"minji, minji tunggu dulu hwa nak caka-"
"HWA NAK CAKAP APA LAGI? SEKARANG PUAS HATI HWA BUAT MINJI MACAM NI? PUAS? HAPPY KE? OH, PATUTLAH NAK SANGAT PERGI KE RUMAH SUNDAL TU, RUPANYA ADA UDANG SEBALIK BATU." marah minji, air matanya mengalir di pipi. seonghwa memejamkan matanya dan menghembuskan nafas perlahan. dia cuba memegang tangan minji tapi minji lebih pantas mengelak.
mata seonghwa sayu memandang minji.
"minji malas nak bergaduh macam ni, minji dah penat. minji fikir hwa orang terakhir minji kenal, tapi minji salah." kata minji perlahan. seonghwa hanya mendiamkan dirinya.
"kita putus, keputusan ditangan hwa. minji taknak paksa. kalau hwa nak kat dia, hwa lepaskan minji." kata minji membuatkan seonghwa terkejut dan menggeleng laju.
"minji tunggu-"
seonghwa cuba menarik minji supaya memandangnya.
"minji, hwa takkan lepaskan minji. apa yang minji nampak dalam gambar tu, itu bukan hwa. tolong percayakan hwa." pohon seonghwa lembut. minji tergelak kecil, dia menyeka air matanya
"kalau tu bukan hwa, itu siapa? hongjoong? wooyoung? terpampang itu gambar muka hwa. apa lagi hwa nak explain dekat minji?" balas minji.
"minji please, hwa tak boleh hidup tanpa minji." kata seonghwa.
"sebelum hwa kenal minji hwa masih boleh bernafas kan? jadi, apa masalahnya?" kata minji, masih berdegil. kemudian dia terus meninggalkan seonghwa disitu.
-
"changbin." panggil jeno, dia menyerahkan sekeping kertas kepada changbin.
changbin merampasnya dan membaca, kemudian dia memandang jeno dan tersenyum sinis.
"kau berubah changbin. aku tak sangka kau berubah macam ni sekali." kata jeno. changbin tergelak kecil.
"hebatkan? heh" katanya sinis. jeno menggelengkan kepalanya dan meninggalkan changbin.
changbin mengerling sekali lagi pada kertas yang diberikan oleh jeno tadi.
'Surat Berhenti dari Pengawas'
dia meronyokkan kertas itu dan membuang entah ke mana, changbin terus bangun dan keluar dari kelas.
-
"hello minji" sapa sonhee, sambil tersenyum ke arah minji yang monyok. minji tidak membalas sebaliknya dia memandang ke tempat lain. malas mahu melayan perangai sonhee.
"so.. macam mana you dengan seong-"
PANG!
suasana kaki lima terus menjadi sunyi selepas minji menampar pipi sonhee kuat. sonhee memegang pipinya dan memandang minji.
"kau dah cukup sundal sebab retakkan hubungan aku dengan seonghwa, dan kalau kau taknak aku gelarkan kau seorang pelacur, jangan berani sebut nama seonghwa dan tanya tentang hal kitaorang dengan mulut busuk kau. dasar perempuan dari neraka." kata minji dan meninggalkan sonhee di situ.
seonghwa yang menyaksikan kejadian itu hanya terdiam, dia bertembung mata dengan sonhee dan menjelingnya tajam.
-
"hyunjin.."
"iye sayang?"
"juju rindu cherry" kata jungha, memuncund dan memeluk lengan hyunjin. hyunjin mengusap rambutnya perlahan.
"kita lawat dia nak?"
jungha menggeleng kecil. hyunjin memandangnya pelik.
"changbin tak benarkan dia jumpa juju dengan yera. juju rindu dia sangat-sangat. juju rindu cherry. apa agaknya cherry buat sekarang. juju asyik rasa tak sedap hati" kata jungha, hampir menangis.
"hey, sayang. jangan nangis please, enough enough. cherry baik baik je jangan risau sayang." kata hyunjin
"tapi juju nak jumpa cherry"
"tapi juju kata changbin tak bagi juju jumpa cherry kan?"
jungha mengangguk kecil. dia amat merindui cherry yang periang itu. dia sendiri tidak menyangka changbin sanggup mengurung cherry.
