"Mikael !"
"Huh ?"
Sebaik saja Mikael membuka mata, dilihat Hana sedang kelang-kabut mengikat rambut sanggul sebelum turun dari katil. Rasanya tadi Hana tidur lena di dalam dakapannya. Sekarang bagai ribut kencang gadis itu.
"Kenapa ni ? Kita kan dah subuh", ujar Mikael sambil memejamkan mata. Ditarik semula selimut menutupi badan.
"Today is our honeymoon !"
"Oh fuck-"
Mikael juga bangun dari katil seraya menggapai tualanya. Ditilik jam di dinding sudah 8 pagi.
Walaupun penerbangan mereka bermula jam 1, mereka perlu sampai ke KLIA sebelum jam 9.
"Baju aku mana Hana ?"
"Atas katil"
"Jaket aku ?"
"Tu aku dah gantung"
Sambil menjawab sambil itu Hana menyiapkan wajahnya dengan mengenakan sedikit lipbalm di bibir. Dirinya hanya memandang Mikael dari pantulan cermin besar bilik mereka saja.
Sekelip mata mereka berlari keluar bilik bersama bagasi di tangan. Seperti berlumba lari saja dua manusia itu.
"Eh telefon aku !"
Hana kembali lari berdesup naik ke atas. Mikael tidak membuang masa. Jejaka itu menyimpan beg miliknya dan juga milik Hana ke dalam bonet kereta sebelum enjin dihidupkan.
Walaupun keadaan menjadi tunggang-langgang, namun mereka masih kelihatan jelita dan anggun.
Mikael mengenakan sweater bersama jaket hitam. Manakala Hana mengenakan baju tebal bertutup leher bersama kemeja labuh diluar.
Cuaca di Malaysia masih panas, namun mereka pakai saja. Sudah lambat mahu memikirkan segalanya.
Tepat jam 9 mereka tiba, namun.
"Flight delay"
Mikael mendongak memandang skrin besar yang terpampang jelas nama kapal terbang mereka. Hana secara tidak langsung sudah terjatuh melutut kerana kepenatan bagai nak gila. Rata-rata pengunjung di KLIA itu hairan melihat dua pasangan yang tidak cukup nafas itu.
"Oh, diorang ada email aku pagi tadi pasal delay ni", ujar Mikael sambil menghala telefonnya pada Hana.
"Siapa diorang ?"
"Pihak flight"
Mereka terdiam beberapa saat sebelum Hana naik memukul bahu Mikael.
"Kenapa tak cek telefon pagi tadi ? Tak payah kita susah-susah berlari ke sini. Dengan tak makan nya, rambut aku berserabut ni", marah Hana sambil berkerut kening.
"Mana la aku ingat"
"Tak ingat, tak ingat. Itu jela alasan kau", Hana mengeluh berat. Terus dia memandang kearah lain sambil berpeluk tubuh. Geram benar hatinya.
Hana hanya sempat mendandan rambutnya gaya messy bun saja. Punyalah dia bersiap hanya 5 minit kerana takut jikalau Mikael memarahinya bersiap lama.
Mikael berdehem kecil. Seraya dia memandang sekeliling sebelum terpandang restoran McDonald's tidak jauh dari kedudukan mereka.
"Kau nak bubur ? Mesti kau tengah sejuk kan ?"
"Sejuk ?", Hana mengerling tajam wajah Mikael. Terus Mikael melarikan pandangannya. Serba salah pula buat isterinya tergesa di awal pagi. Memang tak boleh buat apa kerana dia juga kelang-kabut.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!
Romance[ON GOING] [known as HANA MIKAEL] ꧁ ROMANCE , ISLAMIC ꧂ Most Highest Ranking : •sayang√ •fitnah√ •rommates√ •drugs√ Seorang gadis yang mencuba untuk berjaya, Bersama satu dalam seribu kelemahan. ❝Dalam Islam, tiada makna kebetulan. Semuanya berlak...