Lama Mikael duduk di atas sofa sambil membelek telefonnya. Sempat dia mengangkat beberapa panggilan dari pejabat kerana hal yang penting. Sampai tidak sedar jam sudah menunjukkan angka 12 malam.
Hana menjenguk perlahan suaminya. Pelik kerana Mikael tidak munculkan diri ke katil lagi untuk menemaninya tidur.
"Urgh.. what is wrong with them ?"
Mikael mengumam sendiri sambil tangannya leka menaip di telefon. Seakan sedang memarahi pekerjanya melalui apps Whatsapp saja.
Hana terbatut ingin maju kearahnya. Tampak serius sekali wajah Mikael. Namun dia gagahkan diri juga kearah suaminya. Paling dia tidak suka Mikael menayangkan wajah itu dihadapan mukanya.
Ssap !
Mikael tersentak apabila Hana merampas selamba telefonnya. Terus gadis itu laju membaca apa yang di taipnya.
"Kau tulis karangan ke ?"
"Give it back"
Hana mengelak tangan Mikael dari merampas semula telefon itu. Matanya dikecilkan pada Mikael.
"Apa yang aku beritahu tentang hal ni ? No work in honeymoon"
"Kita akan balik juga esok"
"Jadi esok saja kau uruskan hal ini", Hana tersenyum sebelum menutup telefon Mikael yang masih menyala. Jejaka itu terdiam.
"Boleh kita masuk tidur sekarang ?"
"Aku ada hal penting Hana", ujar lagi Mikael dalam nada dingin. Seperti anginnya tidak baik.
"Kau boleh uruskannya esok kan ? Jadi esok saja lah", terus Hana ingin berlalu pergi.
"Boleh tak-"
Kening Hana terjongket.
"-kau jangan ganggu aku ?"
Kaki gadis itu berhenti melangkah apabila Mikael bertutur demikian.
"E- eh ?", Hana pelik. Perlahan-lahan Mikael bangun dan mendekati Hana. Wajahnya dingin sekali sebelum mengambil telefonnya di tangan Hana.
"Masuk tidur dulu. Aku mahu bersendirian"
Sejurus kata begitu seraya Mikael berlalu pergi. Hana masih tercengang. Dirinya berdiri kaku tidak bergerak.
Mikael marahkan dirinya ? Mustahil. Jejaka itu tidak pernah menunjukkan amarahnya walau sekali.
Namun kenapa Hana terguris hati ?
"Mungkin, hal yang memang penting", ujar Hana sendiri untuk menyedapkan hatinya yang meraung di dalam. Seraya dia masuk saja tidur tanpa suaminya.
Mikael meraup wajahnya. Dari jauh jelas dia nampak tubuh Hana masih duduk di birai katil menunggunya.
Kenapa ?
Kenapa dia marahkan gadis itu ?
Walaupun tidak nampak, namun dia tahu Hana sedikit tergamam dengan ayatnya tadi.
Mikael menyebamkan wajahnya ke kusyen. Tidak sanggup dia menghadap Hana bersama wajah sedih gadis itu.
"Argh !"
Hana terjongket bahu. Terkejut mendengar jeritan halus dari Mikael.
"Mikael ?"
Laju Mikael mengangkat wajahnya. Hana sudah berdiri dihadapannya bersama wajah tertanya.
"Kau em, kau okay ? Masih sibuk hal kerja ?", soal Hana lembut.
Mana tidaknya Mikael berasa serba-salah ? Difikirnya Hana akan merajuk namun gadis itu masih menanti dirinya.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!
Romance[ON GOING] [known as HANA MIKAEL] ꧁ ROMANCE , ISLAMIC ꧂ Most Highest Ranking : •sayang√ •fitnah√ •rommates√ •drugs√ Seorang gadis yang mencuba untuk berjaya, Bersama satu dalam seribu kelemahan. ❝Dalam Islam, tiada makna kebetulan. Semuanya berlak...