"Kau okay tak Hana ?"
"Eh ?"
Suara Balqis menegur mematikan lamunannya. Aqirah juga pelik memandang Hana yang leka termenung tidak sertai bualan mereka berdua.
"Aku okay je. Kenapa ?"
"Kau masih fikir tentang kerja ?", Aqirah menyoal pula. Hana tergelak kecil sebelum menggeleng perlahan.
"Aku cuma- em, ada kerja dekat rumah aku tak habis kemas lagi. Tu saja", bohong Hana. Aqirah dan Balqis serentak mengangguk faham. Tertipu dengan penipuan rakannya mungkin.
"Ryan ada ganggu ke kau di rumah ?"
"Ganggu ?"
"Ryan pun kuat juga pengaruh dia dengan arak. Kau kan anti alkohol ? Dia tak ada beli ke ?"
Hana terdiam dengan pertanyaan Balqis. Entah kenapa dia asyik memikirkan keadaan jejaka itu sekarang. Mungkin Mikael sudah bangun ? Mungkin dia masih tidur ?
"Ada tu memang lah ada. Tapi dia simpan. Jadi mungkin okay untuk aku", balas Hana selamba. Sudah teruk dia bergaduh dengan Mikael tentang hal itu. Malas sudah mahu memikirkannya.
"Dia tak **** kau lagi ?"
"Eh kepala bapak kau", terkejut Hana dibuatnya. Apa ke gila Balqis bertanya sebegitu.
"Kenapa pula ? Ryan tu kan sama je dengan Harraz. Asyik-asyik nak **** "
"Jangan disebut kuat-kuat sayang. Kita dekat kedai makan ni", Aqirah menegur pula. Selamba sangat sikap Balqis ni.
"Walaupun dia sama dengan Harraz, aku tak rasa dia suka sangat benda macam tu. Tapi biasalah lelaki. Nafsu mereka memang kuat. Setakat Mikael tu, senang saja nak handle", ujar Hana bangga. Terus mereka bertiga gelak serentak.
Aqirah yang leka memandang Hana, terus terhenti matanya di kedua pergelangan tangan Hana.
"Ni lebam ke ?", Aqirah menyoal terkejut. Laju Hana menarik tangannya semula. Kesan lebam yang terjadi akibat pergelutan dia dengan Mikael petang tadi, buatkan tangannya meninggalkan kesan yang agak terang.
"Bukan lah. Tadi ada tali terjerat dekat tangan aku"
"Tapi kenapa lebam sampai macam ni? Tali jenis apa ni ?"
"Kau tahu tali yang tebal tu ? Aku jumpa dekat rumah masa nak kemas. Punya lah terbelit macam orang gila"
"Serius la ? Dah buang belum ?", Balqis menyoal terkejut. Hana laju mengangguk.
"Mikael pun ada kesan lebam dekat tangan dia. Jadi ni benda normal je", bohong Hana lagi sambil tergelak janggal pula. Cuba untuk menukar topik dengan pantas. Aqirah ni bukannya boleh ditipu selalu. Gadis itu agak bijak berbanding Balqis.
"By the way, malam ni kau datang tak ? Kalau kau rasa Harraz menganggu kau lagi tak perlu lah ikut kitorang"
"Ceh. Kau pandang rendah aku dekat Harraz ? Mamat tu dah lumpuh aku kerjakan. Padan muka", balas Hana selamba pada pertanyaan Balqis.
"Tapi member dia ramai tau. Antaranya Ryan juga. Jadi kau jangan percayakan sangat dengan Ryan. Mesti dia berdendam juga dengan kau sebab patahkan kaki si Harraz semalam"
Hana tersenyum kecil. Gadis itu memang langsung tidak takut pada lelaki. Apa saja mereka akan buat ? Pukulnya ? Hana boleh saja membuat laporan pada dirinya dan mereka akan didakwa turun mahkamah.
Bunuh ?
Dia tak rasa mereka berani mahu membunuhnya. Nak pula Harraz mahu Hana hidup merana. Pasti dia akan buat gadis itu bernyawa.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!
Romance[ON GOING] [known as HANA MIKAEL] ꧁ ROMANCE , ISLAMIC ꧂ Most Highest Ranking : •sayang√ •fitnah√ •rommates√ •drugs√ Seorang gadis yang mencuba untuk berjaya, Bersama satu dalam seribu kelemahan. ❝Dalam Islam, tiada makna kebetulan. Semuanya berlak...