sis nak habiskan chapter ni sepantas kilat sebab dahnak exam. jadi, sis akan skip terus ke 2 tahun hihi enjoy la u. sis rajin sis buatla apa apa special chapter. salanggay <3
-
2tahun kemudian....minji membetulkan kamera yang baru dibelinya dua minggu lepas supaya betul-betul terletak dihadapannya. dia kemudian membetulkan rambutnya dan melambaikan tangan di hadapan kamera bersama senyuman manis.
"hello semua! finally author buat pov aku, itu pun dahnak ending, dasar author. takpe, aku still bersyukur. so macam mana? korang enjoy cerita ni?
oh? tanya tentang kawan aku ke? sabar, aku story satu-satu dulu hehehe.
lepas je cherry sedar dari koma, 3 bulan kemudian, kiteorang graduate dan akhirnya hidup dengan aman damai tanpa sebarang gangguan dari syaitan, iblis mahupun jin.
aku dengan seonghwa? tch, lelaki tu lepas je graduate, terus nak kahwin dengan aku. haah, dia memang gelojoh gila nak mampos tapi apakan daya, aku layankan jelah. orang nak halalkan, sampai bila nak stay in haram mode.
ops! tersavage, maaf ya hehe.
yes, dah nama pun 2 tahun, aku dan seonghwa selamat berkahwin.
cherry dengan changbin? oh, dua sejoli itu pun dah kahwin juga. apa? ingat aku tak happy ke dorang dah kahwin? happy okay?
ni, aku nak cakap sikit. haih kejap, semput pulak. jap nak amik nafas.
ha~, okay jom teruskan. maaf lah ye, aku semput bukan apa, ni semua salah seonghwa lah. tengok, aku kena bawa zuriat dia. tapi takpe, zuriat dia, zuriat aku juga.
jangan tanya seonghwa dekat mana, sah-sah lah dia kerja. kalau tak aku dengan anak dia ni nak makan apa?
oh? jungha dengan hyunjin? dua-dua baru je nikah semalam. tak tahu lah kalau harini ada plan nak pergi honeymoon ke apa. same goes to yera dan jeno, ha tapi si yera dengan jeno tu lain pula ceritanya.
si yera tu nak tunang dulu, si jeno nak nikah terus, end up makayah dorang terus kahwinkan. amik kau senyap terus. itu pun aku taktahulah kalau tengah plan honeymoon ke apa." kata minji panjang lebar. dia membetulkan posisinya supaya lebih selesa. baru sahaja dia ingin menyambung ceritanya, tiba-tiba seonghwa menelefonnya. minji memutarkan mata dan mengangkat panggilan tersebut. sempat dia membuka loudspeaker.
"hello?"
"hello sayang! sayang buat apa? baby macam mana? sayang sakit ke?" soal seonghwa kuat membuatkan minji memejamkan matanya rapat.
"takde buat apa, biasalah tengah membebel depan kamera ni, ye, baby okay je takde apa apa pun, bila balik?" soal minji, mengerling ke arah jam.
"saya balik pukul 3 nanti, sayang jangan masak, biar saya masakkan untuk sayang. jaga diri! i love you!" ujar seonghwa teruja.
minji mengangguk kecil dan terus menutup panggilan dari seonghwa, kemudian dia beralih semula pada kamera yang masih merakamnya.
"tengok lah, tu la aku kata, susah dapat suami manja macam ni, manja tak bertempat. kadang tu aku rasa nak ketuk jugak dia ni pakai selipar jepun tapi nanti aku tak bau syurga pula, sia-sia hidup kan?" minji menyambung semula ceritanya.
"oh? macam mana seonghwa propose aku? eh aku taknak cerita sini, nanti korang tanya lah seonghwa sendiri. malas nak cerita, okay lah dah pukul 2:57 ni, nak pergi siapkan santapan untuk si suami. dah bye!" kata minji, melambaikan tangannya dan terus menutup kamera.
dia bangun perlahan-lahan dan terus turun ke dapur.
PIN PIN PIN!
minji mengerling ke arah pintu kemudian beralih pada jam di dinding.
"kata balik pukul 3?" soal minji pelik. belum sempat dia membuka pintu, seonghwa sudah menerjah masuk kedalam dengan senyuman lebar.
"hello my queen! how are you today? i miss you!" kata seonghwa, mendepakan tangannya untuk memeluk minji.
"berani awak peluklah saya, saya karate awak" kata minji. seonghwa automatik kaku dan mengangguk laju. bahaya kalau cari nahas dengan ibu mengandung.
"baiklah puan, puan lapar?" soal seonghwa. minji menahan dirinya dari ketawa dan mengangguk kecil.
"sayang nak makan apa? saya masakkan"
"kukus tommy" kata minji.
seonghwa membulatkan matanya memandang minji dengan pandangan tidak percaya. kot ye pun mengidam, mengapa kucing kegemarannya menjadi mangsa?
oh? tommy? ya, itu kucing peliharaan seonghwa dan minji.
"sayang ni, kalau mengidam pun janganlah jadikan tommy mangsa.. makanlah benda lain" kata seonghwa mencebik. minji mengambil tempat di sofa dan tergelak kecil.
"tahu takut, takpelah awak tu baru balik kerja, meh sini duduk" kata minji, menepuk sofa sebelahnya. seonghwa tersenyum dan terus meletakkan kepalanya di atas peha minji. dia mengusap perut minji perlahan.
"sayang letih ke?" soal seonghwa. minji menggeleng perlahan dan mengusap rambut seonghwa lembut.
"tapi saya risau, awak duduk sorang-sorang" kata seonghwa lagi.
"macam saya tak biasa pula duduk seorang, tommy kan ada?" kata minji lembut. seonghwa memejamkan matanya apabila minji membelai rambutnya lembut. tak ubah seperti seekor kucing.
"yela, tommy ada, tapi kalau emergency takkan tommy nak bawakkan awak ke hospital" kata seonghwa.
"awak kan kerja" kata minji.
"boleh je saya cancel apa apa meeting kalau awak emergency, kan senang?" balas seonghwa semula. minji memutarkan mata, malas mahu berlawan dengan seonghwa.
"yelah awak yelah" kata minji, mengalah
YOU ARE READING
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎
Fanfiction"engko tu dahlah tak hensem, muka macam karipap banyak bunyi pula!" "kau kata muka aku macam apa?" "KARIPAP!" "ABIS KAU TU APA? SERI MUKA KE!?" "haah! kau jeles ke?"