"Yes mummy. Dina masih belum masuk office lagi. Ya hal rumah masih belum settle. Dina kena kemas dulu document papa ni"
Telefon setia ditelinga sambil kedua tangannya sibuk mengemas beberapa kotak file kerjanya. Hana tampak sangat sibuk. Dia juga tidak tahan dengan arahan mesej dari ayahnya setelah berhari.
"Barang Dina sekejap je nak kemas. Jangan risau okay? I understand mummy. You keep repeating those words to me. Everything is fine"
Bam ! Bam !
Satu persatu file tebal kerja itu terjatuh dari pegangan tangannya. Keluhan berat Hana lepaskan. Cuba untuk menenangkan keadaan dirinya yang agak berserabut.
"I have to go now. Take care and I love you"
Tut !
"Hish ! Babi punya file ! Sakit hati betul !"
Tangannya ligat mengutip semula file tebal itu sebelum dibawa masuk ke dalam kotaknya yang lain. Keadaan ruang tamu agak bersepah kerana penuh dengan barang kerja Hana.
Mikael yang baru turun dari tingkat atas terhenti langkah memandang Hana sedang sibuk mengemas sesuatu. Matanya leka merenung gadis itu.
"Asal bersepah sangat ni ?"
"Aku tengah kemas. Tak nampak ke ?"
"Tak", ujar Mikael selamba. Jejaka itu terus melangkah satu persatu kotak kerja Hana sebelum melabuhkan badannya ke sofa empuk.
"Mana pula kotak file duit ? Sejak bila papa ada file ni ?", Hana membisik sendiri sambil memeriksa senarai ditelefonnya. Sejak dia dipindahkan ke Johor, barang kerjanya bertambah dua kali ganda. Memang Hana terkejut beruk apabila Tan Sri Harith selamba memberi gadis itu kerja bertimbun.
"Kotak sebelah kau tu apa ?", Hana menyoal pula Mikael.
"Some project ? Itu apa yang tertulis dekat sini"
Hana berdecit. Sudah jadi satu hal mahu mencari kotak yang hilang.
Mikael terdiam saja memandang Hana. Gadis itu tampak lain apabila berada dirumah. Hanya berseluar track bersama t-shirt biasa. Rambut coklatnya pula diikat sanggul. Gaya dirinya memang biasa namun pada gadis itu semestinya luar biasa. Apa saja pada Hana yang tidak nampak menarik ?
"Need help ?"
Hana terhenti pergerakan nya apabila Mikael bersuara. Jejaka kacak itu kekal merenung Hana menanti jawapan.
"Why would I ?", Hana membuat mimik wajah pelik. Mikael menjongket bahu.
"Sebab kau macam memerlukan ?"
"Euw no. Jangan fikir aku lemah tak boleh handle semua sampah ni", tangan Hana didepakan pada kotak kerjanya yang penuh.
Mikael kembali terdiam. Orang dah offer nak tolong tapi sombong. Nampak la ego Hana tu setinggi gunung Everest.
Hampir berejam juga Hana berulang alik mengubah kedudukan barang kerjanya. Gadis itu sudah layu tersandar di dinding sambil menarik nafas dalam. Peluh di dahinya juga di lap sedikit.
Kalau bukan disebabkan ayahnya, pasti tiada semua keletihan ini.
"Kau ni jangan bekerja kuat sangat. Rehat la dulu", suara Mikael kedengaran lagi namun Hana sekadar mengabaikan. Mereka tidak bercakap langsung sepanjang Hana sibuk bekerja dari tadi. Tampak seperti Mikael tidak mahu menganggu Hana.
Jejaka itu menggeleng kecil. Entah apa-apa saja perempuan tu. Orang tegur baik-baik pun masih tidak pandang.
Terus Mikael bangkit dan menuju ke dapur. Diambil dua tin minuman sejuk sebelum kembali ke hadapan.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!
Romance[ON GOING] [known as HANA MIKAEL] ꧁ ROMANCE , ISLAMIC ꧂ Most Highest Ranking : •sayang√ •fitnah√ •rommates√ •drugs√ Seorang gadis yang mencuba untuk berjaya, Bersama satu dalam seribu kelemahan. ❝Dalam Islam, tiada makna kebetulan. Semuanya berlak...