SHDC 34

2K 111 24
                                    


'tuk! Tuk! Tuk!'

Tiga kali ketukan kedengaran dari luar.

"come in." Sahut Marlene sambil tangannya tetap ligat melipat pakaian.

Dia mendongak sedikit kepala apabila terdengar pintu kamarnya dikuak, ternyata ibu mertuanya. Puan Belinda.

"duduk ma." Pelawa Marlene sopan.

Dia mengalih timbunan pakaian ke sisi katil yang sebelah lagi. Memberi ruang kepada Puan Belinda untuk duduk.

"mama minta maaf sayang.." Ucap Puan Belinda. Dia mencapai tangan menantunya itu. Digenggam erat. Menahan perasaan sebak yang menyesak di dada.

"ma.. kenapa ni?" Marlene bertanya.

"mama tahu semuanya. I know Ivan is cheating on you. Mama minta maaf, mungkin mama yang salah didik dia." Hari itu, ketika Marlene dan Ivan bertengkar di ruang makan, dia yang baru tiba dari pasar mendengar segalanya.

Hancur hatinya sebagai seorang ibu, tatkala mendapat tahu kelakuan anak lelakinya itu. Hancur juga hatinya sebagai wanita, melihat betapa berkecainya hati Marlene. Tapi dia tahu, apa yang dia rasa takkan pernah terbanding dengan apa yang Marlene rasa.

"ma.. ma.. jangan cakap macam ni. It is not your fault."

"mama nak Lene tahu. Apa pun yang terjadi, you will always be my daughter." Hanya ini yang mampu Puan Belinda berikan sekarang.

Sokongan.

Apapun keputusan Marlene, dia akan terima.

"thank you ma." Ucap Marlene. Terus ada air mata yang menitis, menitik di belakang tapak tangan Puan Belinda.

"i love him ma. Sayang sangat. Cinta sangat. Tapi Lene sedar, semakin Lene pertahankan perasaan ni, semakin Lene akan sakit. Because the truth is, he doesnt love me anymore." Teresak-esak Marlene menangis meluah rasa yang terbuku di hati. Rasa yang tidak pernah diluah kepada sesiapapun.

Entah kenapa hari ini, seakan tidak tertanggung lagi. Sehingga ringan mulut nya meluah pada ibu mertuanya.

"melepaskan sakit, tapi bertahan lebih sakit ma. Sakit. Because everytime i look into his eyes, i still see love, but the love he has for Anaya."

Marlene berhenti seketika. Air mata dikesat. Sambil cuba menyusun nafas yang tidak teratur. Menyusan rentak suara yang sudah tidak senada irama dan lagunya. Terketar-ketar, diseling dengan suara sendu tangis. Melambangkan rasa sakit yang sedang beraja di hati.

Perlahan-lahan, Puan Belinda menarik Marlene ke dalam dakapannya. Dia mendakap Marlene seeratnya. Andai saja mampu, dia ingin menyalurkan segala semangat yang ada buat Marlene.

"mama kat sini sayang. I will always be with you." Puan Belinda memujuk lembut. Dia mengucup ubun-ubun Marlene yang masih meluah tangis di dadanya.

Biar lah Marlene menangis. Andai itu mampu memujuk biar hanya secebis dari hatinya yang sudah hancur.

Biarlah Marlene menangis sepuasnya, semoga selepas ini akan dibalas dengan senyuman dan tawa bahagia yang tiada penghujungnya.

******

Demitirius memandang sekujur tubuh Anaya yang terbaring lemah di atas katil. Dia meletakkan belakang tapak tangannya di dahi Anaya. Masih panas. Tengah hari tadi dia tiba di rumah Anaya, kerana Anaya meminta tolongnya untuk membeli ubat.

Tapi, melihat keadaan Anaya yang lemah tidak berdaya, dia memutuskan untuk terus menemani Anaya. Sudah puas, barangkali sudah kering air liurnya memujuk Anaya untuk mendapatkan rawatan di klinik, tapi kerasnya kepala wanita ini, mungkin lebih keras dari batu blok.

Demi mengelus lembut pipi Anaya. Wajah yang sudah kelihatan pucat itu ditatap sedalamnya.

Anaya.. Anaya..

Apa yang ku perlukan cuma satu peluang.

Tapi itu pun terlalu sukar untuk kau berikan padaku.

Begitu cintakah kau kepada Ivan?

Sehingga kau sanggup berkongsi kasih? Sehingga kau sanggup menyakiti dirimu sendiri?

"Ivan.."

Pantas Demi mengalihkan jarinya apabila kedengaran suara rengekan Anaya.

Tapi pandangannya masih tidak beralih daripada Anaya.

"Ivan.. Ivan.."

Dengan mata yang masih terpejam, Anaya menyeru nama Ivan.

Mimik mukanya sudah seperti mahu menangis.

"Ivan.."

"Anaya.. hey.."

Demitrius memanggil lembut.

Jari telunjuknya menepuk lembut pipi Anaya.

"I love you Ivan.." Ungkap Anaya.

Demi mengeluh perlahan. Dia yang duduk di sebelah Anaya yang baring di balik selimut menundukkan sedikit wajahnya.

Dahi Anaya dikucup lama. "I wish you know, i love you more Anaya." Tutur Demi perlahan. Dia kemudian turun dari katil itu perlahan-lahan.

Dia memastikan Anaya sudah lena sebelum keluar dari bilik itu. Dibiarkan saja pintu tetap terbuka, supaya dia lebih alert dengan keadaan Anaya. Dia menapak ke dapur. Membuka peti sejuk. Mencari sesuatu untuk dimasak buat Anaya.

"uok! Uok! Uok!!"

Sepantas kilat Demi berlari semula ke kamar Anaya apabila mendengar suara Anaya yang seakan sedang muntah. Pantas dia mendapatkan Anaya yang sudah duduk di atas katil. Dia mengusap belakang Anaya yang masih muntah.

"i am sorry." Anaya meminta maaf.

"hey.. hey.. its okay.."

Demi mengalihkan selimut yang sudah kotor dengan muntahan Anaya. Diletakkan saja dulu di atas lantai.

Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Anaya.

"feeling better?" Demi bertanya.

Anaya mengangkat sedikit kepalanya. Sepasang mata kuyunya memandang Demi. Pandangannya berpinar-pinar, dan akhirnya gelap.

"Anaya! Anaya!" Demi memanggil Anaya yang sudah pitam di dalam dakapannya.

Pipi Anaya ditampar kuat.

Tapi Anaya langsung tidak memberi respons.

*Pasti akan ada satu hal di dalam kehidupan, yang kita sangat sayang. Dalamnya rasa sayang, sampai rela dilepaskan.
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now