Bab 32 [Serangan]

286 19 3
                                    

"Are you okay daddy ?"

Hana hairan apabila dia tiba-tiba saja dipanggil ke rumah ibu bapa Mikael. Nak pula, dia terus dipanggil masuk ke bilik pejabat. Buatkan dirinya tertanya.

"Dina, apa yang Dina tahu tentang Mika setakat ini ?", soal dato Mirzan.

"Hampir semua. Dina masih belajar untuk mengenali Mika lebih dalam", balas Hana jujur. Tampak tenang wajah Hana merenung wajah dingin ayah mertuanya.

"Jadi Dina pasti tahu tentang ini"

Dato Mirzan menghulur sekeping gambar disua pada Hana. Gadis itu sekadar melihatnya tanpa mengambil. Cuba mengenalpasti wajah siapa di dalam gambar tersebut.

Hana terkedu. Dikawal riak wajahnya agar kelihatan masih tenang.

"Where- did you get those ?"

"You do know about this"

Hana menelan air liurnya kesat. Seraya gadis itu menunduk separa.

"Itu masa silam Mikael. Dina tak akan berani sentuh sebarang kisah dia dahulu daddy", ujar Hana mendatar.

"Dina yakin Mika hanya ke kelab waktu dulu saja ?", ujar dato Mirzan sambil merenung lagi gambar Mikael yang sedang meneguk arak disebuah kelab.

"Dina yakin juga Mika berubah. Mika sudah tidak seperti dulu", balas lagi Hana sebelum mengangkat wajahnya. Dato Mirzan merenung wajah menantunya itu. Pastilah dia percayakan Hana.

"Tapi ini masih tidak boleh dimaafkan. Jadi dia juga berahsia di belakang Dina"

Hana terkedu. Lantas pintu pejabat dibuka oleh seseorang.

"Daddy ?"

Hana menoleh memandang wajah Mikael yang tiba. Terbeliak biji matanya.

"Mika ? What are you doing here ?", ujar Hana risau.

"Daddy panggil tadi. Ada hal ke daddy ?", balas Mikael mesra sebelum berdiri disebelah Hana.

Dato Mirzan merenung anak lelakinya itu. Jejaka berumur itu bangkit dan mendekati Mikael.

"Tadi Mika lunch sekejap. Sebab tu-"

PANG !

Ayat Mikael tergantung sepi apabila wajahnya terteleng kerana tamparan kuat bapanya.

"Daddy !", Hana memaut lembut bahu dato Mirzan. Sudah dia jangka pasti bapanya akan naik hantu.

"Berapa lama sudah Mika tipu daddy selama ni ?", ujar dato Mirzan bengang.

"Sejak bila Mika pernah tipu daddy ?", ujar Mikael bersama dadanya naik turun. Terasa perit dibahagian pipinya.

Dato Mirzan lantas mencampak kepingan gambar tersebut tepat ke wajah Mikael. Terkesima jejaka itu melihat wajahnya kini dilantai.

"Daddy sudah separuh nyawa di dunia ni Mika ! Namun Mika masih lagi perangai kebudakkan ! Begini mahu menjaga Dina ? Begini mahu menjaga syarikat daddy ?!"

Hana sudah tidak terdaya ingin melakukan apa-apa. Gambar tersebut tidak dapat menafikan itu adalah Mikael.

"Mana daddy dapat gambar ni ?"

"Berapa banyak sudah arak Mika minum ?"

"Siapa hantar gambar ni ?!", suara Mikael naik seoktaf. Dato Mirzan laju ingin membelasah anaknya namun Hana menahan.

"Daddy tolong, kondisi Mika juga tidak sihat", lembut Hana berucap. Dato Mirzan mengeluh.

"Mulai harini daddy tak benarkan Mikael muncul lagi dirumah ini. Selagi mana Mika belum melutut dihadapan daddy"

𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!Where stories live. Discover now