Bab 29 [Makan Hati]

288 20 0
                                    

"I already prepared the file. Meetings will be start in another 5 minutes. We should headed now", ujar Eva sambil meneliti Ipad ditangannya. Malik leka memakai kot blazer sebelum menilik pula Eva.

Gadis itu juga berpakaian formal bertudung bawal shawl tampak manis di wajahnya. Lama Malik melihat si gadis itu.

"You heard me ?", soal semula Eva sebelum bertentang mata dengan Malik. Lantas jejaka itu mengalihkan pandangan.

"Kau pasti ke syarikat ni trusted ? Kenapa tiba-tiba saja nak berurusan dengan mereka ?", soal Eva tertanya.

"Sebab boleh dik"

"Malik", Eva memanahnya tajam. Malik tersengih. Ada pula masa nak bermain-main.

"Ramai saja syarikat yang mahu ber client dengan aku. Well, syarikat aku paling berjaya kot. Siapa je tak nak ? Jadi aku pilih syarikat ni saja. Lagipun nama mereka agak masyhur. Apa salahnya ?", panjang lebar Malik memberi keterangan. Eva sekadar mengangguk kecil.

Sama saja sikapnya dengan Mikael. Namun adiknya lebih serius dari yang disangka. Malik pula tidaklah terlalu memberi tekanan terhadap kerja. Masih santai bak kata orang.

Seusai mereka sampai dibilik mesyuarat, masing-masing sudah mengambil tempat duduk. Namun yang hairannya, syarikat itu masih belum tiba.

"Did we came a bit early ?", soal Malik sebelum Eva mengangguk.

Apabila seminit berlalu, telefon Eva tiba-tiba saja berdering. Terkejut gadis itu.

"Boleh aku keluar kejap ?", soal gadis itu meminta izin pada Malik.

"Jangan risau. Kau tak perlu bentang slide apa-apa pun", ujar Malik sebelum Eva mengangguk dan bangkit. Laju gadis itu berlalu menjauhi bilik mesyuarat sebelum menjawab panggilanya.

Kreak..

Malik seraya bangkit apabila seseorang mula muncul di pintu mesyuarat. Senyumannya terbit.

"Nice to meet you. Sorry we are kinda late", ujar syarikat itu penuh formal. Malik sekadar menggeleng bersama telapak tangannya di sua.

"It's okay. It's a pleasure to meet you..", Malik mula meneliti nama di tag baju jejaka itu untuk membaca namanya.

Harraz Syazwan

"-Harraz, have a seat", sambung Malik.

Harraz tersenyum meleret. Mereka bersalaman agak lama apabila Harraz tidak henti meneliti segenap wajah Malik. Saling tidak tumpah dengan musuhnya.

"Thank you, Malik", ujarnya mesra.

Setelah kehadiran semuanya tiba, maka mesyuarat juga dijalankan dengan lancar. Namun yang buatkan Malik hilang fokusnya apabila Eva masih tidak munculkan diri. Mungkin hal kecemasan ?

"Ya Allah parcel apanya ? Saya tak pesan apa-apa lah !", ujar Eva bengang. Hampir setengah jam dia asyik diganggu panggilan yang sama.

"Tapi puan, menurut maklumat disini-"

"Puan apa puan ? Sejak bila saya dah kahwin pula ? Nampak sangat nak tipu orang kan. Heh", laju Eva mematikan panggilan. Sedar dia mengambil waktu yang lama untuk keluar dari mesyuaratnya. Seraya gadis itu berlari anak untuk masuk ke dalam.

"Sorry. No intruder", ujar penjaga yang menjaga di hadapan bilik mesyuarat itu. Eva sudah berkerut. Ni bodyguard siapa pula ni ?

"I'm the co-worker here. Please let me in"

𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!Where stories live. Discover now