Bab 10 [Satu Malam]

1.1K 33 3
                                    

"Dina bangun !"

"Dina !"

"Irdina !"

Pagi yang indah ditemani burung berkicauan diluar bersama katil yang digegar bagai gempa bumi. Hana seraya menarik bantalnya menutupi wajah.

"Dina !"

Suara Danish makin lantang bergema ditelinganya. Seraya Hana membuka matanya dan tersembul lah wajah jejaka itu.

"Why are you disturbing my sleep you little..!"

Hana laju bangkit bersama aura amarahnya. Rambut Danish ditariknya geram sebelum kedua beradik itu meronta.

"Mummy suruh bangun !", giliran Danish pula menarik rambut Hana. Makin geram gadis itu dibuatnya.

"Kejut elok sikit tak boleh ke ? Danish ingat katil Dina ni apa ? Trampoline main lompat-lompat ?", jerit Hana kuat sebelum jeritan Danish juga kedengaran. Apa nak jadi dua mereka tu pun tak tau la.

"Mika datang !"

Huh ?

Terus terhenti pergerakkan Hana. Matanya kini tidak berkerdip.

"Siapa ?"

"Keluarga Mika datang tadi"

"Tadi ?! ", Hana menjerit kuat lagi. Seraya Danish menutup telinga.

"Diorang ada dekat bawah la. Jangan la jerit kuat sangat"

"Oh my god ! Kenapa tak kejut Dina lagi awal ?"

"Dina yang tak nak bangun !"

"Siapa suruh main lompat-lompat !"

"Ingat kejut biasa Dina bangun ke ?"

"Bangun lah !"

"Menipu !"

Suara mereka berdua jelas kedengaran bergema disegenap tingkat atas. Mikael yang sedang berjalan mendaki tangga terhenti sebaik saja terdengar suara Hana. Terus niatnya mahu menganggu terbatal. Takut dia pula mangsa seterusnya.

"Keluar dari sini !"

Hana terus menolak Danish sebelum menghempas pintu biliknya. Sempat Mikael bertembung mata dengan jejaka itu. Sangat kusut rambutnya. Seperti baru lepas berperang.

"Are you okay ?", soal Mikael mesra. Danish sekadar tersenyum sebelum membetulkan rambutnya.

"Er.. siblings stuff"

"Understand. Dina baru nak mandi ?"

Danish mengangguk. Mikael pula tersenyum sebelum terangguk kecil. Seraya mereka turun ke bawah sambil menanti kehadiran anak dara itu bersiap.

"You should rest more Dato. Pergerakkan yang banyak akan membuatkan kesihatan Dato terjejas", Tan Sri Harith mesra berbual bersama Dato Mirzan di halaman rumah. Kedua jejaka pertengahan usia itu tenang menikmati teh mereka.

"This is nothing. Cuma datang singgah ke rumah saja. Anggaplah sebagai tanda terima kasih sebab sudi datang melawat di hospital tempoh hari", balas Dato Mirzan.

"By the way, how was your oldest son ? Dia akan pulang dalam minggu ini ?"

"You mean Malik ? Seperti yang dirancang ya dia akan pulang dalam minggu ni. Maklumlah dia sudah mempunyai keluarga dia sendiri sekarang"

"Mikael juga sudah nampak matang untuk menguruskan keluarga dia. Mungkin sudah tiba Dato tumpukan perhatian pada dia juga"

Dato Mirzan tersenyum sendiri.

𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!Where stories live. Discover now