Bab 15 [Ijab Kabul]

854 34 4
                                    

"Hana sudah siap ?"

Datin Zara sudah memasuki bilik persiapan buat menantunya. Puan Ilyana yang sedang mengemas sedikit gaya tudung Hana tersenyum kecil. Jelita sungguh anak gadisnya itu.

"Amboi cantiknya pengantin ni"

Hana sekadar tersenyum malu sambil duduk tegak dihadapan sebuah cermin besar. Dapat dia lihat kesemua wajah mereka dari pantulan cermin sedang merenungnya pegun.

"One more touch up-"

Balqis mengenakan sedikit lipgloss dibibir munggil Hana bersama sedikit lipstick yang sudah disapu. Aqirah pula meneliti Hana dari atas hingga ke bawah untuk memastikan gadis itu tampak sempurna di majlis itu.

"Do you think we need more blusher ?", soal Balqis sambil melirik wajah Hana lama.

"Aku rasa dah cukup", balas Hana sambil memandang dirinya di cermin. Wajahnya yang disolek oleh dua orang rakannya yang professional dalam bidang make-up. Wajah yang diconteng mereka tampak neutral dan menawan. Hana juga berpuas hati.

Matanya diletak sedikit eyeshadow nude bersama glitter. Bulu mata aslinya sudah panjang melentik jadi tidak perlu ditambah bulu mata palsu. Hanya mengenakan maskara sahaja.

"Cantiknya !", Aqirah bersorak riang. Balqis juga mengangguk setuju. Ditambah lagi Hana mengenakan shawl putih satin. Sangat manis wajahnya.

"Dina nampak okay ke mummy ?", soal Hana gelisah pada ibunya. Puan Ilyana tidak menjawab malah tersenyum meleret.

"You look stunning honey. Don't worry", ujar wanita berumur itu sambil memegang lembut kedua pipi anaknya.

"Mummy pula yang tak sabar sekarang ni", datin Zara mengurut dadanya. Seakan dia juga gementar. Terus mereka semua ketawa. Tercuit hati Hana.

Knock ! Knock !

"Mummy, diorang dah panggil kak Dina", ujar Maira sambil menjenguk mereka separuh ke dalam. Kelang-kabut kesemua mereka bangkit.

"Mummy dengan datin Zara tunggu diluar ya ?", ujar puan Ilyana terlebih dahulu. Hana sekadar mengangguk sebelum kedua wanita itu bangkit dan keluar.

"Oh shoot ! I'm so nervous !", Hana sudah menggengam jari jemarinya sambil mundar-mandir.

"Okay beb. You look so beautiful, so gorgeous. So just relax and biarkan Ryan saja akad nikah you okay ?", Balqis bersuara tenang. Sedangkan hatinya juga gementar.

Aqirah pula menenangkan Hana dengan menyuruh gadis itu menarik nafas dalam sebelum menghembus perlahan. Mereka perlu keluar sekarang. Pasti kesemua tetamu sudah tiba.

Tepat pada saat itu, Eva pula menjenguk mereka di dalam. Pelik mengapa mereka ambil masa yang lama untuk keluar.

"Eva ! I'm so scared !", Hana terlebih dahulu mengadu. Eva seraya tergelak kecil sebelum mendekati mereka.

"Take a deep breath-", Eva pula membuat demo menarik nafas dalam. Hana, Balqis dan Aqirah melakukan hal yang sama. Pasti ketiga mereka mempunyai debaran yang sama.

Yala, kawan baik kahwin mengejut. Siapa tidak gementar ?

"Hembus perlahan all of you"

Mereka hanya mendengar arahan Eva dengan teliti. Cara ini agak berkesan. Kurang lah sedikit debaran di dada.

"Benda ni takkan ambil masa yang lama pun. Chill okay ?", pesan Eva lagi bersama senyuman. Hana mengangguk kecil. Terus mereka memimpin gadis itu keluar dari bilik persiapan untuk ke ruang tengah dewan pernikahan.

𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!Where stories live. Discover now