"What's your really plan huh ?!"
"Kau boleh berambus tak perempuan ?"
Adlina memandang geram kearah Harraz yang tampak kurang siuman sejak kebelakangan ini.
"Kau tak bertindak walau sedikit. Sekarang ni aku tak dapat jejak Mikael di mana", ujar lagi Adlina dalam nada menahan sabar.
"Kau nak bertindak sendiri pergi lah sial ! Serabut betul !"
"Eh aku nak tolong kau tau ! Kau jangan ingat kau dapat Hana sesenang abc selepas apa yang kau dah buat !"
Harraz seraya mencengkam leher Adlina apabila gadis itu menaikkan suara. Bengang sungguh wajahnya memanah gadis itu.
"Kau cabar aku ?", bisik Harraz gerun. Adlina sudah menahan tangan Harraz. Terasa seperti jari-jemari jejaka itu sedang mencengkam tepat ke anak lehernya.
"Han— Hana beritahu aku ! Sudah berpuluh orang Ryan bunuh semata mahu membalas dendam pada kau !"
Harraz tersentak. Keningnya dikerutkan tidak memahami.
"Jangan sampai diri kau tertangkap dengan Ryan, Harraz. Dia tak akan bunuh kau malah akan buat kau menderita"
Adlina sudah menarik nafasnya dihujung apabila saluran pernafasannya disekat. Melihat Adlina bagai ikan menggelupur oksigen, Harraz terus melepaskan lehernya menyebabkan Adlina terbaring ke lantai bersama batuk yang kuat.
Harraz tergelak. Perlahan-lahan suara tawanya bergema segenap ruang.
"Kau kenal Aiman ? Hm ?", ujar Harraz sambil duduk mencangkung di hadapan Adlina. Gadis itu tidak menjawab kerana masih terbatuk perit.
"Aiman tu kawan baik kitorang. Kami bertiga ni umpama adik beradik yang tak akan terpisah"
Adlina masih terdiam dalam kerutan kening. Cuba memahami apa yang Harraz sampaikan.
"Tapi kau tahu apa yang terjadi ?", soal Harraz bersama senyuman meleret. Di angkat dagu Adlina sedikit agar jiwanya menusuk ke dalam mata.
"Ryan pergi bunuh kawan aku !! Dia bunuh mamat tu semata seorang perempuan sial !", jerit Harraz bengang. Terpaksa Adlina menahan perit gegendang telinganya.
"Kau yang melarikan diri tanpa Aiman. Kau punca kawan-kawan kau yang lain mati di tangan Ryan !"
PANG !
Bibir Adlina mula mengeluarkan cecair merah apabila tangan Harraz sekaligus menampar mulut masinnya.
Mata Harraz dijenggil. Dipaksa wajah Adlina menghadapnya.
"Sama ada kau bersama aku atau mati. Itu saja pilihan yang ada buat mainan macam kau"
Adlina terdiam. Nafasnya sudah menjadi tersekat apabila terkejut mendapat pukulan dari jejaka itu. Harraz terus menepis kasar wajah gadis itu sebelum berlalu pergi meninggalkan Adlina seorang diri di lantai.
Adlina menggengam jari-jemarinya bersama pandangan ke bawah. Sakit benar hatinya. Namun dia tidak dapat berbuat apa-apa. Kerana dendam mahukan Mikael, dia bersepakat bersama Harraz tanpa berfikir panjang.
Hana ! Hana ! Hana !
Ya. Gadis bernama Hana. Dia mahu bunuh perempuan itu. Dapat beri penyiksaan yang dasyat pun sudah cukup puas buat Adlina menyedapkan hatinya.
"Kenapa la kau perlu pilih jalan kematian Hana ?", bisik Adlina seorang diri. Darah di bibirnya di lap sebelum di seret ke lantai sambil diukir nama Hana. Jelas terpampang nama gadis itu ditulis dengan darahnya.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!
Romance[ON GOING] [known as HANA MIKAEL] ꧁ ROMANCE , ISLAMIC ꧂ Most Highest Ranking : •sayang√ •fitnah√ •rommates√ •drugs√ Seorang gadis yang mencuba untuk berjaya, Bersama satu dalam seribu kelemahan. ❝Dalam Islam, tiada makna kebetulan. Semuanya berlak...