Bab 24 [Pendam Cinta]

663 31 2
                                    

"Berani kau munculkan diri ?"

Gadis itu tersenyum meleret.

"Kau buat apa di rumah ibu bapa Malik ? Kau tiada kaitan pun dengan dia", soal Sofia sinis sambil memandang Eva di pintu utama rumah.

"Aku pekerja mereka sekarang"

"Right. Sekadar pekerja well is my Malik home ? I need to see my husband"

Eva tersenyum sinis.

"Husband you said ?", gadis itu melontarkan pandangan hina pada Sofia. Geram sekali hatinya bila mengenangkan keadaan runsing tempoh hari.

"Dia dah ceraikan kau. Dan kau tak berhak jumpa dia sekarang", balas Eva sambil menahan laluan pintu masuk.

"Kau nak mati ke ?"

"Cubaan membunuh orang adalah salah satu jenayah akta seksyen dalam undang-undang negara. Kau nak aku laporkan kepada mahkamah ?"

Wajah Sofia tergamam. Terkejut melihat Eva yang tenang sedangkan dirinya sudah terancam.

"Kau tiada bukti"

"Aku ada budak bawahan kau jadi itu cukup bukti yang kukuh. Lagipun kau sudah buat temujanji pada Malik untuk berjumpa ? Tiada sebarang pertalian keluarga jadi tidak boleh berjumpa di rumah"

Sofia mengemam bibirnya geram.

"Kau-"

"Aku assistant Malik sekarang. Segala maklumat dia bersama orang luar, perlu aku tahu. Jadi kau sebagai 'bukan isteri' boleh berambus dari sini", Eva terus ingin menutup kembali pintu namun di tahan Sofia.

"Jangan sampai aku sendiri bertindak uruskan kau", ujarnya keras. Eva menolak kasar bahu Sofia menjauhi.

"Silakan. Kau kena ingat, aku dibawah Malik. Kau tahu diri dia macam mana kan ? Too bad you wasted him"

"Jangan kau ingat Malik itu penjaga kau sekarang !"

"He's my boss so basically yes", Eva tersenyum manis. Terus Sofia mendengus dan berlalu pergi. Menyampah mungkin dengan perangai Eva.

Melihat pemergian Sofia, Eva mula menghembus nafas lega. Selesai menutup pintu, dirinya tersandar di belakang sebelum perlahan-lahan Eva terduduk.

Takut ? Ya. Sangat tinggi perasaan takutnya sekarang. Namun dia atasinya dengan cukup professional. Dia sudah tidak fikir apa yang bakal ditimpanya selepas ini. Namun apa yang dia tahu, dia berjaya mengatasi perempuan gila itu tadi.

"Kau berjaya uruskan dia"

Eva tersentak. Seraya dia mendongak memandang Malik yang sedang berdiri di pertengahan tangga.

"Berapa lama sudah kau disitu ?"

"Cukup lama untuk tengok kau tolak bahu dia", ujar Malik. Eva seraya menekup wajahnya.

"What did I've done ? She will kill me oh my..", dihadapan Malik, pastilah Eva gagal menunjuk reaksi beraninya. Ketakutan mula melanda dirinya sebaik saja mengingati kembali tindakannya tadi.

"Kenapa kau perlu takut dengan dia ?", soal Malik sambil mendekati Eva. Di pandang Eva yang sedang terduduk di bawah.

"Aku tak suka perasaan diburu. Dah lama aku tak terasa benda itu"

"Dah lama ?", Malik berkerut dahi. Sedar dengan ayat Eva seperti gadis itu pernah merasainya dulu.

"Siapa yang buru kau dulu ?"

Eva terdiam. Tangannya masih lagi melekap di wajahnya sebelum perlahan-lahan tangannya jatuh.

"Keluarga aku"

𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!Where stories live. Discover now