8

63 7 5
                                    

flashback faktor utama jungha meroyan dan broken
#koyak #broken #patahhati
-
ting!

ketika jungha sedang seronok berbual dengan yera, notification telefonnya berbunyi.

w00.young has posted a photo!

jungha tersenyum kecil dan membuka notification itu. tiba tiba raut wajahnya berubah seratus peratus selepas membaca caption dari wooyoung.

dia mahu menangis tapi bukan disini. bukan dihadapan rakannya dan yera. dia cuba menahan airmata yang keluar tapi gagal.

"dia dah berpunya.."

patutlah ketika jungha memberinya keychain, keychain itu berada di beg mingi. jadi, inilah sebabnya?

w00.young

240 likes             37 comments

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

240 likes             37 comments

w00.young another day, another date!
ye0sanggie sejak bila dan bagaimana?
   -w00.young hanya tuhan yang tahu bro @ye0sanggie
minmingii buat buat terkejut *
sanchoi geli, sumpah geli. kau ajak aku gi tempat tu semata mata nak jadikan aku thirdwheel, jangan cakap dengan aku dah lepasni
    -w00.young ALAHAI KOYAK KE SIA @sanchoi

tanpa sedar, airmatanya mengalir ke pipi.

"jungha? kau okay? kenapa ni?" soal taehyung. jungha menggeleng kecil dan bangun dari duduknya kemudian terus berlari ke tandas. dia mencintai lelaki yang salah. selama ni wooyoung sudah berpunya.

"jungha.." panggil yera perlahan. jungha terus memeluk yera erat dan melepaskan tangisannya di bahu yera. yera mencapai phone jungha kemudian mengeluh perlahan.

"it's okay, let it all out" ujar yera lembut sambil mengusap rambut jungha.

selepas 20 minit, jungha mengarahkan yera supaya pulang ke kelas, dia mahu ke rooftop sekolah. dia tekat tidak mahu bertembung dengan wooyoung harini

sampai sahaja di rooftop sekolah, jungha ternampak susuk tubuh yang sedang menikmati udara tengahari. dia mengabaikan pelajar itu dan mengambil tempatnya di hujung sudut berdekatan dengan meja dan kerusi terbiar.

jungha mengeluh perlahan. dia membuka semula aplikasi Instagram dan terus menekan 'block' pada account wooyoung.

sebaiknya, dia harus move on. wooyoung sudah pun bahagia bersama yang lain.

"hey" tegur seorang pelajar lelaki yang tinggi lampai sambil tersenyum manis ke arahnya.

"awak yang.. terlanggar saya haritu kan? nama awak.. jungha kan?" teka hyunjin disambut dengan anggukan jungha. hyunjin tersenyum manis.

"saya tak tahu masalah apa yang awak alami, saya temankan awak boleh?" soal hyunjin. jungha menatapnya dengan tatapan lembut dan mengangguk kecil.

hyunjin mencapai begnya dan mengeluarkan alat alat untuk melukis. tanpa menganggu jungha, dalam diam dia melukis wajah jungha.

"awak buat apa?" soal jungha, melihat hyunjin yang dari tadi memandangnya lama kemudian tangan lincah melukis sesuatu.

hyunjin menyorokkan kertas lukisannya dari pandangan jungha sambil tergelak kecil.

"jangan tengok, tak siap lagi" katanya.

selepas beberapa minit, hyunjin menyerahkan kertas lukisan itu pada jungha.

"cantiknya" ujar jungha perlahan, namun tiada senyuman yang terukir. jujur memang cantik tapi dia tidak berdaya untuk mengukirkan senyuman.

"terima kasih" sambung jungha lagi. hyunjin mengangguk kecil dan menyimpan semula alatan lukisannya ke dalam beg.

"saya nak kena pulang ke kelas, nanti kita jumpa lagi, bye!" pamit hyunjin kemudian meninggalkan jungha berseorangan di atas rooftop sekolah.

"it's time to move on, jungha. you're not his type and it's not worth for you to wait for him." ujar jungha perlahan.

𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎Where stories live. Discover now