Bab 5 [Berbaik]

978 44 3
                                    

"Are you sleeping honey ?"

"Ada hal penting ke mummy call Dina malam-malam ni ?"

Hana menggosok matanya. Beberapa jam lepas dia baru pulang dari kelab, kini Puan Ilyana pula telefon dirinya.

"Esok Dina akan ke pejabat kan ?"

"I don't know", balas Hana malas.

"Dina.. ", keluhan lembut dari ibunya kedengaran. Hana pula menyerabutkan rambutnya kasar. Topik tentang pejabatnya dipetik lagi.

"Dina tahu kan papa macam mana ? Mesti Dina tak tahankan kena marah dengan papa ? It's better to you hurry up finish his work"

"Dina ni baru saja mahu berehat mummy. Di Kl Dina langsung tak dapat peluang bermalas-malasan. Why you never understand me?", ujar Hana perlahan. Keletihan dirinya kerana sikap lelaki disekeliling. Ditambah lagi ayahnya pula.

"Mummy bukan tak faham sayang.."

"Dina penat ni mummy. I will call you later in the morning okay? I love you"

"Nanti, Dina-"

Tut !

Hana membaling telefonnya ke tepi. Wajahnya disebamkan semula ke bantal. Pastilah tidurnya sudah terganggu. Baru saja dia mahu terlena dibuai mimpi tadi.

"Tak reti sabar betul", bebel Hana sendiri.

Gadis itu terus memeriksa lagi jadual kerjanya. Terpaksa juga dia menghadirkan diri ke pejabatnya nanti. Makin ditangguh makin memekak kedua orang tuanya. Sangat serabut kepala Hana.

Jam sudah hampir 3 pagi. Dia melihat dirinya masih memakai pakaian yang sama. Terlalu malas gadis itu mahu menyalin baju yang lain. Terus dia membuka jaketnya dan dicampak ke lantai. Hanya bersinglet hitam sebelum dia menyambung semula tidurnya.

Kreak..

Bunyi pintu ?

Bau yang kuat mula menusuk ke dalam hidungnya. Laju Hana membuka matanya luas.

"Oh shit-"

Tubuh Mikael sudah tumbang tepat bersebelahan Hana. Laju gadis itu bangkit dan menjauhi jejaka itu. Walaupun jarak mereka ketara namun bau alkohol benar-benar buatkan Hana loya. Jelas baunya datang dari tubuh sasa Mikael ini.

"Berapa banyak kau minum ni bodoh?", Hana mencuit sikit tubuh Mikael. Selamba saja jejaka itu baring di katilnya. Bengang Hana dibuatnya.

"Mikael bangun !"

Sunyi. Jejaka itu tidak bergerak.

Hana meraup wajahnya sebelum menjerit geram. Perlahan-lahan Hana menarik lengan Mikael untuk turun dari katilnya namun apakan daya ? Tubuh Mikael itu dua kali ganda lebih besar dari tubuh molek Hana.

"Hana.."

"Ha ?"

Hana menoleh pada Mikael. Jejaka itu memanggilnya tadi kan ?

"Woi. Kau dah bangun ke ?", tangan Hana naik menampar pipi putih jejaka itu. Masih tidak bergerak lelaki itu dibuai mimpi.

Keluhan berat Hana lepaskan. Dengan kudrat yang ada, Hana memaut lengan Mikael pada bahunya sebelum menariknya kuat. Dengan kiraan nombor dibibir Hana, gadis itu mengangkat tubuh Mikael sebaik saja nombor 3 disebutnya.

"Argh !"

BUK !

Tanpa diduga, kedua manusia malang itu terjatuh ke lantai bersama.

𝐌𝐘 𝐑𝐎𝐎𝐌𝐌𝐀𝐓𝐄 𝐢𝐬 𝐌𝐘 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃?!Where stories live. Discover now