Bab 23 [Mandian Spa]

643 29 0
                                    

"You what ?"

Hana sudah menekup mulutnya sambil mendengar bicara Eva di dalam talian. Sambil itu matanya leka memandang sekeliling. Risau jikalau Mikael mendengar perbualan mereka.

"Dia sendiri cakap semua tu. Depan mata saya Hana. Dan sekarang saya mangsa bekas isteri dia. What should I do ?", soal Eva perlahan. Seakan dia juga buntu.

Hana menepuk dahinya. Mengapa lah perlu terjadi masalah sewaktu Hana berada jauh berbatu ?

"Awak kena lawan cakap Malik. Tak boleh biarkan dia mengawal awak"

"Saya hanya mahukan kesenangan buat awak Hana. Mika senang naik angin apabila munculnya kes Malik. Dan saya tak mahu awak berdua-"

"Lepas tu ? Awak nak biarkan saja Malik 'genggam' awak ? Nak biarkan saja isteri gila dia tu bunuh awak ? Eva kami tak apa-apa. Saya dah lebih baik dari yang dulu sebab awak. Dan sekarang, tolong pentingkan diri awak Eva. Saya merayu, jangan terjun dalam perangkap yang kita sendiri tak nampak", panjang lebar Hana bersuara lembut.

"Malik was the one save me. Kalau dia tiada disitu, saya su- sudah-", suara Eva mula terketar-ketar sendiri.

Hana terdiam. Bersama wajah risau dimuka.

"Awak- rasakan pelindungan daripada Malik ?"

"Hana, apa yang terjadi harini buat saya sedar yang memang saya akan mati kalau tiada dia. Kalau saya cabut lari dari Malik, sudah tentu perkara sebegini akan terjadi lagi dan saya tak akan terselamat"

Mendengar saja suara Eva buatkan Hana lebih berasa serba salah. Hana tiada disisi gadis itu sewaktu Eva memerlukan bantuan. Salah masa, salah waktu, salah keadaan.

"Buat masa sekarang ni, kalau awak yakin Malik boleh lindungi awak jadi teruskan. Kita akan uruskan hal Malik bila saya dah balik ke Malaysia. Jangan bersendirian. Faham ?"

Eva terdiam sebelum mengiyakan. Sejujurnya dia juga buntu. Jadi dia ikut saja rancangan sementara mereka.

"Hana ! Kau dah habis makan ke ?"

Bahu Hana tersentak apabila suara Mikael mula melaung dari luar bilik. Seraya dia meminta diri dan mematikan panggilan.

"D- dah ! Baru je !", balas Hana tergesa membawa pinggan makannya ke ruang depan.

"Apa kejadah kau makan dalam bilik tadi ?"

"Saja. Dekat situ saja terasa panas hangat", jawab Hana selamba. Kening Mikael terjongket.

"Kau sejuk ke ? Kita boleh jakuzzi untuk hangatkan badan", ujar lagi Mikael sambil menunjuk ke arah spa mandian hangat mereka.

"Eh ? Kita berdua ?"

"Yala"

Hana terdiam. Terasa ini bukan idea yang baik.

"Hangatnya !"

"I told you", ujar Mikael melihat Hana sudah terlebih gembira apabila mereka berdua sudah berendam ke dalam. Gadis itu hanya mengenakan t-shirt hitam dan berseluar getah manakala Mikael hanya berseluar pendek.

Jakuzzi sudah cukup besar untuk dua orang masuk ke dalam. Terdapat tempat penyandar kepala dan juga butang manual untuk menambah buih hangat dalam mandian.

"Ni butang apa ?"

Langsung Hana menekan sebelum jakuzzi itu sudah bertukar-tukar warna dan mempunyai lagu latar belakang yang rancak.

𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!Where stories live. Discover now