SHDC 33

1.9K 122 40
                                    


Marlene memerhati Ivan yang sedang duduk di meja makan. Kelihatan termenung sangat jauh. Seoalah hanya badannya yang ada di situ. Tapi fikiran dan mindanya entah ke mana Nasi dan lauk yang terhidang di depan mata juga langsung tidak terusik

"hey."

Teguran perlahan Marlene mengembalikan Ivan ke dunia nyata. Dia menoleh ke arah Marlene yang sudah duduk di sebelahnya. Kedudukannya dibetulkan. Entah sudah berapa lama Marlene melihat dirinya yang sedang melamun.

Melamun apa lagi kalau bukan tentang Anaya. Semuanya seakan tidak kena belakangan ini. Dia langsung tidak dapat menghubungi Anaya. Di pejabat tiada, di butik tiada.  Malah di beberapa rumah milik Anaya yang dia tahu juga tiada

"hey sayang." Balas Ivan. Dia mengukir senyum di bibir. Wajah isterinya itu ditatap sedalamnya. Kadang dia juga bingung, kenapa rasa cintanya pada wanita ini bisa berbelah. Terkadang, dia cuba mencari di mana kurangnya Marlene. Tapi tiada. Tiada apa yang kurang pada Marlene. Dia sangat sempurna.

Ibu, isteri dan wanita yang sempurna

"i dah ada jumpa lawyer." Kata Marlene. Jujur. Ivan berhak tahu. Memang dia sudah ada mendapatkan khidmat nasihat peguam bertauliah, mengenai urusan perihal rumah tangganya.

Ivan mengerutkan dahinya. "Apa you cakap ni?"

"takkan selamanya kita macam ni Ivan?" Soalan Ivan dibalas dengan soalan jua.

"kita kena buat keputusan." Tegas Marlene.

Berdiam diri tentang apa yang berlaku sekarang bukan bermaksud Marlene sudah melupakan. Dia sudah tiba di tahap yang terlalu tawar hati. Sehingga terkadang dia sudah tidak kisah tentang hubungan Ivan dan Anaya. Sudah penat dia berjuang, bertahan selama ini. Tapi akhirnya, hanya luka yang bertambah parah. Mungkin memang melepaskan segalanya lebih baik

"i dah buat keputusan. I tak nak bercerai." Ivan tetap dengan pendiriannya. Bercerai dengan Marlene tidak pernah ada dalam kamus hidupnya

"Ivan. Tak guna you bertahan. You cuma akan seksa hati you sendiri. You dah tak cintakan i."

"who said that?" Nafi Ivan.

"i never say i stop loving you. I love you so much. You saja yang tidak percaya." Eh eh.. Ivan mula menunjukkan kepakarannya. Menghala kesalahan sendiri kepada Marlene. Play victim.

Marlene mengangkat wajahnya. Dia memandang Ivan sambil senyum sinis.

"i bodoh kalau masih percaya Ivan." Sindir Marlene.

"if you really love me, you will never ever love Anaya."

"why is it so hard for you to understand, that i love both of you." Ivan menutur kata dengan nada yang naik turun. Terselit nada kesal juga kerana Marlene masih tidak mengerti perasaannya. Mencintai Anaya tidak bermaksud dia tidak mencintai Marlene.

"oh my God!" Marlene menghela nafas panjang sambil menggeleng kepala. Sesungguhnya, dia tidak faham, tidak terima dan tidak dapat hadam penyataan yang keluar dari mulut Ivan.

"stop feeding me with your bullshit Ivan."

"my love is not bullshit Marlene. I berhak pertahankan cinta i pada you."

"Ivan. Ivan Marc. Listen. Listen to me. Yang you pertahankan sekarang, bukan cinta. Tapi ego. EGO!" Marlene menempelak Ivan dengan sebuah kebenaran.

"terpulang lah kalau you anggap you betul. Kita biar mahkamah tentukan."

"you tak fikir Liam ke? What kind of mother are you?!" Ivan mengherdik Marlene. Marlene berdiri. Pinggan kaca yang ada di atas meja makan itu dicapai. Dan 'priang!!!' bunyi pinggan dan mozek yang bertemu itu menandakan pinggan sudah dihempas kuat di atas lantai.

"you dont have the right to question my love for Liam!" Teriak Marlene.

"you nampak pinggan tu? Sehancur itu hati i sekarang. Sehancur itu keluarga kita sekarang. Takkan ada yang mampu kembalikan kita yang dulu lagi. Takkan ada." Nada Marlene yang mulanya tinggi kian kendur menuju hujung ayat.

Apa Ivan fikir dia tidak hancur?

Apa Ivan fikir dia tidak sayangkan keluarganya?

Sayang.. sayang sangat

Kerana terlalu sayang lah, kini dia juga terlalu hancur.

Ivan berlagak seperti sayang. Tapi dia tidak sama-sama berjuang Jangankan berjuang. Kata maaf pun tidak pernah terungkap dari mulut suaminya itu. Apakan lagi kata maaf, dia malah mempertahankan pengkhianatannya. Menegakkan benang yang basah.

Akhirnya, dia juga yang dituduh bersalah. Dituduh selfish.

"sebelum you persoalkan kasih sayang i pada Liam. tanya diri you sendiri you. You tak fikir kan Liam ke bila you tengah seronok dengan Anaya? You tak kasian ke tipu Liam cakap you kerja, tapi sebenarnya you tengah spend time dengan Anaya? You tak kasian ke fikir Liam yang kadang-kadang cuma nak you teman dia makan, tapi itu pun you tak mampu tunaikan sebab dalam hati you, yang paling penting ialah Anaya?" Bertubi-tubi tembakan soalan yang Marlene tujukan buat Ivan.

Kali ini, Ivan terdiam. Terbayang wajah polos Liam di mindanya

Wajah polos Liam yang sentiasa menyambut kepulangannya dengan riang.

"kalau masih ada sikit hati you sebagai bapa. Please. Kita settle benda ni baik-baik. Liam is innocent." Sempat Marlene mengungkap permintaan sebelum berlalu pergi meninggalkan Ivan sendiri di ruang makan itu.

Ivan meraup mukanya beberapa kali.

Dia bersandar pada kerusi.

Dahinya dipijit. Mata dipejam

Buntu.

Dia buntu.

*Marlene! You go girl!
*Makan sampai kenyang Ivan! Jangan main-main dengan wanita yang sudah tawar hati.
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now