Bab 16 [Isteri Mikael]

881 39 5
                                    

"Hana"

"Ya ?"

Mikael kembali terdiam. Hana yang sedang membuka shawl tudungnya sekadar memandang Mikael dari pantulan cermin soleknya.

"Kenapa ?", Hana menyoal lagi. Wajah Mikael kini memandang kearah lain. Jejaka itu sedang melipat lengan bajunya sehingga ke siku. Songkoknya juga telah ditanggalkan bersama samping.

"Can you-"

Ayat Mikael terhenti. Selesai Hana mencabut tudungnya, rambut panjangnya dileraikan. Seraya dia bangkit dan mendekati Mikael.

"What is it ?", soal Hana lagi. Mikael menarik nafas dalam.

"Aku pernah belajar sebelum ni. Tapi aku masih rasa benda tu tak cukup"

"Belajar tentang apa ?"

"Solat"

Hana merenung lama wajah Mikael. Jejaka itu menunduk sedikit wajahnya agar mata mereka setentang.

"Can you teach me more ?", sambung Mikael.

Hana berdehem beberapa kali. Mata kuyu Mikael berjaya melemahkan imannya.

"Of course"

Mikael tersenyum.

Selesai saja mereka solat, Mikael meraup wajahnya. Dia menoleh memandang Hana dibelakang.

"How was it ?", soal Mikael sedikit gentar. Hana seraya mengangkat thumbs up nya bersama tepukan kecil.

"Ini bukan kali pertama kau solat kan ? It's not bad. Aku pun masih belum sempurna dalam sembahyang", balas Hana sebelum mendekati jejaka itu. Tangan suaminya ditarik sebelum disalam.

Baru beberapa jam jadi suami, terus menjadi imam. Kau jangan main-main.

Mikael lama merenung wajah Hana yang manis bertelekung. Kali terakhir dia melihat wajah manis ini ketika mereka di Johor. Waktu itu mereka masih bergaduh antara satu sama lain.

"Jom bersiap ?", ajak Hana sebelum Mikael terpinga-pinga. Lupa pula majlis mereka masih belum tamat.

Baju kahwin mereka bertema ala marron dark red. T-shirt kemeja yang berwarna hitam disarung dengan kot baju berwarna marron. Padanan yang sesuai dan menarik buat Mikael.

Hana pula disarungkan dress labuhnya yang juga berwarna marron bersama kain lembut. Rambutnya juga didandan penuh elegant dan menawan.

"Dina masih belum siap ?", puan Ilyana sudah memasuki bilik tidur anak gadisnya itu. Kelihatan dua orang gadis sedang bergelut untuk menyiapkan wajah Hana.

"Er.. almost done !", ujar Balqis bersama senyuman paksa. Sungguh mereka kelang-kabut kerana masa tidak mengizinkan. Mikael sudah terlebih dahulu keluar dari bilik, membiarkan Aqirah dan Balqis menyiapkan pengantin perempuan.

"Pukul berapa dah ni ?"

"Pukul 2 dah"

Hana terbeliak biji matanya. Wajahnya masih belum siap. Rambutnya pula masih dibetulkan oleh Aqirah.

Lagipun, pengantin tak perlu tiba tepat pada masanya.

Setelah bertungkus-lumus, akhirnya wajah gadis itu sudah siap. Aqirah sudah terbaring di atas katil keletihan manakala Balqis pula sudah terduduk di lantai kepenatan.

"Tak pernah-pernah aku make-up pengantin untuk setengah jam saja", ujar Balqis mendapat gelak tawa Hana.

"I appreciate it a lot both of you !", Hana menepuk tangannya bangga. Kasihan juga dua sahabat itu. Namun mereka sendiri yang mahu mengambil bahagian dalam make-up pengantin.

𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!Where stories live. Discover now