Bab 2 [Mikael]

1.1K 50 2
                                    

♪"I'm a Barbie girl. In the Barbie world. Life in plastic. It's Fantastic !"♪

Berkerut-kerut kening Hana apabila lagu itu menerjah di telinganya. Terus tangannya mencapai telefon. Sejak bila dia set alarm di awal pagi ini ?

"You can brush my hair. Undress me anywhere. Imagination-"♪

"Bodoh ! Diam lah !", hilang sudah kesabaran Hana. Terus ditekan telefonnya berkali. Gadis itu membuka matanya. Memandang telefonnya yang kosong. Namun lagu masih kedengaran kuat.

What the ?

Hana terasa ada sesuatu diatas tubuhnya. Bilik nya yang seakan suram gelap buatkan dia kaku.

Aku kena tindih ? Oleh Jin ? Ni mesti ikut aku dari kelab malam tadi.

Hana sudah membuat andaian nya sendiri. Laju gadis itu membaca ayat Al-Kursi bersama Azan dilaung.

"Shut up honey. It's still early"

Satu suara jejaka menerjah. Hana sudah terbeliak biji mata. Laju dia menoleh.

Seorang lelaki sedang nyenyak tidur tidak berbaju dan hanya berseluar saja. Tangannya selamba melingkar erat di pinggang Hana.

"Wargh !!"

"Huh ?"

Suara lunak Hana menjerit berjaya buatkan jejaka mamai itu bangun dengan terkejut. Hana laju menendang lelaki yang entah siapa itu sehingga dia tergolek jatuh dari katil.

"Kau siapa ?! Macam mana kau masuk rumah aku ? Kau rogol aku malam tadi ? Kau ikut aku dari mana ha ?!", Hana bertanya soalan bertubi bersama wajah bengis. Dipandang tubuhnya yang masih lengkap berbaju tidur buatkan gadis itu mengurut dadanya lega.

"Kau yang ikut aku balik malam tadi kan ?", ujar jejaka itu sambil mengurut belakangnya yang kesakitan. Matanya digosok sebelum bertentang mata dengan Hana. Gadis itu tidak berkerdip.

"Nanti kau-", Hana merenung lebih dekat wajah jejaka itu.

"Kenapa aku macam pernah jumpa kau?", soal semula jejaka itu apabila dia memikirkan perkara yang sama. Beberapa saat otak mereka berpusing. Hana terus menekup mulutnya seakan tidak percaya.

"Mikael ?"

"How do you know my name ?"

"Ryan Mikael !", ujar Hana lebih kuat. Mikael sudah kembali lebih segar. Suara gadis itu amat dia kenali. Namun dimana ?

"Kau ikut aku balik rumah ? Kau ceroboh rumah aku ?", ujar Hana seakan tidak percaya. Mikael seraya bangun dan mengeliat sedikit. Diambil sehelai bajunya dari almari dan disarung menutupi tubuh sasanya.

"Kau ni Hana ke ?", soal Mikael kembali sambil merenung Hana. Lama kelamaan mata Mikael menjadi besar. Di undur setapak jauh dari Hana.

"Kau yang bantai geng aku malam tadi kan?", ujar Mikael apabila dia sudah teringat kejadian perit malam tadi. Dipegang perutnya yang masih kesakitan akibat gadis berbahaya ini. Hana mengguling biji mata ke atas. Sekurangnya dia sudah meminta maaf pada Mikael.

"Jawab. Macam mana kau masuk rumah aku ? Atau kau nak kena pukul lagi?", Hana sudah bangkit bersedia mahu menyerang Mikael.

"Eh, eh kejap !", Mikael laju menghalang. Gerun dengan kekuatan Hana yang luar biasa. Seraya jejaka itu berlalu keluar ke bahagian ruang tamu. Hana juga ikut langkahnya dari belakang.

"Ini rumah kau ?", soal Mikael setelah selesai menilik segenap ruang tamu. Anggukan Hana beri tanpa bersuara.

Mereka terdiam. Mikael merenung wajah Hana. Matanya tidak berkerdip. Seakan terkejut. Hana juga keliru. Kenapa pula mamat ni ?

𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!Where stories live. Discover now