"I told you to stay at home. Why would you used the stairs ?", Mikael sudah bersuara gerun dihadapan Hana yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu mereka. Wajah gadis itu hanya merenung dinding kosong.
"Kalau aku guna lif, musuh akan lebih senang untuk bunuh aku", balas Hana pula.
"Kenapa ? Kau pernah kene serang dalam lif pula ?", soal Mikael sinis.
Hana memanah perlahan mata suaminya. Gadis itu masih terdiam. Alasannya mengapa dia tidak menggunakan lif adalah kerana Eva juga pernah diserang ditempat yang sama. Ruangan didalam lif sangatlah kecil untuk gadis itu berlawan dengan gaya bebas.
Namun semua itu, dia tidak mampu untuk memberitahu Mikael.
"Tak perlu nak risau sangat pasal aku. Tak ada luka pun", ujar Hana bersama senyuman. Tubuhnya bangkit mendekati Mikael.
"Aku okay je. Nampak ?"
Hana memaut tangan Mikael dan diletakkan dipipi mulusnya. Jejaka itu masih tidak memberi reaksi.
"Kenapa kau masih ego Hana ?"
Senyuman Hana mati.
"Jangan berpura-pura kuat sedangkan kau tahu nyawa kau dihujung tanduk", sambung lagi Mikael. Geram benar dia melihat Hana yang masih cuba menyembunyikan perasaannya di dalam. Tidak pernah pun gadis itu meluahkan sedikit apa yang dirasainya.
"Salah ke aku tunjuk kekuatan aku ?"
"Aku tak minta kau jadi kuat. Aku cuma minta kau dengar cakap aku dan berselindung saja. Susah sangat nak dengar cakap aku ? Bila sudah terjadi macam ni, siapa yang menyusahkan siapa ?"
Kening Hana bertaut. Kakinya diundur selangkah memandang wajah ketat Mikael.
"Setiap hari aku cuba untuk bertahan Mikael. Walau tanpa kau, aku sikit pun tak mahu ganggu urusan kerja kau dan hal keluarga kita. Dan masih kau pertikaikan yang aku menyusahkan kau ?"
Mikael terdiam. Rahangnya diketap. Sedar wajah Hana juga berubah dingin.
"Urusan kerja aku tiada kaitan dengan hubungan kita. Kenapa perlu kau samakan dua situasi berbeza ?", balas Mikael perlahan.
"That's my point. Dua benda berbeza yang sukar untuk diuruskan serentak. Cuba kalau sedikit kau berada di tempat aku. Sentiasa diburu, sentiasa rasa diperhatikan. Betul la, aku ego. Aku ego berpura kuat sebab kau sendiri tahu musuh kita dah tahu kelemahan aku !", jerit Hana lantang. Jarinya ditunjal tepat ke dada Mikael bersama mata tidak berkerdip.
"Harraz, Sofia, even your crazy ex-girlfriend Lina knowing my weakness now ! Dan kau tanya kenapa aku berpura kuat ? Sebab aku cuba nak jaga kau juga Mikael. Kau lemah bila aku berada dalam keadaan mental kritikal. Kau bayangkan jika mereka juga tahu kelemahan kau ?"
Dada Hana naik turun menahan nafasnya yang laju. Wajahnya didongak memandang Mikael.
"Mereka tak bodoh Mikael. Musuh kita- maksud aku musuh kau semua tengah buru aku untuk dijadikan titik kelemahan kau. Dalam diam aku jaga belakang aku. Kau takkan berada di tahap ini jika penyakit trauma aku tidak sembuh. Dan kau tahu punca sakit aku datang dari mana"
"Kau masih nak ungkit kisah lepas ? Aku punca sakit kau kan ? Puas hati kau ?", balas Mikael dingin. Hana tersenyum sinis.
"Fikir dengan luas Mikael. Cuba jangan cari saja kelemahan orang. Aku isteri kau kot. Agak-agak lah nak menuduh sebarangan. Dan kawal sikap baran kau. Aku tak ada masa nak layan kebudakkan", ujar Hana sebelum menoleh ingin berlalu pergi.
Mikael laju menarik tangan Hana mendekati semula. Berkerut kening Hana.
"Sakitlah !"
"Baran ? Kebudakkan ? Kau pun tahu aku jadi segila ni angkara kau juga. Kau buat aku tergilakan kau Hana. Kau satu-satunya perempuan yang aku sayang separuh mati dan kau hairan kenapa aku tuduh kau sebarangan ?"
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!
Lãng mạn[ON GOING] [known as HANA MIKAEL] ꧁ ROMANCE , ISLAMIC ꧂ Most Highest Ranking : •sayang√ •fitnah√ •rommates√ •drugs√ Seorang gadis yang mencuba untuk berjaya, Bersama satu dalam seribu kelemahan. ❝Dalam Islam, tiada makna kebetulan. Semuanya berlak...