Marlene tersenyum manis sebaik melihat wajahnya yang siap ditata rias di hadapan cermin. Anaya yang berdiri di belakang Marlene memegang kedua belah bahu Marlene.
"Cantiknya pengantin baru ni." Usik Anaya.
"Yish you ni. Pengantin basi dah ni."
"Hey, dah siap ke?" Pandangan Anaya dan Marlene teralih pada Ivan yang bertanya.
"Siap dah. Masuk lah." Suruh Anaya. Ivan yang tadi menjenguk membuka pintu dan masuk ke dalam kamar. Marlene yang duduk di bangku juga terus berdiri.
"You look gorgeous my sweet candy." Puji Ivan sebaik Marlene berdiri di hadapannya. Marlene menunduk malu kerana Anaya masih di situ.
"Take your time. I keluar dulu." Anaya meminta diri. Dia melangkah keluar dari kamar itu. Entah kenapa hatinya terasa lain kali ini. Mungkin kah dia cemburu? Selama ini, dia tidak pernah melayan rasa cemburu kerana dia sedar kedudukannya. Tapi tadi, melihat Ivan dan Marlene berdiri bersama. Bersedia menyambut ulang tahun perkahwinan mereka. Fikirannya tiba-tiba beralih arah. Akan adakah masa depan hubungannya dengan Ivan?
"Miss. Mereka dah ready ke? Tetamu dah ada yang sampai." Pertanyaan pekerjanya membawa kembali Anaya ke alam nyata. Jauh dia hanyut dalam lamunan tadi.
Anaya memaksa bibirnya menguntum senyum. Come on Anaya. You have to be profesional. Tonight, Ivan and Marlene ara your client. Anaya memberi semangat kepada dirinya sendiri. "Dah, mereka dah ready. Tolong panggil mereka." Arah Anaya. Pekerja yang bernama Flora itu menurut. Dia berlalu pergi meninggalkan Anaya sendirian.
######
"Sebelum upacara memotong kek, rasanya nak juga kan dengar apa ucapan dari Mr and Mrs Ivan."
Tepukan dari para tetamu terus kedengaran sebaik pengacara majlis selesai berbicara. Ivan terus mencapai mikrofon di meja. Meja yang dihiasi dengan pelbagai jenis kek dan pencuci mulut bertemabakan warna turqoise.
"Thank you emcee. Saya mula lah ye.. hati-hati kalau lepas dengar ucapan ni ada yang kena gigit semut." Gurau Ivan. Terus saja gurauannya disambut dengan gelak tawa para hadirin. Ivan mengalih posisi, dia berdiri berhadapan dengan Marlene.
"My sweet Candy, Marlene. Today is the day when the two of us become one. Thank you for coming in my life and make it a beautiful journey. I promise to love you forever. Maybe you are not my first love, but take my words sayang, you are my last, my best and eternal love. Love is not perfect without you, my wife. My sweet candy." Sebutir demi sebutir perkataan tersusun, menjadi ayat yang cukup indah dan puitis. Khas untuk sang isteri.
"Wooh!!" Bersambut meriah suara para tetamu yang bersorak. Ivan dan Marlene senyum lebar memandang ke arah tetamu. Ivan mencari sosok Anaya. Tapi tidak kelihatan di mana-mana.
"Sweet nye lahai Tuan Ivan ni." Puji Flora yang berdiri di samping Anaya. Di satu sudut yang agak jauh dari orang ramai. Memerhati segalanya untuk memastikan semua atur cara berjalan lancar.
"Now, its your turn." Kata Ivan lalu menghulurkan mikrofon kepada Marlene. Marlene menyambut mikrofon itu, menarik nafas sekejap sebelum mula menutur kata.
"Ivan, Tujuh tahun yang lepas, pada detik ini. Kita mengikat janji untuk di hadapan Tuhan. Bersaksikan keluarga dan sahabat handai. Janji yang masih i pegang hingga ke detik ini. For rich, for poorer. In sickness and in health. I will always be by your side. 7 tahun bersama, banyak yang kita lalui. Kita lalui semuanya bersama. Satu per satu. With our greatest gift, Liam. I pray to God, that never a second in your life, you will stop loving me." Marlene berhenti seketika kerana sebak di dada semakin terasa. Dia menyusun nafas. Ada sakit yang dirasa saat meluah bicara. Kerana dia tahu, Ivan bukan lagi miliknya seorang.
"I hope i will always be your sweet candy. Forever. Thank you for loving me, for showering me with love. Your love is very precious that i wish it is only for me." Selesai bicara, Marlene terus meletakkan mikrofon di atas meja. Ivan mengucup dahi Marlene. Bahu Marlene dirangkul erat.
"Wah.. rasanya i dah kena gigitan semut ni. Gigitan semut cinta. So sweet lah Mr and Mrs Ivan ni. May your love grow each day."
######
"Hello Ivan.." sapa seorang wanita yang baru tiba. Dia mendekati Ivan dan Marlene yang sedang berdiri dekat dengan backdrop yang terhias cantik.
"Eh Anaya.." Ivan terus saja mendakap sekejap wanita yang berdiri di hadapannya itu. Hadiah yang dibawa terus bertukar tangan. "Sorry i am late."
"Its okay. Sayang. Ini Vidette Anaya. Kawan lama i." Ivan menperkenalkan Vidette kepada Marlene. Perlahan-lahan Marlene menyambut huluran tangan Vidette. Vidette Anaya. Tiba-tiba dia teringat pada malam Ivan mengigau. Nama Anaya yang diseru. Marlene memandang Vidette dari atas ke bawa.
"Just call me Vee. Ivan je yang suka panggil i Anaya." Kata Vidette.
"Vee.. makan lah." Pelawa Marlene.
"Ya Vee. Makan. Banyak favourite you hari ni. Jom, i teman.." tawar Ivan. Seraya itu dia menarik pergelangan tangan Vidette, membawanya ke ruang makan. Memilih, mengambil makanan sambil berbual mesra. Sesekali dilihat, macam pasangan kekasih pun ada. Tanpa sedar, setiap perlakuan dan gerak geri mereka diperhati oleh bukan sepasang tapi dua pasang mata.
Mata Marlene dan mata Anaya Genessa.
*Jeng jeng jeng... skandal ke berapa ni Ivan?
*Vote and comment!
YOU ARE READING
SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED)
RomancePerkahwinan bahagia. Itu yang diimpi oleh setiap pasangan suami isteri. Itu lah yang dimiliki oleh Ivan Marc dan Marlene sepanjang 7 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama. Ditambah lagi dengan kehadiran permata hati yang melengkapi kebahagiaan...