Hana sudah mundar-mandir diruang tamu. Jam sudah menunjukkan 8:30 malam namun kelibat Mikael masih belum kelihatan. Hana juga sudah mati akal mahu memikirkan bagaimana untuk melaksanakan idea gila dia ini.
"Lambatnya mamat ni"
Hana menilik lagi jam tangannya. Kakinya masih lagi berulang alik tidak henti. Menyesal betul dia tidak minta nombor telefon Mikael. Apa punya member serumah tidak menyimpan nombor telefon masing-masing ?
Aqirah sudah pun menghantar lokasi restoran yang ingin dituju mereka. Laju tangan Hana menaip di telefon. Terpaksa lah Hana memberitahu pada Aqirah dan Balqis bahawa dia dan Mikael akan tiba lewat sedikit memandangkan Mikael masih belum pulang dari kerja.
Hana sudah pun lengkap memakai dress labuh berwarna peach pastel. Disebabkan sudah tiba waktu malam, gadis itu buat keputusan untuk menyarungkan gaun berlengan panjang. Nanti dia beku susah pula.
Kreak,
Bunyi pintu utama kedengaran. Laju Hana berdesup lari kearahnya.
"Mikael !"
Terjongket bahu Mikael dibuatnya. Apa pula dia ni menerjahnya sebegitu rupa.
"Kau baru balik ?"
"Eh tak lah. Baru lepas bersilat ni", balas Mikael dalam nada bergurau. Hana seraya mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan sebuah gambar restoran. Mikael hanya terdiam sambil kening terjongket.
"Aqirah dengan Balqis ajak kita pergi sana"
"With me ? Right now ?"
Hana mengangguk. Seraya Mikael menilik pula jam tangannya.
"For what ? Korang semua perempuan. Kenapa aku perlu ikut ?", Mikael menggeleng kecil sebelum masuk kedalam rumah dan melabuhkan tubuhnya di sofa. Sungguh keletihan jejaka itu.
"But Mikael, they both really want to meet you"
"They already meet me in the club"
Tangan Mikael naik melonggarkan tali lehernya. Tak kuasa dia mahu berjumpa dengan dua gadis itu. Sangat malas. Kakinya pula disilang seakan gaya seorang raja. Hana berdecit memandangnya.
"Benda ni jadi pun sebab salah kau tau !", Hana selamba melompat sebelum melabuhkan dirinya bersebelahan Mikael.
"Salah aku ?"
"Disebabkan kau dah dayus pada aku, sekarang Aqirah fikir kau penjahat dalam rumah ni"
"Sejak bila aku pukul kau ?"
Hana terus menyelak lengan bajunya dan menunjukkan kesan lebamnya yang masih kelihatan di pergelangan tangan. Mikael terdiam sebelum mengeluh kecil.
"She saw it too ?"
"Everyone saw it idiot !"
"I told you it was a mistake"
"Diorang tak tahu pun perkara sebenar. Aku dah buat cerita melalut dan sekarang kau pun kena ada kesan lebam yang sama. Meh sini aku buat", Hana seraya menarik kasar tangan Mikael dan bersedia untuk memukulnya sekuat hati. Laju jejaka itu menarik lengannya semula bersama wajah ketakutan.
"Kau nak patahkan tangan aku ke gila !", marah Mikael pula. Hana menyengetkan kepalanya pelik. Patahkan apa pula ?
"Kalau kau tak ada kesan ni, Aqirah akan bersangka buruk dekat kau tau. Aku ni cuba nak tolong", ujar Hana lagi. Terus tubuh Mikael mendekati wajah Hana semula. Pelik dengan sikap gadis jelita ini.
"Kenapa kau nak tolong aku ? Bukan kau benci lelaki ?"
"Of course ! I does hate man. Like you ! So much !", tangan Hana menolak sedikit dada Mikael agar menjauhinya.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!
Romance[ON GOING] [known as HANA MIKAEL] ꧁ ROMANCE , ISLAMIC ꧂ Most Highest Ranking : •sayang√ •fitnah√ •rommates√ •drugs√ Seorang gadis yang mencuba untuk berjaya, Bersama satu dalam seribu kelemahan. ❝Dalam Islam, tiada makna kebetulan. Semuanya berlak...