"thank you for tonight Demi." Anaya memberi ucapan terima kasih kepada Demitrius sebaik mereka yang berjalan seiringan tadi tiba di depan pintu rumah Anaya. Setelah berpuluh kali ajakan dan rayuan, baru malam ini Anaya bersetuju untuk keluar makan malam bersama Demitrius."My pleasure darling." Balas Demi. Dia mengiringi langkah Anaya masuk sedikit ke dalam rumah sebaik pintu rumah dibuka.
Demi mendekatkan bibirnya ke telinga Anaya.
"you promise to think about it." Demi mengingatkan. Untuk kesekian kalinya tadi, dia meluahkan perasaan cintanya kepada Anaya. Meminta satu peluang untuk menjadi kekasih Anaya. Dia yakin dia jauh lebih baik dari Ivan. Dia percaya dia boleh memberikan kebahagiaan yang selayaknya kepada wanita itu. Selesai bicara, Demi menghadiahkan satu kucupan di pipi Anaya.
Anaya senyum manis sambil mengangguk.
"take care. Drive safely." Pesan Anaya.
Dia menutup pintu apabila kelibat Demi sudah tidak kelihatan.
"enjoy your date?"
Tanya Ivan. Dari tadi dia memerhati perlakuan Anaya dan Demi dari jauh. Tipu jika tidak cemburu. Andai dituruti perasaan cemburunya, mungkin Demi sudah pulang merangkak.
Anaya mengurut dada dek kerana terlampau terkejut. Dia memandang sekilas Ivan yang sedang berdiri bersandar di dinding. Dinding yang menjadi pemisah antara bahagian dapur dan bahagian depan rumah itu.
Anaya tidak menjawab. Membiarkan saja perlian Ivan berlalu sepi. Sebaliknya, dia terus mengatur langkah menuju ke kamar.
Handbag diletakkan di atas meja solek. Dia berdiri di hadapan cermin sambil menanggalkan anting2 yang dipakainya. Sekilas matanya tertancap pada Ivan yang berdiri di belakangnya, dilihat dari pantulan cermin.
Ivan mendakap pinggang Anaya dari belakang.Dagunya dijatuhkan di bahu kanan Anaya. Dia memejamkan kejap matanya. Menikmati detik ini. Rindu. Dia sangat rindu kehadiran Anaya dalam pelukan nya.
"i miss you." Kata rindu terluah dari mulut. Sudah semestinya, sebaris kata itu tidak mampu melambangkan rasa rindu yang menggunung di hati. Rasa rindu yang menyesakkan dada.
"Ivan.."
Anaya melepaskan tangan Ivan dari pinggangnya. Dia memusingkan badan. Agar bertentangan dengan Ivan. Agar setiap bicara boleh diungkap sejelasnya.
"Lets break up." Pinta Anaya.
Seraya itu, dia terus melarikan anak matanya dari sepasang mata Ivan.
"why? You fall in love with Demi is it? Baru seminggu i tak balik, you dah jumpa pengganti i? Wow.. hebat. You memang hebat." Setiap patah kata yang ditutur, menyiat hati Anaya. Senyum sinis juga tidak lari dari bibir Ivan.
"memang. Memang semurah itu perasaan i. Memang semurah itu cinta i." Balas Anaya. Dia menarik nafas, cuba menahan air mata yang terasa ingin keluar
"hey sayang.. i am sorry.." Ucap Ivan.
Anaya memegang pipi Ivan, dihalakan mata Ivan agar menatap matanya.
"i love you." Ungkap Anaya. "but i am tired." Sambung Anaya.
Dia mengalihkan tangannya dari pipi Ivan.
"the more i love you. The more it hurts. Until at one point, i think the pain is more than the love."
"are you giving up on us Anaya?" Soal Ivan.
Anaya menggeleng.
"no. But i am tired. Marlene is right. One day you will come back to her and Liam. Sebelum hari tu sampai, better i undur diri."
Seminggu Ivan meninggalkan dia tanpa khabar. Tanpa dia tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Seminggu dia buntu. Bingung. Tidak tahu harus berbuat apa. Tidak tahu harus bertanya pada siapa. Semuanya membuat dia berfikir, apakah dia rela jika selamanya harus begini.
Kali ini seminggu. Boleh jadi lepas ni sebulan, atau selamanya atau tiba2 Ivan memutuskan untuk tidak memilih dia lagi. Jadi, sebelum luka dan sakit yang tercipta semakin dalam, lebih baik dia mengundur diri
Ivan meraup mukanya. Dia menolak rambutnya ke belakang. Tidak sangka akan tiba detik ini, detik di mana akhirnya Anaya memilih untuk pergi.
"You know i cant live without you. There is no love in me without you." Luah Ivan. Dia mengangkat sedikit kepalanya, memandang atas, cuba menahan air mata dari mengalir.
"hey. Jangan cakap macam tu. Marlene loves you.." tingkah Anaya.
"but she is not you, Anaya. I want you" Ivan masih tidak mahu mengalah.
"she is your wife Ivan."
"but you are my soul. My everything. You sanggup tengok i menderita hidup tanpa you?" Ivan menyoal sambil memegang dagu Anaya. Berharap Anaya akan berlembut hati lagi dengannya. Tidak sanggup dia membayangkan bagaimana dia harus menjalani harinya tanpa cinta Anaya.
"Do you want me to be happy?"
Ivan mengangguk. Andai dia mampu, segala rasa bahagia dia curahkan kepada wanita ini. Anaya layak dan berhak berbahagia.
"Then listen to me. Kita putus. Okay? Let me go." Anaya meminta lembut. Dia memegang kedua belah pipi Ivan. Kakinya dijungkitkan sedikit. "Promise me Ivan sayang, be happy with your family." Usai menutur kata, dia mengucup kejap bibir Ivan. "Seal with a kiss."
"Now go back home. Marlene and Liam are waiting. They need you." Anaya menyuruh lembut. Dia menolak belakang Ivan sehingga ke luar rumah. Ivan hanya menurut. Sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi.
"Bye Ivan. I love you." Ungkap Anaya lalu menutup pintu rumahnya. Dia kemudian bersandar pada pintu. Mulutnya ditekup. Tangisannya pecah. Dari berdiri, badannya melorot ke bawah. Dia menangis sambil memeluk lututnya. Sakit.. hati ini sungguh sakit. Selamat tinggal Ivan.
*Eh.. terkesian pula dengan Anaya.
*Vote and comment!
YOU ARE READING
SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED)
RomancePerkahwinan bahagia. Itu yang diimpi oleh setiap pasangan suami isteri. Itu lah yang dimiliki oleh Ivan Marc dan Marlene sepanjang 7 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama. Ditambah lagi dengan kehadiran permata hati yang melengkapi kebahagiaan...