One month later.._____________
Hari ini sudah genap sebulan berlalu.
Sekejap ? Ya memang sekejap saja.
Hana juga sibuk benar dengan kerjanya. Seperti seorang CEO syarikat yang berjaya. Sama sibuknya seperti jejaka bernama Mikael. Keduanya memegang syarikat yang besar, pasti kesibukkan dalam diri lebih banyak.
Hana sudah berpindah keluar ?
Atau Mikael ?
"Apa yang bersepah ni. Aku dah pesan jangan letak kusyen dekat lantai"
"Kusyen tu terjatuh", balas Mikael tanpa menoleh pada Hana.
"Kau sengaja baling ke lantaikan ? Sengaja nak menyusahkan aku ?"
Mikael tersenyum comel. Hana menggulingkan biji matanya ke atas sambil menyusun semula kusyen disofa.
Pastinya kedua mereka ego setinggi gunung Everest. Tiada siapa mahu menjejak kaki keluar rumah. Tidak sekali.
Hari sabtu adalah hari dimana Hana boleh berehat dan bertenang. Menarik nafas bersama fikiran yang tenang. Namun,
"Kau makan salad aku ke Mikael ?"
"Sharing is caring !"
"Stop stealing my food you **** !"
Suara Hana sudah menjerit stress didapur. Mikael terus menekup telinga sambil mata masih memandang pada rancangan TV. Seperti routine cuti mereka. Kalau ada kerja dari pejabat, salah seorang dari mereka akan bertenggek di bilik masing-masing sehingga malam.
Tapi kalau kedua mereka mempunyai masa yang lapang, inilah jadinya.
Bersepah sana, bersepah sini. Makanan Hana juga secara tak langsung lesap. Barangnya juga sengaja disepahkan oleh Mikael.
Bukannya Mikael tak reti berkemas, dirinya sangat teratur apabila menguruskan barang peribadinya. Cumanya dia mahu mengusik Hana. Gadis itu asyik meletakkan barangnya diruang tamu. Jadi Mikael pula sorokkan ia ke tempat lain. Padan muka.
Lain pula Hana. Dia rancang untuk berehat ataupun tidur, namun lain pula dibuatnya. Gadis itu tak henti membersihkan rumah. Dari luar halaman sehingga ke dapur dibersihkannya. Segenap rumah juga tampak berkilat disebabkan hasil kerja Hana.
"Pandai jugakan kau jadi suri rumah ?", ujar Mikael bangga. Hana terus menendang 'lembut' perut sasanya sehingga Mikael tertunduk kesakitan. Ya itu memang lembut. Kalau keras rasanya Mikael sudah terpelanting.
"Cuba tolong aku kemas rumah sikit. Apa punya lelaki tak reti berkemas ? Kau ingat isteri kau nanti suka la lelaki yang pemalas, pengotor, suka menyusahkan orang, tak reti nak-"
"Kau ingat suami kau nanti suka la perempuan yang kuat membebel, letak barang merata, ganas, kaki tu tak reti duduk diam. Asyik nak tendang orang"
"Suka hati la. Berani suami aku shaming perangai aku ?"
Mikael tersenyum meleret. Ingin dibelai wajah Hana namun Hana menepis kasar. Sejak kebelakangan ini mereka memang sudah tidak bergaduh besar. Mikael juga tidak lagi menyerang Hana apabila dirinya mabuk. Satu perubahan yang baik keatas dua manusia itu untuk berubah.
"Cuaca panaskan dekat luar ?", ujar Mikael mengubah topik. Seakan moodnya agak baik harini. Dilihat matahari terik memancar diluar tingkap.
Hana yang sibuk mengemas tadi pun sudah berpeluh dahinya. Kasihan betul Mikael melihat Hana mengemas rumah seorang diri. Jadi dia putuskan untuk tidak melihat Hana dan menonton saja TV nya.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!
Romance[ON GOING] [known as HANA MIKAEL] ꧁ ROMANCE , ISLAMIC ꧂ Most Highest Ranking : •sayang√ •fitnah√ •rommates√ •drugs√ Seorang gadis yang mencuba untuk berjaya, Bersama satu dalam seribu kelemahan. ❝Dalam Islam, tiada makna kebetulan. Semuanya berlak...