"Hachom !"
Hana terbuka matanya apabila terdengar bersin Mikael. Beberapa saat kemudian terus dia ingin lelapkan mata semula namun kedengaran lagi bersin Mikael bertalu. Terasa pergerakkan tilam disebelahnya buatkan Hana menoleh.
Mikael mengelap hidung menggunakan tisu kotak bersebelahan. Jam sudah menunjukkan 2 pagi namun tampak seperti Mikael mempunyai masalah untuk tidur.
"Kau selesema ke ?", soal Hana sambil memandang wajah Mikael dalam suasana bilik tidur mereka yang gelap bercahaya samar.
"Bantal aku ni macam berbulu sikit", ujar Mikael perlahan.
Hana seraya menyentuh bantal kepala Mikael. Cadar bantalnya seakan ada bulu panjang di sekitar itu.
"Kau ada alahan dengan bulu ke ?"
Jejaka itu mengangguk. Seraya Hana menukar bantal mereka dan menggantikan bantal kepalanya pada Mikael.
"Here. Lay down here", ujar Hana perlahan sambil menepuk bantal yang ditukar Hana tadi.
"Kau nak guna bantal berbulu tu ?", soal Mikael hairan. Hana sekadar mengangguk tanpa banyak soal. Maklumlah gadis itu sudah mamai. Jadi dia tidak kisah sangat. Tidur di lantai pun boleh asal dia terlelap semula.
Terus Mikael mengambil bantal berbulu itu dan dibaling ke lantai. Beberapa saat Hana terdiam sebelum gadis itu berura untuk turun katil. Mikael seraya menahan Hana.
"Kau nak kemana pula ni ?"
"Nak kutip balik la bantal tu. Kau kan suruh aku tidur bawah ?", soal Hana blur. Mikael tergelak kecil sambil menggeleng.
"Kau ingat ni drama melayu tidur berasingan bagai ?"
"Habis tu kenapa bantal tu kau baling ? Aku ni nak tidur dekat bantal mana ?", soal Hana. Mikael seraya menarik bantalnya ke di ruang tengah katil.
"We can share. One pillow is big enough for two head", balas Mikael sebelum mata Hana membesar. Segar-bugar sudah gadis itu.
"Kongsi ? Bantal ? Tak rapat sangat ke jarak kita ? Nanti tersentuh macam mana ?", soal gadis itu bertalu. Mikael merapatkan wajah mereka sambil tersenyum.
"Kenapa ? Kau takut malam ni kau jadi milik aku sepenuhnya ?", ujarnya nakal. Hana tidak berkerdip mata malah tidak bergerak. Seakan kaku dalam pandangan mata suaminya.
Baru saja Mikael ingin menyentuh pipi Hana, sekaligus jejaka itu seraya menjauhkan diri dari Hana dan terbersin semula. Bukannya satu, malah triple hachom gitu.
Mikael berdecit. Rosak suasana romantis nya tadi.
"You sounds kinda bad. Nak aku ambil ubat ?", soal Hana pula bersama gelak kecilnya. Dia tahu niat Mikael mahu mengusik namun terbantut.
"Aku cabut kang hidung ni", ujar Mikael perlahan bersama mata dipejam. Penat tau asyik bersin tak henti ni.
Hana seraya turun dari katil dan berlalu keluar dari bilik. Kakinya mula mendaki turun tangga sebelum menuju ke dapur.
Petang tadi mereka sudah singgah ke Farmasi untuk membeli ubat. Mujur banyak juga Hana membeli. Takut diperlukan pada waktu genting sebegini.
Cawan yang berisi air suam dibawa bersama sepapan ubat ditangan. Tidak usah berpatah balik ke dapur kalau misalnya Mikael memerlukannya pada malam esok pula.
"I hate medicine"
"Me too. But you have to take it"
Mikael berkerut wajahnya. Terpaksa juga dia mengambil huluran ubat isterinya dan berjaya menelan satu pil ubat. Kecil saja ubatnya namun effect mengantuk akan memberi kesan pada penelannya.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!
Romance[ON GOING] [known as HANA MIKAEL] ꧁ ROMANCE , ISLAMIC ꧂ Most Highest Ranking : •sayang√ •fitnah√ •rommates√ •drugs√ Seorang gadis yang mencuba untuk berjaya, Bersama satu dalam seribu kelemahan. ❝Dalam Islam, tiada makna kebetulan. Semuanya berlak...