"Kau biar betul ni ?"
"Kenapa ?"
Hana sudah menggigil tubuh badannya sambil bersilang tangan. Disangkanya cuaca disini hanya sedang-sedang salji namun lebih dari jangkaannya.
"Ribut salji", ujar Mikael tenang sambil membelek telefonnya. Mata Hana sudah membutang.
"Ri-r- ribut ? Salji ?", ujar gadis itu bersama bibir tergetar. Hairan juga Mikael masih boleh berdiri tegak gaya macho dalam keadaan suhu sejuk sebegini. Biasanya dia yang paling lemah dalam hal-hal ini.
Setibanya saja mereka di Zermatt, memang Hana sudah pun terasa sejuk ke tulang sum-sum. Namun lebih teruk apabila mereka turun saja dari kereta.
"Malam ni ada ribut salji. Jadi seharian ni kita kena panaskan badan kalau tak nak mati kesejukkan"
"Kau main-main ke ?"
"Lah takkan aku nak tipu isteri sendiri ?", balas Mikael sambil menayangkan telefonnya. Terpampang berita tentang ribut salji yang bakal ditimpa cuaca disana pada lewat malam.
"Jadi harini kita nikmati saja package honeymoon yang disediakan. Nak buat aktiviti luar, hari esok. Okay ?"
Hana sekadar mengangguk saja sebelum ikut langkah Mikael dari belakang. Gadis itu menghembus nafasnya ke awangan buatkan asap kecil keluar dari mulutnya.
"Mr. Mikael and Mrs. Hana, welcome to our Private Luxury Chalet of Zermatt. We've been honour to serve you for your both vacation as husband and wife. Congrats and thank you for choosing our chalet for you destination. Please, welcome"
Mereka disambut mesra oleh para pekerja disitu. Sangat mereka kenali wajah Mikael, jejaka yang pernah menguruskan business mereka suatu masa dahulu. Berbesar hati mahu memberikan layanan terhadap jejaka mewah itu.
"Thank you. Please show us our chalet", balas Mikael tenang sebelum pekerja itu menunduk dan membawa mereka menaiki car golf memandangkan tempat penginapan mereka agak jauh dari kedudukan hotel untuk pemandangan bukit salju.
Hana memejamkan matanya dek kerana kesejukkan wajah akibat tiupan angin ke mukanya. Sempat matanya melirik beberapa pergunungan disitu penuh kabus putih dan salji yang tebal.
Kesemua tempat cable car mahupun snowboarding sudah ditutup terlebih dahulu akibat ribut yang bakal menimpa mereka malam ni. Agak menyedihkan juga.
"I've read the news that said blizzard will happen tonight ?", soal Mikael sebelum Hana memandangnya.
"Yes but usually blizzards will not attack in this area. We have to closed various outdoor activities for the safety guests. Just in case", balas pekerja itu tanpa memandang mereka dan meneruskan pemanduannya.
"What is the normal temperature here ?", soal Hana tertanya.
"It's should be -7 celcius. But we just checked the temperature today and it's almost -20"
Hana dan Mikael berpandangan seketika bersama wajah yang kurang menyenangkan.
"Mati la aku malam ni", gesis Hana perlahan bersama mulut hampir terlopong.
"Don't worry Mr. and Mrs. Today might be unlucky day for the hiking or snowboarding, but we can guarantee for tomorrow morning sunny day will come", ucap pekerja itu bersama senyuman melebar. Seakan perkara seperti ini sudah mereka lalui.
"Can't wait", ujar Hana bersama keluhan.
"Come on. It's gonna be great", bisik Mikael perlahan.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!
Romance[ON GOING] [known as HANA MIKAEL] ꧁ ROMANCE , ISLAMIC ꧂ Most Highest Ranking : •sayang√ •fitnah√ •rommates√ •drugs√ Seorang gadis yang mencuba untuk berjaya, Bersama satu dalam seribu kelemahan. ❝Dalam Islam, tiada makna kebetulan. Semuanya berlak...