"pss pss, hey, min! woi pekak ke!" wooyoung memanggil minji dengan nada berbisik membuatkan seorang minji berasa amat tertekan. kalau diberi peluang untuk menghumban anak jung ini ke dalam loji kumbahan, dia orang pertama akan lakukan perkara tersebut.
"pss, min.." panggil wooyoung lagi tanpa mengenal erti putus asa, seperti mana sikapnya yang tidak berputus asa mengorat makcik kantin, begitu jugalah ketika ingin mendapatkan perhatian seorang minji.
"apa benda kau nak setan?" soal minji sambil merenung wooyoung tajam. wooyoung tersengih seperti kerang busuk dan bermain main dengan hujung baju mingi. mingi pula memandang wooyoung dengan penuh tanda tanya.
"hehe.. nak pinjam buku sains boleh? i taksiap sains lah u, u kan pandai sains..sedekah lah ilmu.. hihi" ujar wooyoung bersama nada gediknya. mingi menampar tangan wooyoung yang dari tadi bermain dengan lengan bajunya. minji memutarkan matanya dan menggeleng. tidak membenarkan wooyoung meniru buku sainsnya.
wooyoung memuncung. kemudian dia mendapat satu idea bernas dari otaknya.
"ke kau nak pinjamkan buku sains tu kat seonghwa?" ujar wooyoung. minji menggenggam pennya erat dan memejamkan mata. wooyoung ni memang sengaja cari gaduh, perlahan-lahan dia mengambil buku kamus dewan di penjuru mejanya dan membaling tepat ke arah wooyoung.
mingi sudah membesarkan matanya dan mengelak, begitu juga jongho dan san, keduanya sudah get ready berada di bawah meja. hanya wooyoung sahaja yang masih tidak perasan bahawa buku itu akan tempat mengenai dahinya yang mulus.
PAK!
tepat balingan seorang minji, akhirnya buku itu terkena headshot ke kepala jung wooyoung. pelajar lelaki itu terus pengsan dan kelihatan dahinya merah dek kerana terkena buku kamus minji yang tebal.
mingi, san dan jongho mampu memerhatikan wooyoung yang sudah terbaring di atas lantai kelas. selepas 10 minit, sedarlah dia nanti jangan risau.
park seonghwa.
nama yang paling dibenci oleh seorang lee minji. bukan sahaja nama malah ownernya juga dibenci. tanpa alasan munasabah, minji membenci seonghwa kerana wajahnya yang innocent, keningnya yang kemas, dan paling utama, sasaran kebencian minji tertumpu pada rambut seonghwa yang panjang. hanya minji sahaja yang menggelarkan seonghwa sebagai 'emo boy abad ke 21' .
jangan disebut nama lelaki ini, jika tidak siap sedialah buku atau apa apa sahaja alatan yang berdekatan dengan minji, akan dibaling olehnya. jika anda tidak mahu mengakhiri riwayat anda seperti jung wooyoung sebentar tadi, jadi jangan lakukannya.
-
"seonghwa oppa!"
"seonghwa oppa!"
"seonghwa oppa!"
minji, cherry, jungha dan yera serentak memutarkan mata tanda menyampah. sana sini seonghwa oppa, sini oppa sana oppa. keempat-empat gadis ini tertanya berlainan dari gadis yang lain. mereka berempat sedikit pun tidak peduli tentang kehadiran seonghwa, kecuali jungha, pantang melihat wooyoung, mula lah nanti dia meroyan. cherry pula tidak lekang memandang changbin yang sedang makan manakala yera pula tidak lepas memandang jeno yang sedang berbual di meja bersama rakannya. hanya minji sahaja yang anti-romantik didalam kumpulannya tapi hati masih ada taman yang segar dengan bunga-bungaan.
"seonghwa oppa, seonghwa oppa, asal tak panggil opah je!" bebel minji geram sambil menyocok takoyaki jungha kasar.
"hey apa ni cocok takoyaki orang! shuh shuh!" halau jungha sambil cemberut. yera yang sedang mengunyah memandang minji yang asyik moody sahaja.
"asal kau tak suka dia?" soal yera, walaupun soalan itu sudah ditanya lebih dari 100 kali, yera tetap ingin bertanya lagi.
"sebab aku taksuka dia" balas minji.
"memanglah sebab kau taksuka dia, takkan takde reason munasabah" sampuk jungha. belum sempat minji membuka mulut, cherry sudah terlebih dahulu menyampuk
"kau tanyalah soalan sama, sebab munasabah apa pun, si minji ni takkan tahu sebab apa dia taksuka mamat tu, katanya muka macam karipap" kata cherry. yera dan jungha serentak tersedak dan mencapai air masing masing.
"kau anggap dia macam karipap?" soal yera. bukan yera sahaja yang tidak percaya, jungha juga turut serta.
"lebih dari karipap tapi takbaik shaming orang" ujar minji, menongkat dagu.
"ish ish ish"
YOU ARE READING
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎
Fanfiction"engko tu dahlah tak hensem, muka macam karipap banyak bunyi pula!" "kau kata muka aku macam apa?" "KARIPAP!" "ABIS KAU TU APA? SERI MUKA KE!?" "haah! kau jeles ke?"