"pewittt orang tu semalam sweet gila do" perli wooyoung sambil tersengih dan menyiku jungho yang sedang struggle menyiapkan latihan matematik sebelum cikgu soon sampai.
"eh jamban, nak main siku siku kau pergi siku orang lain, ada yang aku pulak siku muka kau nanti" marah jongho.
"ada orang tu semalam sweet gila doooo pewittt" perli wooyoung lagi. dia tahu siapa yang dia perli, tak lain tak bukan, seonghwa dan minji. kedua-duanya harini tidak bercakap, seonghwa tidak mengacau minji dan minji juga tidak menjerit kerana dikacau.
hanya burung gagak yang lalu di atas kepala mereka.
krik krik
"woo, aku taktahulah macamana girlfriend kau boleh lekat dengan kau." ujar mingi curiga. tertanya juga girlfriend wooyoung ni takde rasa nak sumbat mulut wooyoung dengan terompah kayu ke?
"jangan risau brader, girlfriend gua pun satu kepala dengan gua, dua dua gila" mengaku wooyoung tanpa rasa malu. mingi mengangguk kecil dan meng'oh'kan sahaja.
'eloklah pun dua dua gila' kutuk mingi dalam hati.
"pewit ada orang-"
BUSH!
tanpa banyak cakap, seonghwa mencampak kasutnya tepat pada muka wooyoung. kemudian dia menyambung membuat kerjanya semula.
"PEWITT ADA ORANG KENA BALING KASUT LAH!" perli yeosang semula. jongho, yunho, hongjoong, mingi dan san mengelilingi 'mayat' wooyoung yang sudah tergolek bersama kesan tapak kasut saiz 6 milik seonghwa di dahi.
serentak mereka menggelengkan kepala.
"cobaan.." ujar mereka dan terus balik ke tempat masing-masing.
-
seonghwa mengigit bibirnya dan merenung kertas kecil ditangan.
'sorry pasal semalam'
itulah isinya, dia mahu memberikannya kepada minji. disebabkan hal semalam, harini terus dia berasa kekok dengan minji.
seonghwa menarik nafas panjang dan menghembus perlahan, walaupun tangan bergetar, dia meletakkan nota kecil itu perlahan di meja minji.
minji berhenti menulis, dia merenung kertas itu beberapa saat kemudian mengambil dan membukanya.
setelah beberapa minit, dia membalas semula surat itu kepada seonghwa.
'kalau wooyoung dapat kasut kau, jangan sampai kau pulak dapat kamus dewan aku'
seonghwa menelan airliurnya kelat dan memandang minji yang masih fokus menyalin nota di papan putih.
dia menyimpan kertas tersebut dan menyambung menyalin nota.
-
"minji!" panggil seonghwa. tadi di kelas dia memang takut bertegur dengan minji tapi sekarang dia mengumpulkan keberanian dia untuk bercakap dengan minji.
"min! tunggu aku!" panggil seonghwa lagi. minji memberhentikan langkahnya tanpa menoleh ke arah seonghwa yang sedang berlari anak mengejarnya.
"min.. stop.. aku nak minta maaf pasal semalam min.. tolong.." ujar seonghwa sungguh-sungguh. minji menjelingnya tajam.
"what's your point?" soal minji.
"nothing, aku just nak minta maaf, yes i know fans aku tengah kutuk kau but please, ignore them. aku minta maaf sebab semalam." ujar seonghwa lagi.
"okay" balas minji kemudian berjalan meninggalkan seonghwa. seonghwa mengangkat wajahnya dan menoleh ke arah minji.
"okay? apa yang okay? kau maafkan aku ke! butterfly did you forgive me????" jerit seonghwa. mentang-mentang di kaki lima itu tiada pelajar, dia mengambil kesempatan memanggil minji dengan panggilan kegemarannya.
-
"awak?" tegur hyunjin sambil tersenyum manis. dia meletakkan beg berwarna hitamnya kebawah dan mengambil tempat di sebelah jungha.
"buat apa kat sini?" soal hyunjin. jungha tersenyum dan mengeluh perlahan.
"saje, nak lepak. awak buat apa kat sini?" soal jungha pula. hyunjin mengangkat kening dan menunjuk ke arah begnya.
"nak melukis, saya nak lukis permandangan indah harini" katanya lembut. jungha mengangguk dan terus menikmati keindahan di atas bangunan sekolahnya.
beberapa minit kemudian, hyunjin menepuk bahu jungha dan menunjuk lukisannya kepada jungha.
jungha membulatkan matanya dan terus tersenyum gembira. dia mengambil buku sketching itu dari tangan hyunjin dan melihat lukisan lelaki itu dengan lebih jelas.
"cantiknya awak lukis! berbakat betul!" puji jungha gembira. matanya tidak lepas menatap lukisan hyunjin.
"awak nak ke lukisan tu? amikla, saya bagi, lagipun memang saya lukiskan untuk awak" ujar hyunjin. jungha menoleh ke arah hyunjin dan mengangguk laju.
hyunjin membantu jungha mengoyak helaian kertas lukisan itu dan memberikan kepada jungha.
"terima kasih hyunjin!" kata jungha.
"sama sama."
-
"butterfly!" jerit seonghwa kuat sambil berlari dan melambaikan tangannya ke arah minji. minji mengeluh dan memutarkan mata
"balik balik jantan ni lagi, bapak sendu gila hidup" bisik minji perlahan. dia menyelok poketnya dan mengambil airpod kemudian dipasangkan di telinga.
"minji!" jerit seonghwa lagi, kali ini betul-betul dihadapan minji. dia tercungap-cungap dan cuba mengambil nafas dengan sempurna. minji mengerutkan dahi. lelaki ini mahu membuat aksi muntah dihadapan dia ke? oh god..
"min sekejap jangan tinggalkan hwa" ujar seonghwa. walaupun minji memakai airpod, tetapi dia tidak memasangkan lagu. dia agak terkejut seonghwa membahasakan dirinya sebagai 'hwa'.
"nak apa?" soal minji.
"nak hantar min balik" kata seonghwa lagi, tersengih malu. minji menggeleng dan berjalan meninggalkan seonghwa.
"bolehlah min.. please" pujuk seonghwa sambil mengejar minji. minji masih mendiamkan diri, sengaja mahu mengabaikan seonghwa.
"tak, kau ni umur dah singkat ke panggil aku pakai nama?" sindir minji dalam nada yang kasar. seonghwa mencebik dan kemudian tersengih.
"biarlah, aku sorang je boleh panggi-"
"kawan aku pun panggil aku min, so kau tak special mana pun, takyah perasan" potong minji laju.
-
"bye min! jumpa esok butt-"
belum sempat seonghwa memanggilnya begitu, minji sudah menunjuk jarinya tepat pada seonghwa.
"jangan.panggil.aku.rama-rama.depan.rumah.aku" tekan minji satu persatu disambut dengan anggukan seonghwa.
"okay, bye minji i love you!" jeritnya kuat kemudian berlari menyelamatkan diri sebelum minji membaling pasu kecil ke arahnya.
"SIAL!" carut minji kuat.
tidak dapat harini, esok ada balasan. tunggu kau seonghwa.
YOU ARE READING
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎
Fanfiction"engko tu dahlah tak hensem, muka macam karipap banyak bunyi pula!" "kau kata muka aku macam apa?" "KARIPAP!" "ABIS KAU TU APA? SERI MUKA KE!?" "haah! kau jeles ke?"