"How was your father ?"
"Dia semakin baik. Maaf perlu buat kau tergesa datang ke hospital", balas Mikael perlahan sambil mengelap mulutnya setelah selesai mereka menjamah makanan tengah hari di sebuah restoran.
"Bukan salah kau Dato Mirzan masuk ke hospital", ujar Hana tenang.
"Kau mengamuk kan bila Tan Sri Harith suruh kau datang ke sini last minutes ?"
"Mana ada", nafi Hana.
"Aku kenal kau macam mana Hana",
Mikael sudah ketawa kecil. Terus gadis itu menjelingnya. Memang betul dia mengamuk. Siapa saja tak marah bila orang suka hati tukar plan disaat akhir ?
"Aku kena ke pejabat kejap lagi. Jadi aku hantar kau ke hospital kemudian"
"Buat apa nak ke pejabat ? Ada kerja ke ?", soal Hana pelik. Mikael menggeleng perlahan.
"Ada file kerja aku dekat sana. Ayah aku suruh ambil", balas Mikael sebelum mulut Hana bertukar 'O'.
Rancangan Hana untuk datang kemari adalah meluangkan masa bersama keluarganya. Tidak terfikir pula ayahnya akan suruh dia berjumpa dengan Dato Mirzan semata kerja. Nak pula dia sudah bertembung dengan Mikael disini.
Terus Hana memandang jejaka dihadapannya itu. Ditenung wajah kacak itu sedang menghirup air jusnya.
"Apa jadi kalau mereka tahu ?", soal Hana perlahan. Wajahnya tampak keruh. Seakan ada sesuatu yang menganggunya.
"Tahu apa ?"
"That we live together"
Mikael terdiam. Hana pula mengetap bibirnya. Digenggam jari jemarinya dibawah meja. Dapat dia membayangkan dirinya berada di dalam masalah besar. Ibunya pasti akan kecewa. Satu hal fitnah akan terjadi.
"Hey, don't think too much about that okay ? Tiada siapa akan tahu kalau kita diamkan mulut. Aku juga tak akan buka cerita pada sesiapa"
"How can I trust you Mikael ?"
Mikael tersentak. Wajah Hana lebih risau berbanding tadi apabila Mikael melibatkan dirinya. Serba sedikit hatinya terguris apabila Hana masih lagi ragu-ragu akan kepercayaan kepadanya.
"Kau tak percayakan aku ?", soal Mikael serius.
"Kau boleh saja terlepas kata pada mereka. Bukan boleh percaya kau ni. Mungkin juga kau akan tersilap langkah dan-"
Bibir Hana terhenti berucap. Perubahan keatas wajah Mikael agak ketara. Buatkan diri gadis itu terkedu.
"Aku tak akan buka mulut", ujar Mikael mendatar.
Hana terus berdehem sebelum memandang kearah lain. Sedar akan ayatnya mengguris hati jejaka itu.
Mereka berdua kembali senyap. Tiada tanda-tanda seperti Mikael mahu bertanya lagi. Sudah cukup dengan jawapan selamba Hana. Lagipun, apa yang dia fikir ? Hana seorang gadis yang kasar nak pula mereka hanya teman serumah. Pastilah Hana tiada langsung tapis ayatnya.
"Aku hantar kau balik", Mikael terus bangkit dan berura-ura untuk pergi.
"Bukan tadi kau kata nak ke pejabat ?"
"Tak jadi"
"Eh ? Tapi-"
"Aku cakap tak jadi", balas Mikael lebih tegas. Terkebil-kebil mata Hana dibuatnya. Kelang-kabut gadis itu bangkit mengikuti langkah Mikael dengan kasut tumitnya.
"Nanti, Mikael !"
Jejaka itu terus saja berlalu keluar. Hana mendengus perlahan. Dah kenapa mamat ni ?
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!
Romance[ON GOING] [known as HANA MIKAEL] ꧁ ROMANCE , ISLAMIC ꧂ Most Highest Ranking : •sayang√ •fitnah√ •rommates√ •drugs√ Seorang gadis yang mencuba untuk berjaya, Bersama satu dalam seribu kelemahan. ❝Dalam Islam, tiada makna kebetulan. Semuanya berlak...