Bab 21 [Switzerland]

588 40 0
                                    

"Hana"

"Hana"

Deruan nafas terasa di segenap wajah mulus gadis itu. Matanya masih erat dipejam bersama selimut yang dipeluk.

Mikael lama memandang isterinya yang masih leka terlena sambil memeluk lengannya. Hampir 5 jam Hana tidur tidak terjaga. Tangannya juga sudah kebas tidak bergerak kerana tidak mahu menganggu Hana.

"Dear passengers, we will landing soon around 10 minutes. Please put on your seatbelt and sit properly on your seat. I hope you enjoy our flight and we will see you again. Thank you for choosing Emeralds Flight"

Rata-rata penumpang yang lain sudah membetulkan kedudukan kerusi mereka dan memakai tali pinggang keselematan apabila juru pilot mereka sudah bersuara.

"Hana, bangun"

Gadis itu hanya bergerak sedikit tanpa mempedulikan Mikael. Jejaka itu terus menggoncang badan Hana. Akhirnya gadis itu membuka mata.

"Sedap kau tidur dekat aku ? Pakai seatbelt. Kita dah nak mendarat", ujar Mikael sebaik saja Hana melepaskan tangannya. Gadis itu mengeliat sedikit dan mencapai tali pinggang kerusi.

"Ada air liur basi tu"

"Mana ada"

Wajah monyok Hana buatkan gadis itu tampak seperti budak kecil 5 tahun.

Dari tingkap jelas mereka nampak negara Switzerland yang penuh dengan keindahan tasik biru dan bangunan tinggi di bawah.

"Sekarang musim sejuk kan ?", soal Hana sebelum suaminya mengangguk. Seraya gadis itu menyelongkar beg galas mereka dan mengambil dua jaket tebal dan dihulur pada Mikael.

"Pakai ni. Jangan lupa neck scarf and hand warmer. You gonna catch a cold"

Sambil bercakap, sambil itu Hana menghulur baju berhelai kearah Mikael.

"Aku tak sejuk lah"

"Nak tunggu sejuk dulu baru pakai semua ni ? Nanti bersin tak berhenti pula"

"I don't need all of this if I got you", ujar Mikael sebelum menyimpan semula segala jaket tebal yang dihulur Hana.

"Nanti kau sejuk-"

Ayat Hana terhenti apabila Mikael merangkul jari-jemarinya erat.

"Your hand warm", Mikael tersenyum halus. Hana memandang perlahan tangan mereka yang bersatu.

Bibirnya terukir senyuman nipis. Lebih kepada malu mungkin. Kesejukkan tangan Mikael jelas dia rasai ke kulitnya.

Angin bayu mula menerpa wajah mereka. Rambut panjang Hana mengurai lembut kebelakang sebaik saja mereka turun dari kapal terbang dan menuju keluar dari Airport.

"Harini kita akan bermalam di Zurich. Esok baru bergerak ke Zermatt. Kalau nak teruskan perjalanan sekarang mungkin agak lama"

Mikael memandang jam tangannya. Dengan cuaca yang sejuk di bahagian sana, dia risau akan tubuh Hana menjadi lemah kerana terlalu letih. Gadis itu juga banyak tertidur harini.

"Kau lapar ?", soal lagi Mikael sebelum Hana menggeleng kecil. Mata gadis itu melilau memandang wajah mat salleh di sekeliling mereka. Segelintir pengunjung yang lain juga memandang hairan dua pasangan itu.

Seraya Mikael membawa Hana naik ke kereta yang sudah ditempahnya. Sekarang mereka akan tuju ke hotel untuk berehat.

"Tengok tu", Hana menunjuk ke arah sesuatu sebelum Mikael melihat objek yang ditunjuk isterinya.

𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!Where stories live. Discover now