SHDC 22

1.4K 83 15
                                    

Anaya melangkah keluar dari kerumunan manusia yang berada di bar ini sebaik merasakan hp poket seluarnya berdering nyaring tanpa henti. Hp itu dikeluarkan. Nama Marlene yang tertera di skrin. Apa pula perempuan ni nak malam-malam buta macam ni? Anaya merengus kasar. Tapi, panggilan itu tetap diangkat.

"Hey Marlene." Sapa Anaya. Tapi sapaannya disambut dengan suara esak tangis Marlene. Walaupun suasana di club itu cukup bising dengan hiruk pikuk manusia dan muzik, tapi dia tetap menangkap jelas suara Marlene menangis di hujung talian.

"Marlene, kenapa ni?" Anaya bertanya. Risau.

"Ivan.. Ivan.." terketar-ketar suara Marlene menjawab. Sukar sekali menyusun kata untuk menjelaskan apa yang terjadi.

"Marlene. Talk to me. Kenapa dengan Ivan?" Gesa Anaya. Berderau darahnya sebaik Marlene menyebut nama Ivan. Terus seakan terasa kencang degupan jantung. Haih laa.. jangan lah ada apa-apa yang jadi.

"Dia.. acci..dent. "

Anaya terus berpaut pada meja yang ada di sebelahnya sebaik mendengar jawapan Marlene. Terus terbayang moment mereka bertengkar pagi tadi.

"Nessa. I am sorry tapi boleh tak you bawa i ke hospital, i dont think i can drive. Tolong i?" Pinta Marlene dengan nada sayu.

"Sure. You tunggu kejap. I gerak sekarang." Balas Anaya sebelum bergerak keluar dari club itu. Menyusuri lautan manusia yang sedang berpesta ria.

######

"Lene. Minum dulu." Anaya mengambil tempat duduk di sebelah Marlene. Dia menghulurkan milo panas kepada Marlene. Marlene menyambut cawan kertas itu. Dihirup sedikit saja sebelum cawan itu diletakkan di kerusi kosong di sebelahnya.

"Nessa. Thank you." Ucap Marlene. Dia mencapai tangan Anaya. Digenggam erat. "Kalau tak da you tadi tak tau lah apa nak jadi." Sambung Marlene lagi. Diiringi dengan titisan air mata pula kali ini.

"Hey.. hey.. its okay." Balas Anaya lembut. Dia menarik lembut kepala Marlene. Dijatuhkan di bahunya. Kepala Marlene diusap lembut. Dia memujuk Marlene tapi hatinya sendiri turut merasa gundah. Siapa pula yang mahu memujuk dan menenangkan dia. Haih la nasib.

"Siapa keluarga Encik Ivan?" Suara garau doktor yang bertanya membuatkan Marlene terus bangun.

"Saya isteri dia." Jawab Marlene. Perlahan-lahan Anaya juga bangun, berdiri di belakang Marlene. Iya Anaya, di situ lah tempat mu. Selamanya akan di belakang Marlene sahaja. Kerana dia isteri, dan kau skandal.

Doktor itu mula menjelaskan keadaan Ivan kepada Marlene. Ada pendarahan tapi katanya sudah mampu dikawal. "As for now, he is stable. Ada soalan?" Doktor itu mengakhiri sesi penerangannya dengan membuka sesi soal jawab. Dia terus meminta diri apabila Marlene menggeleng.

"Jom ikut i masuk." Ajak Marlene. Belum sempat Anaya menolak, Marlene sudah menarik pergelangan tangannya.

Marlene mendekati Ivan yang terbaring di atas katil itu. Kucupannya terus singgah di pipi lelaki itu. Terus saja Anaya mengalihkan pandangannya. Dibuang jauh-jauh rasa cemburu yang sempat singgah di hati. Marlene mencapai beg Ivan yang diletakkan tidak jauh dari katil itu. Beg itu dibuka. Dia memeriksa barang peribadi Ivan. Untuk seketika, matanya tertarik pada kotak habib yang ada di dalam beg itu. Kotak itu dikeluarkan. Dibuka. Ada wish card yang terletak kemas sebaik kotak itu terbuka.

'wear this bracelet around your wrist, to remind you that my heart is, and always will be yours, My Anaya.

Kedengaran sungguh romantik ucapan itu. Pasti tersenyum bahagia si penerima yang bernama Anaya ini. Marlene menyentuh gelang yang tersergam indah di balik kotak itu. Pasti ini round diamond  bracelet itu. Gelang yang dia temukan resitnya tempoh hari.

"Are you okay?" Tanya Anaya. Marlene tidak menjawab sebaliknya kotak itu diserahkan kepada Anaya. Membaca ucapan itu, melihat gelang yang terlalu cantik itu. Anaya menahan diri untuk tersenyum.

"Hey. Mungkin ni bukan dia punya. Jangan fikir banyak." Kata Anaya sambil mengusap lembut belakang Marlene.

"Anaya.. Ana..ya.." kedengaran suara serak Ivan menyeru nama Anaya. Tapi matanya masih tertutup rapat. "Anaya.. i am sorry.. baby.."

Marlene menekup mulutnya. Kalau ikutkan hati dan perasaan, ingin saja dia menangis sekuat hatinya. Mahu saja dia meraung meluahkan rasa galau yang semakin sesak memenuhi dada.

"Lene!" Anaya cuba menahan langkah Marlene yang mahu keluar dari bilik itu. "Please nessa. I need to be alone. Kejap je. Please." Rayuan Marlene membuatkan Anaya melepaskan saja pergelangan tangan Marlene yang dipegang. Membiarkan Marlene mencari ruang dan masa untuk bertenang dahulu. Sebaik kelibat Marlene hilang dari pandangan, Anaya terus mengalihkan mata nya ke arah Ivan.

"Hey baby.." Anaya mengusap rambut Ivan. Bibir Ivan dikucup bertalu-talu. "I love you baby.." bisiknya di cuping telinga Ivan.

" bisiknya di cuping telinga Ivan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Where stories live. Discover now