"minnnji.." panggil seonghwa sambil tersengih gedik. minji memutarkan matanya dan mengeluh perlahan.
"nak apa?" balasnya dengan nada tak ikhlas. disangkakan tiap kali dia menjawab menggunakan nada begitu, seonghwa akan memuncung atau marah atau merajuk, tapi.. lagi bertambah sengihan yang terukir di wajah seonghwa. nampak sangat lelaki ini suka menyakatnya.
"malam ni free tak?" soal seonghwa sambil bermain dengan jarinya. minji memandang seonghwa atas bawah. nak buat apa pula tanya malam ni free ke tak?
"kau nak buat apa?" soal minji.
"kita pergi... stargazing! mahu? mahu?" soal seonghwa, mengangkat kedua-dua belah kening dan melompat tanda teruja. minji mengerutkan dahinya sedikit.
"stargazing? kita dua je?" soal minji lagi disambut dengan anggukan laju seonghwa. minji membulatkan matanya dan menggeleng. walaupun stargazing merupakan aktiviti kegemarannya ketika bersama dengan bekas teman lelakinya dahulu, tapi sekarang tidak. dia tidak mahu merasakan dirinya dejavu, lebih-lebih lagi bersama seonghwa.
"ala kenapa? jomlah minji. lagipun ramalan cuaca kata harini tak hujan" balas seonghwa sambil menggoyangkan badannya ke kiri dan ke kanan. cuba memujuk minji yang selalu menolak pelawaannya.
"macam mana kau tahu tak hujan? nanti tengah kita tengok bintang tiba tiba ribut petir" balas minji. sekali lagi, disangkakan seonghwa marah, rupanya lelaki itu tergelak besar.
"kelakar lah bintang kecil saya ni!" kata seonghwa yang cuba mencubit pipi minji tetapi minji terlebih dahulu sudah menepis tangannya kasar.
"diamlah"
"jomlah min.. kita stargazing sekali je..jomlah min jomlah.." pujuk seonghwa tanpa mengenal erti putus asa sehingga mereka sampai ke sekolah.
-
"kau gila ke? kita dua pengawas tau! kalau cikgu dapat tahu, macam mana?" soal changbin cuak. gila ke jeno ni?
"cikgu takkan tahu.. alah lagipun bukannya ganggu status kita sebagai pengawas kan? apa salahnya? aku cuma nak confess je." ujar jeno selamba. changbin menggigit bibirnya perlahan. dia juga ada niat ingin meluahkan perasaannya kepada cherry, tapi dia takut. takut cikgu tahu dan takut jawatannya ditarik.
"jangan cakap dengan aku yang kau pun simpan niat nak confess kat cherry, aku tahulah" ujar jeno lagi sambil tersenyum sinis.
"macam mana kal-"
belum sempat changbin menghabiskan ayatnya, jeno menariknya keluar dari tempat persembunyian mereka dan terus menuju ke padang dimana yera dan cherry sedang melakukan aktiviti jasmani.
"cherry!" panggil jeno kuat. bukan sahaja cherry, malah yera juga menoleh ke arah suara jeno yang lantang itu.
"dia nak apa?" soal cherry sambil memandang yera. yera mengangkat bahu dan menolak cherry supaya pergi ke jeno.
"pergi jelah, dia panggil kau kan" kata yera. cherry perlahan-lahan melangkah ke arah jeno.
"kenapa?" soal cherry. tanpa jawapan, jeno meninggalkan cherry bersama changbin dan dia mula melangkah ke arah yera. cherry tercengang dan memandang kelibat jeno yang sudah bersama dengan yera.
"um.."
"kenapa? saya ada buat salah ke?" soal cherry lembut. changbin mengangguk dan menggosok lehernya.
"a-awak.. free tak malam ni?" soal changbin sedikit gagap. cherry terkejut tetapi masih mengangguk kecil.
"saya nak ajak keluar, kita.. pergi sungai han? boleh?" soal changbin takut takut disambut dengan anggukan laju cherry.
YOU ARE READING
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎
Fanfiction"engko tu dahlah tak hensem, muka macam karipap banyak bunyi pula!" "kau kata muka aku macam apa?" "KARIPAP!" "ABIS KAU TU APA? SERI MUKA KE!?" "haah! kau jeles ke?"