♪"I'm Barbie girl, in a Barbie world !"♪
♪"Life in plastic, it's fantastic !"
Hana mula mengerutkan keningnya. Tidur lenanya mula terganggu apabila suara bingit alarm mula bergema segenap ruang.
♪"You can brush my hair, undress-"♪
"Mikael.."
Suara Hana mula meleret memanggil jejaka itu. Namun tiada sahutan suara garau kedengaran.
♪"Imagination, life is your crea-"♪
"Diamlah !", Hana sudah bangkit sebelum membaling bantalnya tepat pada telefon Mikael. Serentak itu Mikael bangun dengan mengejut dan memandang sekeling.
"What ? What ? What happen ?", ujar Mikael blur. Hana menyerabutkan rambutnya. Stress otaknya mendengar lagu itu.
"Kau pasang lagu tu tak reti bangun ke ?", soal Hana sambil menunjukkan telefon Mikael yang sudah berada di lantai. Seraya Mikael mengeliat sedikit.
"Dia dah bunyi ke ?"
"Kau tanya dah bunyi ke ? Barbie kau tu siap buat konsert tak berbayar dekat sini tahu tak ?", balas Hana sambil menggeleng kepala. Ditarik selimut sebelum dipejamkan mata untuk sambung tidur. Mikael terdiam. Maklum lah baru bangun tidur. Dia masih proses keadaan dunia.
"Aku set alarm untuk bangun subuh. Rasanya dah azan", ujar Mikael bersama suara garau basahnya. Hana sekadar mendiamkan diri. Dia mahu sangat menyambung tidurnya.
"Bangun Hana"
Keluhan ringan gadis itu lepaskan. Seraya dia menolak selimut ke tepi. Matanya digosok perlahan.
"Sejak bila dah subuh pula ?", soal Hana sambil berkerut.
"5 minit yang lepas. Kita solat berjemaah ya ?"
Hana tidak membalas malah melihat saja Mikael menuju ke bilik air. Dirinya masih kantuk. Memandangkan Mikael sedang mengambil wudhuk, dirinya tersandar di birai katil untuk mengambil lena yang pendek. Tak sampai beberapa minit, suara Mikael kedengaran memanggilnya lagi. Terus Hana mencelik matanya.
"Cuci muka, ambil wudhuk. Aku tunggu", ujar Mikael perlahan. Hana turuti saja dengan menuju ke bilik air. Mungkin kerana tak dapat tidur yang cukup indah, gadis itu terlelap lagi diatas sejadah setelah habis solat berjemaah mereka.
"Kenapa mengantuk sangat ni Hana ? Rasanya semalam tidur awal", Mikael bersuara sendiri.
"Bagi aku 5 minit saja", ujar Hana sambil memejamkan mata. Mikael terus mencabutkan telekung Hana sebelum menggantungnya.
"Mari tidur atas katil. Nanti sakit belakang tidur atas lantai. Dah lah keras. Lantai kayu pula. Nanti esok jalan bongkok macam nenek"
Hana membuka matanya dengan paksaan. Sudah datang Mikael yang membebel. Terasa jauh sekali katil untuk dia daki.
"Ke nak aku dukung ?"
Baru saja tangan Mikael menyelit memegang pinggang Hana, gadis itu statik bangun bersama mata segar. Seakan tangan Mikael mempunyai renjatan elektrik saja.
"Er.. takpa. Aku ada kaki. Boleh bangun sendiri"
Mikael sekadar tersenyum. Semalam kemain nak usik dia. Sekarang segan silu pula.
Jam sudah menunjukkan 6:30 pagi. Masih terlalu awal. Sambung tidur untuk beberapa minit pun jadi lah.
"Pukul 8 kita pindah keluar. Nanti tak kalut kalau buat awal"
"Baiklah encik Mikael"
Hana terus menghempas tubuhnya ke katil. Terasa empuk sekali bantalnya. Tilam mereka juga mempunyai aroma tubuh Mikael yang kuat. Iyalah ini katil bujang jejaka itu dulu. Tak sangka Hana sempat menumpang tidur di katil yang sama.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!
Romance[ON GOING] [known as HANA MIKAEL] ꧁ ROMANCE , ISLAMIC ꧂ Most Highest Ranking : •sayang√ •fitnah√ •rommates√ •drugs√ Seorang gadis yang mencuba untuk berjaya, Bersama satu dalam seribu kelemahan. ❝Dalam Islam, tiada makna kebetulan. Semuanya berlak...