Mikael mula menolak troli sebaik saja mereka tiba di pasaraya. Jejaka itu tampak kasual memakai jaket hitam bersama rambut perangnya.
"Kau nak masak apa nanti ?", soal Hana tertanya.
Mikael terdiam sambil mengherotkan bibir tanda berfikir.
"Something different"
"Different ?"
"Yea. Like a steak ?"
Hana terjongket kening. Memang dia perlu akui Mikael lebih rajin memasak berbanding dirinya.
"If that so, kita perlu sediakan lebih bahan", ujar Hana sambil mengubahsuai sedikit senarai barang mereka. Segelintir pengunjung disitu sudah memandang dua pasangan itu. Pelik kerana tidak pernah nampak kelibat mereka sebelum ini.
"Aku pergi ke meat section. Kau tolong carikan butter, milk and some veggies"
"Copy that", sejurus Hana berkata demikian, terus mereka berpecah. Gadis itu leka berjalan sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek seluar. Matanya mencari di mana peti sejuk untuk mencari susu low fat dutch Lady.
Ah ! Disana rupanya !
Seraya Hana bergerak ke hujung sudut dimana pelbagai minuman tersedia di dalam peti. Baru saja gadis itu ingin menggapai pintu peti itu, satu suara lunak muncul.
"Well, look who's here"
Hana terus menoleh memandang satu figura tubuh di belakangnya. Kening gadis itu terjongket.
"Do I know you ?"
Adlina memandang sinis wajah Hana. Dilirik gadis itu atas bawah.
"Kau jangan nak rasa bangga rampas kekasih orang"
"Excuse me ?", Hana sudah blur. Otaknya cuba proses gadis seksi dihadapannya itu.
"Kekasih ? Aku rampas pakwe kau ke ?"
"You took Mikael from me !"
Bibir Hana seraya membentuk O sebaik saja dia mengerti. Gelak tawanya muncul.
Adlina Humaira.
Sedap namanya seakan nama Syurga. Namun sayang tuan empunya nama lebih memilih neraka.
"Hai Lina. Tak sangka kita bertembung disini kan ? Rasanya kau duduk Johor ? Jauh betul datang kesini cari laki aku", soal Hana mesra. Lagi bengang wajah Adlina dibuatnya. Gadis bertopi hitam itu mula mendekati Hana. Tangannya dicengkam kuat.
"Jangan ingat aku tak tahu punca utama kau berkahwin dengan Mikael. Harraz perangkap kau berdua. And guess what ? You're not a virgin anymore"
Hana sekadar menayangkan wajah beku. Amat dia bengang orang luar mengetahui hal ini.
"Kau tak ada bukti"
"Aku tak perlukan bukti. Sebab aku ada Harraz", jawab Adlina sinis. Mata Hana kini membutang. Terus dia menolak tubuh Adlina menjauhi.
"Kau jumpa Harraz ? Di mana ?"
"Kau ingat aku akan beritahu ?"
Hana laju menarik kolar baju Adlina bersama mata dijenggil. Disebabkan ketinggian mereka agak ketara, Adlina terpaksa mendongak memandang kearah Hana.
"Jangan kau berani sorokkan Harraz. Kecuali kau nak mati", bisik Hana bengis. Adlina seraya ingin menepis tangannya namun kekuatan Hana jauh lebih tinggi darinya.
"Aku tak takut dengan kau !", jerit Adlina lantang.
"Kau tahu berapa ramai sudah Mikael bunuh disebabkan Harraz ? Kalau kau tak takutkan aku, gerun pada Mikael. Dia boleh ambil nyawa kau sekelip mata. Dan kau boleh mati dengan Harraz"
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!
Romance[ON GOING] [known as HANA MIKAEL] ꧁ ROMANCE , ISLAMIC ꧂ Most Highest Ranking : •sayang√ •fitnah√ •rommates√ •drugs√ Seorang gadis yang mencuba untuk berjaya, Bersama satu dalam seribu kelemahan. ❝Dalam Islam, tiada makna kebetulan. Semuanya berlak...