Bab 27 [Salah Siapa?]

915 35 5
                                    

Selepas 1 minggu..
.
.

"Balik rumah mummy ?"

Mikael mengangguk. Masih jejaka itu memandang telefonnya.

"Dah lama katanya tak jumpa. Rindu kau mungkin", balas Mikael sebelum Hana terdiam. Pasti datin Zara juga kerap bertanya pada puan Ilyana bila Hana akan pulang.

Maklumlah menantu kesayangan.

"Kita pun memang nak beri hadiah kepada mereka kan ? Elok la"

Hana terus menggapai beberapa paper bag shopping yang telah mereka beli di Zermatt tempoh hari. Bermacam yang mereka angkut bawa pulang.

"Aku rasa kita kena ubah Hana"

Hana terjongket kening.

"Ubah apa ?"

Mikael mendekati Hana. Jejaka itu juga seakan buntu mahu cakap.

"Hampir sebulan sudah sejak kita berkahwin. Kau tak rasa mereka akan pelik dengan panggilan kita ?"

Lagi sekali Hana terdiam tidak memahami.

"Suami isteri tak panggil satu sama lain 'aku' 'kau'. Walaupun kita dah terbiasa, aku tak nak mummy rasa sesuatu antara kita. Mungkin kita patut berlakon depan mereka ?"

"Contohnya, awak saya ?"

"Sounds nice"

"Benda tu pun perlu dipraktikkan ?"

"Kau nak dato Mirzan dengan tan sri Harith buat mesyuarat pasal panggilan selamba kita ke ?"

"Takutnya", ujar Hana buatkan Mikael tergelak.

Mereka juga masih belum bermula kerja. Keduanya demam serentak selepas pulang dari Switzerland kerana perubahan suhu yang ketara dari Malaysia. Memandangkan sudah sihat, mereka buat keputusan mahu melawat keluarga Mikael dahulu.

Hana juga mengambil kesempatan dengan mengemas laju rumah mereka. Berminggu sudah ditinggalkan pastilah ada habuk di sekitar dinding mereka.

"Should we just dinner in mummy's house ? Or you want me to cook ?"

"Sekarang baru jam 12 tengah hari. Kau nak melepak dekat rumah mummy sampai pukul berapa ? 10 malam ?", balas Hana pelik.

"Ke kau nak meluangkan masa berdua lagi ?", Mikael menyoal lembut. Laju Hana menolak mentah.

"Tak payah mengada !"

"You love it"

"No !"

Mikael terlebih dahulu memaut tangan Hana. Tiada jalan lagi buat gadis itu mahu lari.

"Sejak kita demam haritu aku rindu betul nak bermanja dengan kau"

Hana sudah merah padam wajahnya mendengar luahan Mikael. Pasti lah sewaktu mereka sakit keduanya seperti orang kurang upaya saja di rumah.

"Makin gatal kau sekarang", ujar Hana geram.

"Kau yang mulakan"

"Aku tak sengaja"

"Tipu"

"Betul lah"

Terus Hana melarikan dirinya.

"Pergi siap cepat ! Nanti lambat pulak nak gerak !"

"Bisinglah", balas Mikael selamba. Hana sekadar berdecit.

"Banyak kamu berdua shopping"

"Tak adalah. Ni pun saja beli untuk mummy", ujar Hana mesra. Datin Zara dari tadi tidak henti tersenyum meleret. Bahagia mungkin dapat hadiah.

𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!Where stories live. Discover now