Bab 28 [Bukan Nyata]

478 26 8
                                    

"I thought Mika already knows about that"

Dato Mirzan merenung hairan anak sulungnya yang sedang duduk di sofa hadapan. Eva pula duduk tidak jauh bersama wajah ditunduk ke bawah.

"He knows now", balas Malik bersama wajah selamba. Dato Mirzan mendengus.

"I heard everything from mummy. May any explanation ?", dato Mirzan merenung kedua manusia itu bersama kening dijongket.

"It's my false. Saya sepatutnya maklum Mikael dari awal", Eva mencelah.

"Jadi kenapa berdiam saja ? Sengaja nak tengok kesabaran Mika sejauh mana ?"

Eva tergamam. Dipandang dato Mirzan sebelum menggeleng lemah.

"Berapa lama sudah kamu bekerja atas keluarga ini ? Masih tak memahami konsep formal ? Beritahu Mikael bukan satu pilihan tapi satu kewajipan. Kamu tu memilih nak berpindah tapi diabaikan bos lama ? Adab pada orang atasan kamu hilang begitu saja", dato Mirzan memandang lama wajah Eva. Satu persatu ayat diujarkan tanpa mengira perasaan gadis itu.

"Saya memilih untuk beritahu Mika di kemudian hari. Namun rancangan itu tidak menjadi dato"

Dato Mirzan terdiam seketika. Baginya itu hanya sebuah alasan kebudakkan. Tidak layak untuk disebut buat hal kerja.

"I'm disappointed of you Eva. From now on, do not show your face in front of me again. Leave"

Mata Eva terbeliak. Gadis itu seraya menggeleng laju melihat dato Mirzan mengalihkan kepalanya kearah lain.

"Dato please. There's a reasons why I didn't tell Mika"

"Must be a big reasons huh ? What is it ?"

Lagi sekali Eva terdiam atas persoalan dato Mirzan.

"It's.."

Eva menggenggam jari sendiri. Akal fikiran kosong ingin menjawab. Malik sedar tangan gadis itu menggeletar sedikit. Keluhan ringan jejaka itu lepaskan.

"Malik yang arahkan Eva. Don't blame her anything. Malik tak suka bila Mika tahu hal ini", jawab Malik pula. Lama dato Mirzan memandang wajah Malik.

"Tak perlu nak lindungi pekerja sendiri Malik. Daddy nak dengar dari mulut dia sendiri"

"Unfortunately no. Malik tak benarkan Eva bersuara. Lagipun, syarikat Malik tiada kaitan sudah dengan keluarga ini. Eva juga pekerja Malik which means you're no longer his boss anyways. I am", Malik tersenyum meleret. Sedar dengan pandangan maut bapanya beri itu.

"Malik", Eva membisik perlahan. Terkejut dengan ayat yang dilontarkan itu.

"Tolong jadi lebih matang dari umur kamu", tegas dato Mirzan bersuara. Malik tersenyum. Namun dalam senyumannya terselit perasaan geram dan ketidakpuasan hati apabila ibu bapanya anggap pemikiran Malik masih rendah.

"Oh look it's almost 11 p.m. Didn't we have meetings today ?", Malik bertanya pada Eva pula sambil tersenyum. Eva berkerut hairan.

"It's Saturday Malik. We don't have meetings today", bisik Eva sebelum Malik mengangguk.

"Kami pergi dulu daddy. Tak boleh tangguhkan mesyuarat penting. Hopefully we meet again"

"Malik. Malik !"

Tergesa Eva mengikut langkah pantas Malik apabila jejaka itu mengheretnya sebegitu rupa. Laungan namanya dibiarkan sepi sehingga mereka keluar dari rumah.

𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!Where stories live. Discover now