Hana mula berlari anak masuk ke dalam bangunan hospital. Disebabkan jammed tadi, gadis itu sudah terlewat 30 minit. Kasut tumitnya bergema segenap ruang menuju ke bahagian kaunter.
Sebaik saja pintu lif terbuka, Hana kembali berlari mencari nombor bilik yang diperkatakan oleh ayahnya siang tadi. Namun hospital yang sebesar gajah ini mustahil buatnya untuk mencari dengan mudah.
"Aik ? Kenapa pintu sini nombor lain pula ?", bisik Hana sendiri sambil menggaru kepalanya. Segelintir nurse juga memandang Hana pelik. Gadis jelita itu sudah ulang-alik di kawasan yang sama saja.
Puan Ilyana juga tidak menjawab telefonnya. Buatkan Hana lebih bengang. Ingin saja dia memijak telefonnya kerana amarahnya melambung tinggi.
Apa patut dia buat ni ? Dia sudah tak ada masa.
"Jangan lah !"
Huh ?
Hana memandang hujung koridor apabila terdengar laungan suara budak perempuan kedengaran.
"Itu air aku lah !", suara budak lelaki pula bergema.
Seraya Hana menuju ke arah dua budak itu. Mereka sedang berebutkan air tin yang baru saja keluar dari mesin air.
"Danish ?", ujar Hana terkejut. Dipandang wajah budak lelaki itu sebelum jejaka itu juga terkedu.
"Bila Dina sampai ?", soal adiknya. Seraya Hana memandang pula budak perempuan dihadapannya. Kedua tangan mereka masih melekat pada air tin yang sama.
"Kenapa ni ? Danish buli dia ke ?"
"Dia ni ha nak curi pula air Danish. Dasar tak tahu malu !", sergah Danish kuat pada gadis kecil itu.
"Kau yang mencuri ! Penipu !", gadis itu membalas bengis. Mereka kembali berebut sebelum Hana menghentikan pergaduhan kecil mereka.
"Tak apa. Awak ambil saja air ni okay ?", ujar Hana mesra sambil menghulur air tin Milo itu pada gadis kecil. Terus meleret comel budak perempuan itu.
"Terima kasih kakak cantik !", ujar gadis itu mesra sebelum berlalu pergi. Hana sekadar tersenyum melihat pemergiannya sebelum memandang pula Danish yang murung.
"Kenapa Dina sokong budak tu ? Dina tak sayang Danish ke ? Danish bukan adik Dina sekarang ?", soal Danish bertubi bersama muncung dibibir. Hana sudah tergelak sebelum memeluk adik kesayangannya itu.
"I miss you so much !"
"I can't breathe Dina !"
Danish sudah bergelut di pelukan kakaknya. Seraya Hana meleraikan pelukan dan merenung jejaka tampan itu.
"Kenapa Danish merayau dekat kawasan ni ? Dengan budak perempuan pula tu", soal Hana mesra. Danish terus berpeluk tubuh dan memandang mesin air dibelakang mereka.
"Danish dahaga tadi. Mummy suruh Danish beli air sendiri. Lepastu perempuan tu muncul pula dan ambil air Danish"
"Dia ambil air Danish ? Mungkin dia fikir itu air dia ?"
"Ish ! Dia menipu la Dina ! Jangan percaya perempuan tu", ujar Danish bengis. Hana menggeleng kecil. Adiknya juga lebih kurang sepertinya. Senang naik angin.
Terus Hana berjalan menuju ke mesin air tersebut dan memasukkan tiga keping duit seringgit.
"Nak air apa ni ?", soal Hana mesra. Terus mata Danish bersinar-sinar bersama senyuman dibibir.
"Nak dua air boleh ?", soal Danish manja. Hana sekadar berdecit sebelum menghulur lagi dua keping seringgit pada adiknya itu. Bersorak terus jejaka itu.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!
Romance[ON GOING] [known as HANA MIKAEL] ꧁ ROMANCE , ISLAMIC ꧂ Most Highest Ranking : •sayang√ •fitnah√ •rommates√ •drugs√ Seorang gadis yang mencuba untuk berjaya, Bersama satu dalam seribu kelemahan. ❝Dalam Islam, tiada makna kebetulan. Semuanya berlak...