu menyaksikan satu per satu kedukaan wanita itu.
Anaya mengangguk. Dia mencapai tangan Demi yang sudah duduk di sebelahnya.
"i am sorry but i dont understand. Why?" Demi tidak dapat lagi menahan rasa ingin tahu yang memuncak di hati.
Setakat apa yang Demi tahu, Ivan sudah bercerai secara rasmi dengan isterinya. Dengar kata, isteri Ivan juga sudah move on dan mampu melangkah mencari kebahagiaannya.
Lantas mengapa sekarang Anaya memilih untuk berundur. Sedangkan peluangnya untuk berbahagia bersama Ivan sudah terbentang luas.
"i dont know." Hanya itu jawapan yang mampu Anaya berikan kepada Demi.
"you are punishing yourself Anaya. You rasa bersalah. And you still cannot forgive yourself. Sebab tu you pilih untuk seksa diri you sendiri." Bagai tembakan yang tepat mengenai sasaran, begitu juga tepat setiap patah kata Demi mengenai dan menusuk tepat ke hati Anaya. Perfect score for you Demitrius.
"Demi, please.."
"i respect your decision. But i want you to know the truth. Apa yang buat sekarang takkan membahagiakan sesiapa." Kata Demitrius. Sekali lagi, dia mengutarakan pendapat jujurnya.
Anaya membuat keputusan untuk pergi dan melepaskan segala perasaannya secara paksa. Sedangkan dia tahu, tindakannya itu hanya akan mengundang seribu calar luka di hatinya sendiri.
Maka sampai detik ini, Demitrius masih tidak memahami apa sebenarnya yang Anaya fikirkan. Mungkin memang benar, wanita itu terkadang terlalu rumit.
"thank you Demi.." ucap Anaya. Ikhlas. Tulus.
Hari itu, dia sedar kehadiran Ivan di hospital. Dia sedar Ivan sedang memerhatikan dia dan Demi. Kerana itu dia sengaja mengucup bibir Ivan. Kerana dia mahu Ivan melupakan dirinya. Sebagaimana dia juga mahu melupakan lelaki itu.
"how i wish Anaya. That love you have for Ivan is for me." Luah Demi. Dia menarik sekujur tubuh Anaya ke dalam kapannya. Didakap erat.
Andai saja rasa cinta itu semudah kata, sudah lama kau yang aku pilih wahai Demitrius.
******
Marlene terus berjalan menuju ke pintu utama rumahnya apabila terdengar bunyi enjin kereta. Dari tadi dia menunggu kedatangan tetamu istimewanya.
"hey Anaya.." Marlene menyapa ceria. Dia kemudian memeluk kejap Anaya, saling berlaga pipi sebelum berjalan seiringan ke ruang tamu.
"how are you Lene?" Anaya bertanya. Atas desakan, pujukan dan rayuan, akhirnya dia setuju bertemu dengan Anaya. Gagal menghubungi dan menemui Anaya, Marlene tidak berputus asa. Dia mencari Demitrius. Akhirnya, Anaya akur.
"i am fine." Balas Marlene pendek.
"Anaya. Thank you." Ucap Marlene. Terasa terangkat satu beban berat di bahu sebaik ucapan terima kasih itu terungkap dari mulutnya. Sejak kejadian tempoh hari, dia langsung tiada kesempatan untuk mengucapkan terima kepada Anaya secara peribadi.
"thank you juga Lene." Balas Anaya. "For everything." Sambungnya.
"you are a great woman. You deserve all the happiness in the world. I minta maaf sebab hancurkan kebahagiaan you." Anaya juga tidak mahu melepaskan kesempatan ini untuk memohon maaf kepada Marlene. Kerana kepergiannya malam ini, tidak pasti bila lagi akan ada peluang untuk bersua muka dengan Marlene.
Segala luka, segala tangisan, segala derita yang Marlene lalui. Dia juga sebahagian daripada penyebabnya.
"maybe Ivan is not my happiness. I find my happiness now, living my life like this." Jawab Marlene tenang. Dia meletakkan tangannya di atas tangan Anaya. "Anaya. You should find your happiness too. Setiap orang berhak bahagia." Marlene menyambung kata-katanya. Namun Anaya hanya diam seribu bahasa.
"a hug?" Marlene mendepakan tangannya. Untuk seketika, dua wanita itu bersatu dalam dakapan erat. Dakapan yang seakan meleraikan segala rasa amarah, benci, dendam dan sengketa. Dakapan yang mendamaikan.
"Marlene. I think i need to go now." Beritahu Anaya sebaik dakapan terlerai. Matanya melirik smartwatch di tangan.
"eh.. lunch lah dulu.."
"i am sorry, but i have a flight to catch. Belum habis packing lagi." Anaya menolak sambil tersenyum manis.
"wahh. Pergi holiday ke?" Andai Marlene.
Anaya mengangguk, mengiyakan. Holiday. Holiday panjang.
Semoga di tempat baharu nanti, akan ada sinar baru. Kekuatan baru. Bersama insan baru yang sedang membesar di dalam rahimnya.
*Waaa.. dah nak habis story ni. Comment lah, apa ending yang korang nak/expect?
*Vote and comment!
YOU ARE READING
SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED)
RomancePerkahwinan bahagia. Itu yang diimpi oleh setiap pasangan suami isteri. Itu lah yang dimiliki oleh Ivan Marc dan Marlene sepanjang 7 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama. Ditambah lagi dengan kehadiran permata hati yang melengkapi kebahagiaan...