"cikgu gantung jawatan kau buat sementara waktu sebab kes kau dengan sonhee dah viral." kata hongjoong. seonghwa sekadar mengangguk kecil, dia sudah tidak peduli apa yang akan terjadi pada dirinya. wajahnya pucat dan lesu, berkali-kali hongjoong memujuknya untuk makan, tetapi dia menolak, katanya tiada selera.
"hwa, kalau kau tak salah, kau kena kuat, kau kena buktikan kat minji yang kau takbuat benda macamtu" kata hongjoong sambil menepuk bahu seonghwa.
"aku rasa bersalah sangat dengan minji, joong. aku.. aku taktahu aku nak kena buat apa untuk dia percayakan aku balik" kata seonghwa.
"sebab tu aku kata kau kena kuat, tunjukkan pada minji apa yang sonhee buat tu semua sekadar nak twistkan korang je. macam tak kenal perempuan tu memang macamtu kan?" kata hongjoong. seonghwa mengeluh dan mengangguk.
"aku.. nak pergi library sekejap" kata seonghwa, dia bangun dari duduknya dan terus melangkah ke library.
dalam perjalanan dia ke perpustakaan, seonghwa terserempak dengan sekumpulan pelajar perempuan yang berbisik ke arahnya.
"memang elok pun dia tinggalkan minji, dua dua tak sesuai." kata salah seorang pelajar perempuan disitu.
"betul, seonghwa matching dengan sonhee." tambah lagi seorang pelajar.
"tapi dengar kata seonghwa kena gantung jawatan kan? semua sebab minji." tambah lagi seorang pelajar membuatkan perbualan disitu bertambah rancak. seonghwa hanya mengendahkan kata-kata mereka dan terus ke perpustakaan.
setengah dari peminatnya memang suka dia dengan sonhee dan setengah lagi berpihak pada minji. seonghwa menraup wajahnya dan menolak daun pintu perpustakaan.
dia mengambil tempat di meja belakang sekali dan meletakkan kepalanya di atas meja. sudah masuk 2 hari minji tidak ke sekolah.
"hwa rindu minji..." katanya perlahan.
-
"makan ubat ni" arah sunghee, meletakkan 3 biji pill di atas piring kecil dan menyerahkan kepada minji. minji menggeleng.
"kau ingat aku dahnak mati ke?" soal minji. sunghee memutarkan mata dan mengacah menyiku adiknya.
"ada aku humban kepala kau dalam jamban nanti, minji. aku ni nak kau baik bukannya nak kau sakit. makan ubat ni" arah sunghee lagi, lebih berkeras dari tadi. minji mengeluh dan mengambil 3 biji ubat itu dan ditelan sekaligus, barulah dia meneguk air.
"minji, aku ni bukan nak sibuk urusan kau, aku tahu kau dah besar tapi aku sebagai abang ni nak nasihatkan kau, buat keputusan tu fikir masak-masak. jangan sekejap kau rasa kau nak buang seonghwa, kau buang dia lepastu kau amik taeyong. aku tahu apa yang seonghwa buat tu salah, memang kalau aku jadi kau pun aku geram. tapi, cuba dengar penjelasan dia dulu. aku tak backup dia, min. cuma aku tahu, aku dapat rasa seonghwa ikhlas dengan kau dan aku tahu dia takde niat nak buat kau macamtu. mesti ada seseorang nak khianat kau. cuba kau fikir balik, takkan seonghwa sengaja nak send gambar macamtu dekat kau kan?" kata sunghee perlahan. minji termenung seketika, memikirkan kata-kata abangnya tadi. ada betulnya juga kerana dia sudah pun tawar hati pada taeyong, jadi dia tidak perlu berlagak seperti dia memahukan taeyong semula selepas apa yang seonghwa sudah lakukan.
"buat masa ni aku taknak jumpa seonghwa, lagi aku jumpa dia nanti, lagi aku nangis" kata minji.
"ikut suka hati kau, aku tak paksa pun. cuma kalau dia nak explain, kau kena faham dan dengar dari mulut dia bukan orang lain." kata sunghee.
-
"makan"
changbin menghulurkan sebuah beg plastik berisi makanan ke arah cherry, cherry perlahan-lahan mengambilnya.
YOU ARE READING
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎
Fanfiction"engko tu dahlah tak hensem, muka macam karipap banyak bunyi pula!" "kau kata muka aku macam apa?" "KARIPAP!" "ABIS KAU TU APA? SERI MUKA KE!?" "haah! kau jeles ke?"