SHDC 6

1.8K 94 6
                                    

Anaya yang mengatur langkah agak cepat keluar dari tandas memperlahankan langkahnya apabila telinganya menangkap esak tangis dari bangku berdekatan. Dia mengundur. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang duduk di atas bangku yang tersedia di luar tandas sambil menangis teresak-esak.

"Hey.." Anaya menyapa lembut. Dia mengambil tempat di sebelah kanak-kanak lelaki itu.

"Are you alone?" Anaya bertanya.

"I want mummy.." luah anak itu perlahan. Masih dengan esak tangis. Badannya kelihatan sedikit bergetar. Pasti dia ketakutan. Ya lah, kanak-kanak sekecil itu, di dalam mall besar begini, sendirian.

"Do you have your mummy phone number?" Tanya Anaya. Kanak-kanak itu mendongakkan kepalanya. Kemudian dia menghulurkan tangan kanannya kepada Anaya. Ada gelang yang tersarung kemas di pergelangan tangannya. Anaya membelek gelang itu. Tercatat nombor hp daddy dan mummy kepada budak itu.

"Clever boy. Let me call your mummy first."

Anaya mengeluarkan hp nya. Nombor telefon didial. Tut.. tut...

"Hello!" Kedengaran suara yang agak tercungap-cungap menjawab di hujung talian. Anaya mengaktifkan loudspeaker hpnya. Memberi isyarat agar kanak-kanak itu berbicara dengan ibunya.

"Mummy. Liam scared.."

"Oh my God, my baby. Liam kat mana sayang.." di sebalik kerisauan, terselit nada kelegaan kerana anaknya sudah berada di hujung talian.

"Hello mummy Liam. Liam is safe with me, kami kat tempat duduk area tandas yang sebelah sushi king. Can you come here? I will wait." Kata Anaya sambil mengusap kepala Liam. Panggilan dimatikan sebaik mendapat kata okay. Dia menatap wajah kanak-kanak bernama Liam itu.

"So your name is Liam?"

Liam mengangguk. "My daddy Ivan, my mummy Marlene."

Anaya tersentak mendengar jawapan Liam. Diperhati betul-betul setiap inci wajah Liam. Oh my God. Disangkanya hanya nama yang sama. Ternyata oh ternyata.. Liam.. what a small world.

******

"Marlene." Marlene menghulurkan tangannya sebaik selesai sesi berpelukan dengan anaknya.

"Genessa.." Anaya menyambut huluran tangan Marlene. Mereka berjabat seketika. Entah lah, terasa lebih selamat saja menggunakan nama keduanya.

"I cant thank you enough miss Genessa."

"No biggie. I should go now. Bye Liam and mummy." Anaya meminta diri.

"Miss Genessa!" Baru beberapa langkah, nama nya diseru lagi. Anaya menoleh. Senyuman manis diukir. Marlene memimpin tangan Liam, mendekati Genessa.

"I know it sounds awkward. But, will you come to my place for dinner tonight? Sebagai tanda terima kasih i."

"Eh. Its okay.. i bukan..."

"Please?" Marlene memotong percakapan Anaya dengan rayuan lembut.

"Okay. As long as i tak susahkan you and your family."

"No. Not at all. So, this is my business card. Please whatsapp me, i will send you the location later." Marlene memberikan kadnya kepada Anaya. "See you tonight miss Genessa. Bye.." Marlene berlalu pergi.

Anaya mengeluh kasar. Kad yang Marlene berikan dimasukkan ke dalam beg sebelum dia juga berlalu pergi.

******

Anaya menghela nafas panjang sebelum menekan loceng rumah banglo mewah itu. Dia mencuba mencari ketenangan di sebalik rasa resah gelisah, gundah gulana yang membanjiri hati. Nervous jumpa isteri kekasih lebih nervous dari jumpa bakal mak mertua ya.

"Hai mummy Liam.." sapa Anaya sebaik pintu itu dibuka. Terus terpampang wajah Marlene yang dihiasi dengan senyuman indah. "Hai Genessa. Thanks for coming.. jom masuk." Pelawa Marlene. Anaya hanya membututi langkah Marlene dari belakang. Masih cuba menenangkan rentak dan irama kencang di hati.

"Hubs! Ivan sayang. Look, my special guest is here." Marlene memanggil Ivan.

"Kejap sayang.." jawab Ivan dari dapur. Sempat dia mencuci tangan sebelum menuju ke ruang depan. Selangkah demi selangkah kaki diatur. Terhenti saat dia terlihat siapa yang sedang berdiri dan berbual bersama Marlene di ruang depan. Bagai mahu luluh jantungnya. Darah seakan berhenti mengalir sehingga lututnya terasa lemah longlai. Pantas saja Anaya menundukkan sedikit mukanya sebaik sedar Ivan sedang melihatnya tanpa berkedip mata.

"Ivan, sini lah." Panggil Marlene. Ivan menyusun nafas. Berjalan menuju Marlene dan Anaya.

"Sayang, ni lah Genessa. Yang jumpa and teman Liam tadi."

"Oh.."

"Hai daddy Liam. Genessa."

"Ivan. Ivan Marc."

Anehnya pertemuan kali ini kerana tidak dimulai dengan cumbuan dakapan, hanya berjabat tangan.

*Jeng jeng jeng! Baru tauk lemah lutut si Ivan tu yee..
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now