SHDC 11

1.5K 86 14
                                    

Anaya keluar dari keretanya sebaik melihat Ivan sudah selesai memarkirkan kereta. Dia berlari kecil menuju kereta Ivan, sambil melihat sekeliling. Risau ada yang memerhatikan. Pintu kereta Ivan dibuka lalu dia terus memboloskan tubuhnya ke dalam kereta. Hanya ini cara dia untuk bertemu dengan Ivan sekarang.

"Hey.." Sapa Anaya. Dia berkira-kira untuk mengucup pipi Ivan tapi Ivan pantas mengelak. "Ivan sayang... Are you still mad?" Ada hati lagi Anaya bertanya sedangkan jawapan sudah terang lagi bersuluh. Kalau tidak marah, masakan setiap chat dan panggilannya hanya dibiar sepi.

"Get out."

"Ivan.. please. Demi is just a friend." Anaya cuba menjelaskan. Dia memegang pipi Ivan, badannya dinaikkan dan bibir Ivan dikucup. Dia tersentak apabila Ivan terus menolak kasar bahunya sehingga badannya terhempas pada pintu kereta.

"Ivan!"

"Dengan suami orang macam i pun you nak. Tak mustahil di belakang i you simpan banyak lagi jantan Anaya! I cant believe i cheated on Marlene because of you!" Herdik Ivan. Herdikan yang sungguh kuat sehingga lehernya berurat dan mukanya bertukar kemerahan.

Anaya terdiam seketika. Terkedu. Lidah kelu tak bisa mengungkapkan biar sepatah kata. Matanya masih menatap wajah bengis Ivan. Dia menarik nafas sedalamnya. Mencari kekuatan dan ketenangan untuk memula bicara.

"Selepas semua drama. Semua yang kita lalui. I sentiasa pilih you. Tapi rupanya, you never trust me. I love you with my whole heart. And yet to you, i am just like a prostitue. I can get better man than you Ivan, i deserve better. But i still choose you, because i love you. And all this time, this 3 fucking years, i thought you love me too." Dalam sehela nafas, Anaya menyusun kata. Diiringi air mata yang berjuraian bagai empangan air yang pecah. Dia bukan tipikal skandal yang punya agenda. Dia bukan pisau cukur. Dia punya kerjaya. Dia punya segalanya. Sedihnya, dia mencintai lelaki yang salah.

"Anaya.. baby.." sungguh cepat Ivan berubah. Kelemahannya yang paling kuat, air mata Anaya. Dia tidak sanggup melihat wanita itu menangis. Apalagi kerana dirinya. "I am sorry baby. Please. Its my fault. I cant control my jealousy." Ivan memohon maaf. Dia mengesat air mata Anaya sambil pipi Anaya dielus lembut.

"Forgive me baby? Please. I am really sorry."

Anaya menolak tangan Ivan yang masih mengusap pipinya. Kepalanya didongakkan. Sepasang matanya menusuk tepat ke kedua mata Ivan. Perlahan-lahan dia menggeleng.

"Anaya. Sayang. Baby..." Ivan cuba menarik tangan Anaya tapi Anaya lebih pantas mengelak. Anaya membuka pintu kereta dan terus berlalu pergi. It is not my lose Ivan.

"Arghhh!!!!" Ivan menjerit sekuat hatinya sambil menumbuk stereng keretanya. Melepas segala amarah di hati. Bodoh! Bodoh! Bagaimana dia boleh berlebihan seperti tadi? Bukan dia tidak percaya, dia takut, dia takut satu hari nanti dia akan kehilangan Anaya. Dia sedar dia tidak mampu memberikan Anaya kebahagiaan dan taraf yang selayaknya, jadi dia takut akan ada lelaki lain yang mengambil tempat di hati Anaya. Anaya..  My Anaya Genessa.

******

"Miss, ada orang nak jumpa.." beritahu Freya, PA kepada Anaya. Anaya yang sedang meneliti design di laptopnya mengangkat kepalanya seketika.

"Siapa?" Tanya Anaya. "Dia ada buat appointment ke?"

Freya menggeleng. "Dia cakap nama dia Marlene."

Terbatuk-batuk Anaya mendengar nama Marlene.

"Are you okay miss?" Freya menyoal sambil pantas menghulurkan segelas air kepada bosnya itu. Anaya meneguk sedikit air itu. Dia menarik nafas. Menyusan nafas yang tidak teratur tadi. "Let her in." Arah Anaya. Freya mengangguk dan berlalu keluar dari pejabat Anaya.

"Hello Genessa.." sapa Marlene sebaik membuka pintu pejabat Anaya. Bibirnya dihiasi senyuman manis. Anaya berdiri menyambut kedatangan Marlene. "Sorry i datang tanpa appointment. I lalu sini tadi. Terus singgah. I dah lama berkenan dengan design dress you. Selalu nampak you post kat whatsapp status." Jelas Marlene setelah mereka sama-sama mengambil tempat di sofa yang tersedia di sudut kanan ruangan pejabat itu.

"Ohh i see. You nak i designkan dress ke?"

"Kalau you tak busy lah.. sebab dress ni nak pakai dalam sebulan lagi." Jawab Marlene.

"Ohh.. untuk event apa?"

"Wedding anniversarry. I dengan Ivan plan nak buat majlis sikit. Tu yang nak juga dress cantik-cantik.." ceria suara wanita itu memberitahu rancangan majlisnya kepada Anaya. Menunjukkan dia sedang berbahagia.

"Boleh. Nanti you set appointment dengan PA i, next meeting kita ambil ukuran."

"Cantik lipstick you. Sesuai dengan you." Tiba-tiba pula mata Marlene tertumpu pada lipstick yang tercalit cantik di bibir mungil milik Anaya.

"My favourite ni, yang ni.." Anaya mengeluarkan lipstick itu dari beg soleknya dan menghulurkannya kepada Marlene. Marlene membelek-belek lipstick matte itu. Tertulis kod siren in scarlett. Tiba-tiba fikirannya menerawang memikirkan kesan lipstick di kemeja Ivan tempoh hari.

"Anaya!" Panggilan yang agak kuat itu menyedarkan Marlene dari lamunan jauhnya. Dia terus menoleh. Dahinya berkerut melihat gerangan yang berdiri di pintu itu.

"Sorry miss.. I dah halang tapi dia..." Kata-kata Freya terhenti di situ apabila Anaya memberi isyarat agar dia keluar dari situ. 

"Ivan. You buat apa kat sini?" Tanya Marlene. Ivan memandang Anaya dan Marlene silih berganti. Hah.. nak jawab apa lagi Ivan. Nak tabur dusta apa lagi? Anaya cuba berlagak tenang. Sedangkan degupan jantungnya seolah-olah boleh didengari oleh seluruh isi alam. Apa yang nak jadi ni?

"Ivan?"

*Saja je author biar korang suspens sikit..
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now