-
"changbin.." panggil cherry lemah, dia mengetuk pintu perlahan dari dalam. malangnya, changbin sudah berada di sekolah.
"changbin.. cherry lapar.." rayu cherry perlahan. sudah masuk 2 hari dia tidak menjamu selera. changbin betul-betul memaksudkan kemarahannya terhadap cherry.
"changbin.. cherry lapar..changbin.." cherry akhirnya keletihan dan mendiamkan dirinya. dia memeluk lutut dan menangis.
dia mengesot dan mencapai sekeping kertas dan pen.
"cherry nak changbin tahu, cherry sayangkan changbin sangat-sangat" katanya dan mula menulis sesuatu.
-
"minji, seonghwa betul-betul minta maaf. tolonglah minji, seonghwa tak boleh macam ni. s-seonghwa rindukan minji" pinta seonghwa sambil menangis. minji masih berdegil dan mengendahkan kata-kata maaf seonghwa.
lelaki semua sama. bila dimaafkan, dibuat lagi.
"minji, minji jangan tinggalkan seonghwa please, seonghwa takboleh hidup tanp-"
"seonghwa, diam. bagi minji ruang, bagi minji masa. kalau seonghwa terus macam ni, minji tak boleh fikir. minji dah bagi kepercayaan minji seratus peratus pada seonghwa dan seonghwa hancurkannya. seonghwa tahu betapa sakitnya hati minji bila seonghwa buat minji macam ni? apa yang seonghwa fikir masa dengan dia?" kata minji panjang lebar, dia juga menahan airmatanya dari mengalir.
"seonghwa-"
"minji tak habis cakap lagi, seonghwa diam." arah minji, serius. automatik seonghwa mendiamkan dirinya.
"ada sebab kenapa minji takbagi seonghwa pergi, isi hati seorang perempuan ni tahu semuanya. tapi seonghwa degil, seonghwa kata seonghwa pergi dengan juyeon. mana juyeon? kenapa seonghwa dengan sonhee berduaan sahaja?" soal minji, sebak. seonghwa memandang wajahnya, mereka terdiam dalam beberapa minit, akhirnya minji bersuara lagi.
"minji bagi seonghwa masa untuk pilih, dia atau minji. dan seonghwa pun kena bagi minji masa untuk minji maafkan dan terima semua ni, cuma minji takpasti untuk letakkan kepercayaan minji pada seonghwa macam dulu lagi. minji sayang seonghwa walaupun minji takpernah tunjukkan semua tu. minji tahu minji bukan girlfriend yang sweet macam orang lain tapi minji pun ada perasaan juga seonghwa. minji minta maaf banyak-banyak. jaga diri seonghwa baik-baik" pesan minji kemudian meninggalkan seonghwa.
tiba-tiba ada tangan yang menepuk bahu seonghwa, dia menoleh.
"nangis bro? sedih?" soal taeyong sinis. seonghwa memandangnya tajam.
"sebelum aku pecahkan muka kau kat sini, baik kau diam. dan, aku pesan kat kau, jangan sesekali kau sentuh minji" pesan seonghwa, suaranya dingin dan menatap mata taeyong. taeyong hanya tergelak kecil.
"oh my god, apa nama kau? seonghwa right? kau lupa ke, aku hanya tinggalkan minji. aku tak cakap aku nak break dengan dia, that's mean, aku ada hak untuk sentuh dan claim dia semula dari kau. kalau dia bukan hak aku, jangan mimpi aku akan lepaskan dia dekat kau." kata taeyong akhirnya, kemudian dia meninggalkan seonghwa disitu.
seonghwa meraup wajahnya kasar dan menjerit sekuat-kuatnya.
YOU ARE READING
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎
Fanfiction"engko tu dahlah tak hensem, muka macam karipap banyak bunyi pula!" "kau kata muka aku macam apa?" "KARIPAP!" "ABIS KAU TU APA? SERI MUKA KE!?" "haah! kau jeles ke?"