Bab 11 [Penyesalan]

904 34 7
                                    



Cinta tak boleh dipaksa ,
melainkan hati menerima.

Menari lah sayang ,
lupakan perit yang diterima.

Satu seribu kesalahan ,
bersama satu dalam sejuta kemaafan.













































Puan Ilyana sudah mundar-mandir diruang tamu. Hatinya menjadi gelisah yang amat bersama telefonnya setia di tangan.

"Mummy ?", Danish menegur pelik ibunya yang mula gelisah diawal pagi sebegini. Dari tadi tidak henti berpusing-pusing saja wanita itu.

"Kakak Danish ni, dia tak angkat call mummy langsung. Dari malam tadi dia tak mesej mummy. Risau betul lah hati ni", ujar puan Ilyana sayu. Danish terjongket keningnya.

"Ala mummy ni. Ingatkan pasal apa tadi. Setakat Dina tu apa yang nak dirisaukan ?"

"Ish Danish ni. Mummy betul-betul risau tahu tak ?", Puan Ilyana sudah bercekak pinggang. Ayat yang dilontarkan oleh anak lelakinya sangat tidak membantu.

"Okay mummy. Come"

Danish menarik lembut tangan ibunya untuk duduk bersama di sofa. Jejaka itu menarik nafas dalam dan menyuruh ibunya turut serta menghembus nafas agar lebih bertenang.

"Dina kan bawa kereta lewat malam ? Mesti lah dia tertidur. Mummy macam tak kenal Dina tu", ujar Danish tenang.

"Tapi Danish-

"Danish yakin kejap lagi lepas Dina bangun tidur, dia akan call mummy", Danish lembut membelai ibunya yang risau. Puan Ilyana sekadar terdiam. Firasat hatinya dari tadi tidak senang duduk. Dia meminta sangat agar anak sulungnya itu selamat disana.

___________

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cahaya matahari yang masuk dari celahan tingkap bilik memancar tepat ke wajah lena Mikael. Seraya mata jejaka itu dibuka. Perlahan Mikael bangun.

"Ark !"

Mikael memegang belakang kepalanya erat. Sangat sakit. Seakan ada benjolan luka disitu. Matanya juga kabur saja memandang dunia persekitarannya. Seperti dia baru sedar dari mimpi yang panjang.

Sangat panjang.

"Apa benda ni ?", Mikael mengumam sendiri. Terbeliak biji matanya memandang tangannya yang penuh darah.

Sejak bila dia dipukul ?

Tubuh badannya juga sejuk walaupun di bawah selimut tebal. Pakaiannya bersepah di lantai.

"Aku minum banyak sangat ke semalam ?", bisik dirinya lagi. Seraya dia menyarungkan seluarnya sebelum mengutip bajunya yang lain.

"Hm ?"

Mikael terkedu. T-shirt berlengan panjang ? Ini sama sekali bukan milik dia. Saiz pula dua kali ganda kecil dari tubuh sasanya.

𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!Where stories live. Discover now